Smart Khalifah Siri 2/2017 ~ Aktiviti Cuti Sekolah Qoid..

by - December 29, 2017

Assalamualaikum..

Sekejap je rasa cuti sekolah ni. Hehe.. Lynda sibuk di ofis dan Qoid sibuk di Kem Ibadah. Tu sebab kot terasa sekejapnya cuti sekolah ni. Tinggal minggu ni je, minggu depan dah ke sekolah semula. Bermula balik rutin biasa. Sekarang ni tenang-tenang sikit. Boleh bangun lewat sikit.. hehe.. 

Tapi tak juga sebab sepanjang cuti sekolah ni, Lynda kena hantar Qoid ke Kem Ibadah, Smart Khalifah Siri 2/2017 di Masjid Negeri, Shah Alam. Kem start pukul 8.00 pagi dan tamat pukul 5 petang. Plan asal nak pergi menjenguk bila tiba makan tengah hari. Tapi pengurusan kem tak galakkan ibu bapa hadir. Kira dorang boleh pantau dan uruskan anak-anak.

JADUAL PROGRAM

Program start seawal 8 pagi dengan bacaan AlQuran dan solat Dhuha. Lepas tu ada pelbagai program. Ada kira-kira 40 orang fasi ditugaskan bagi mengelola dan mengawal kira-kira 600 orang peserta. Kawasan Masjid Negeri ni luas. So, memang mudah untuk mereka bergerak dan dikawal.

PENDAFTARAN
Yuran pendaftaran RM300 termasuk sarapan, makan tengah hari dan lain-lain keperluan. Lynda bayar awal juga di pejabat pentadbiran. Mula-mula ambil borang pun minta tolong BIL ke JAIS Shah Alam. Lepas tu, saya dan suami hantar ke Masjid pada hari pertama. Nak tengok Qoid sesuaikan diri. Alhamdulillah ok. Hari pertama dah dapat kawan. 
TUJUAN KE KEM IBADAH
Antara pertanyaan kawan-kawan, kenapa hantar ke Kem Ibadah. Kuatnya hati Ibu ni nak lepaskan anak seawal umur 7 tahun ni ke kem begitu tanpa pengawasan sendiri.
Sebenarnya, memang berat hati. Tapi bincang dengan Encik Hubby, kami buat keputusan penuh, hantar ke kem ini untuk Qoid bina jati diri.



Buli
Qoid ada pengalaman dibuli di sekolah. Jadi salah satu tujuan adalah untuk melihat samada, masihkah dia akan dibuli di sini. Dan tanggapan awal, ya! Qoid masih dibuli. Tapi sampai bila Qoid nak bertahan di belakang seorang Ibu dan seorang Ayah. Jadi, tujuannya adalah untuk Qoid atasi masalah ini sendiri. Sebab kalau dia tak belajar mengatasi, sampai bila-bila pun dia akan dibuli. Buli yang ada pun takde teruk mana. Tapi Alhamdulillah, hasil kekuatan dan nasihat kami Ibu Ayah yang menyokong daripada belakang ni, sehingga ke akhir kem, Qoid gembira dengan persekitarannya. Yang awal-awal buli dia abang berusia lebih tua, di akhir kem jadi kawan baik.
Makan
Qoid kalau ikutkan, sangat kurang makan nasi. Dan kalau nak percaya atau tidak, sehingga umur 7 tahun ni dia tak pandai makan sendiri. Pandai kalau makan pakai sudu tapi suap pakai tangan tak pandai. Agak kekok. Dan menu pilihan selalunya nasi bujang dan kentang goreng. Memang sangat susah nak suruh dia makan. Jadi di kem, sila makan jika lapar sebab Lynda memang tak sediakan apa-apa bekal untuk dia. Sila duduk dalam kumpulan dan makan berjemaah. Alhamdulillah, sepanjang 14 hari di kem, dia makan nasi beriani, meehoon goreng, nasi jagung dan nasi lemak tanpa sambal. Pencapaian juga kan.

Belajar
Kalau cuti sekolah. duduk di rumah mesti hanya tengok TV dan main gajet kan. Bagi mengurangkan semua ni, kami hantar ke kem untuk dia belajar bergaul, belajar solat, belajar berzikir. Dan sekurang-kurangnya dia bekajar cinta rumah Allah. Banyak yang Qoid belajar di kem ni. Belajar setiakawan, jati diri, berkongsi, berkawan dan mengalah. Bertahan dan jadi lebih kuat. Sampai idola dia, abang fasi bernama Danish. Taktahu lah macam mana fasi-fasi ini mengawal mereka yang ramai dan pelbagai perangai. Tahniah Fasi.

KEPUTUSAN KE KEM SOLAT
Sebelum hantar Qoid, kami berbincang dulu hati ke hati dengan dia. Pergi ke kem ini tanpa paksaan Ibu dan Ayah. Semua dengan kerelaan Qoid. Ada yang tanya, kuatnya hati Ibu ni.. Tapi semuanya Lynda serahkan pada Allah. Setiap kali hantar, bacakan Al Fatihah untuk Allah mudahkan hati Ibu ini dan semoga dilindungi anak ini. Lagipun tinggal di rumah Allah kan.
Insha allah tahun depan Qoid nak pergi lagi. Alhamdulillah hingga hari ni masih lagi mengalunkan zikir-zikir macam di sana. Masih solat di awal waktu tanpa disuruh. Perubahan yang agak positif juga. Semoga hati dia kuat ke arah ini tanpa paksaan dan pesongan.
Habis Kem Ibadah ada juga dia cakap sedih sebab dah tak jumpa abang Danish. Tak jumpa kawan-kawan. Tapi ni lah antara yang Ibu Ayah nak ajar juga. Setiap pertemuan pasti akhirnya akan ada perpisahan. Banyak sebenarnya kita nak buat untuk anak-anak. Tapi tak semua semudah yang kita rancangkan.

Semoga Allah tetapkan hati anak-anak Ibu dan Ayah. Dipermudahkan dalam menimba ilmu, mendapat bantuan dan kasih sayang Allah. Semoga kami Ibu Ayah juga dapat menyempurnakan tanggungjawab ke atas amanah-amanah ini..xoxo

Lynda Che Lah

You May Also Like

6 Perkongsian

  1. nampak anak pun happy.. menariknya program mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Bagus kem macam nie. Dapat isi lapang budak budak masa cuti sekolah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.bagus program macam ni.DARI Kecil la nak didik anak kan. Aktiviti rohani sihat

    ReplyDelete
  4. lama juga kem dia..baguslah anak ada eedback positif...nak try hantar anak jugalah..tapi jauh.

    ReplyDelete
  5. bagus.. Qoid pergi dengan kerelaan sendiri. moga ilmu yang dapat daripada kem tersebut menjadi panduan untuk dia

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah.. Sejuk mata tgk qoid happy kat kem.. In Shaa Allah Qoid akn mmbsr jd anak yg soleh kak lynda...

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram