Susah Sangat ke Minta Maaf?

by - December 21, 2017

Assalamualaikum..
Taktau nak kata entry sentap ke apa. Tapi ni merujuk kepada apa yang jadi 2 3 hari ni lah. Susah sangat ke sebenarnya nak minta maaf. Ye, kalau tak salah takkan lah nak minta maaf kan. Tapi apa salahnya juga kalau just say sorry.

Macam Lynda lah ye, kadang kita memang ada khilaf. Walaupun kecil tapi bagi mengelakkan perbalahan lebih besar baik kita minta maaf. Kan ke nampak keadaan akan kembali pulih. Tapi ada orang tak boleh. Mengalah maknanya kalah..Tapi manusia lain-lain kan.
Sebenarnya nak cerita pasal peristiwa kat kedai makan 2 3 hari lepas. Semalam, anak-anak nak makan kek. So ke Secret Recipe lah kita. Sebab kami pun nak makan malam terus. Lynda kalau pergi Secret Recipe mesti nak order kek White Choc Macadamia. Jadi bila sampai tu memang akan pergi tengok dulu ada tak kek tu. Tengok tinggal satu slice je. So, ok. Proceed to order makanan lain. 

Bila pelayan sampai, dia tanya nak kek apa. So, kita cakaplah kan. Nak white choc tu. Jadilah perbualan/ pertelingkahan kecil kat situ.

Lynda : Nak order dinner set ni lepas tu kek nak amik white choc ye.
SR : White choc habis.
Lynda : Eh, baru tadi tengok ada.
SR : Takde kak. Memang hari ni dah habis.
Lynda : Tadi I tengok ada lagi. Takpe. Kejap lagi you tengokkan ye.
SR : Erm, kalau boleh orderlah kek lain sekarang. Sebab kita kena `punch' sekali resit.

Hangin lah juga masa ni. Terus Lynda bangun dan pergi tengok kek. Tersentak agaknya tengok mak nak jadi mak ko hijau, kelam kabut dia pun ikut ke kaunter kek. Sambil tu tanya pelayan lain yang ada kat situ ada tak kek tu. Elok je pelayan tu jawab. Ada! Kan dah rasa nak makan orang je masa tu. Terus pandang dia dan cakap, I nak kek tu. Tapi yang Lynda sedikit kesal, at least say sorry sebab tak perasan kek tu ada. Simple kan. 


Kerja dalam bidang F&B ni memang kena banyak bersabar dengan kerenah pelanggan. Memang ada sesetengah pelanggan yang hampes. Dia ingat dia je betul sebab percaya pada tagline `Customer is always right'. Tapi sebagai F&B staff, memang kena banyak sabar. Just say sorry sebab you lambat bagi pinggan kosong yang pelanggan minta. Jangan bagi seribu alasan. Ni pun kena juga baru-baru ni. Terus hilang selera nak makan.

Lynda pernah tengok seorang pelanggan Cina di KFC. Dia nak beli Barrel. Dan dia minta semua ayam jenis Paha dan Dada. Lama dia tunggu sebab dia anggap, memang akan ambil masa untuk sediakan order dia. Dan bila dia dapat barrel tu, dia buka dan check setiap satu. Dan dia marah sebab dia sanggup tunggu tapi permintaan dia tak dipenuhi. So untuk apa dia buang masa kan. Memang gempar juga lah tengok dia bising-bising tu. Nasib baik dia tak campak Barrel tu..

Memanglah kadang-kadang tak dapat diterima akal kehendak pelanggan ni tapi sebagai staff yang kena berdepan dengan orang macam ni. Memang menuntut kesabaran tinggi. Lynda ni tak cerewet. Tapi kita tengok tempat juga kan. Pada Lynda, mengalah bukan kalah. Tapi meninggikan martabat dan taraf kita lagi. Sebab orang sabar akan selalu menang. Selalu senyum dan yang Islam, ucaplah salam. Kalau terpaksa lambat siapkan order ke atau menu yang diminta takda, just say sorry. Mudah je nak sejukkan hati orang kan..xoxo

Lynda Che Lah


You May Also Like

4 Perkongsian

  1. Setuju sangat dengan perkongsian Lynda ini.. Kadang-kadang yang menambahkan lagi kemarahan bila mereka tak mahu ucap maaf.. Sebab Sha pun berkerja dan berurusan dengan pelanggan.. Pelanggan ini kalau kita minta maaf dari marah boleh jadi sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. wlupun kdg mungkin bukan salah kita pun..

      Delete
  2. Pernah juga kerja yg berdepan dgn pelanggan. Memang salah ke tak kita, kena rajin say sorry kat pelanggan sebab nanti dorang tambah ngamuk lagi payah nak berurusan.

    ReplyDelete
  3. Betul, diorang yang kerja di bahagian F&B ni memang kena mesra pelanggan, barulah akan ada regular customer

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram