05 January 2018

Cara Mudah Baca Al Kahfi

Assalamualaikum..
Jumaat pertama di 2018. Cuaca mendung. Sekarang musim hujan. Dan kawasan pantai timur ada yang banjir. Semoga semua dilindungi dan dipermudahkan. Lynda ada saudara mara di Kuantan. Setakat ni tak serius tapi air penuh longkang. Cuma itulah, hujan tidak berhenti dan paras air laut tinggi. Semoga selamat semua.

Hari ni nak share sikit tentang cara mudah baca Al Kahfi. Seperti yang sedia maklum, Jumaat sinonim dengan bacaan Al Kahfi kan. Semoga kita dijauhi daripada fitnah Dajjal.
WAKTU BACA
Surah Al Kahfi dibaca bermula selepas solat Maghrib hari Khamis dan tamat sebelum solat Maghrib hari Jumaat.

BAHAGI 4
Dalam surah Al Kahfi ni sebenarnya ada 4 kisah atau penceritaan yang berlainan. Jadi boleh je kita nak pecahkan kepada 4 bahagian bacaan. Insha allah bolehlah kan habis 1 surah sehari ni.

Ayat 1-31
Ayat 1-31 berkisah tentang Ashabul Kahfi. Kisah 7 pemuda ditidurkan dengan kuasa Allah dan dibangkitkan semula selepas ribuan tahun. Ayat ni boleh kita mula baca selepas solat Maghrib hari Khamis.

Ayat 32-59
Ayat ini berkisah tentang 2 pemuda dan kebunnya. Seorang beriman dan seorang kafir. Allah uji mereka dengan kesenangan rezeki dan keimanan. Ayat ini boleh mula dibaca selepas solat Isyak hari Khamis.



Ayat 60-83
Ayat ini berkisah tentang Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS. Kisah ini mengajar sikap sabar dan bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Boleh mula dibaca selepas solat Subuh pagi Jumaat.

Ayat 84-110
Ini berkisah tentang Zulkarnain. Kisah didirikan tembok untuk Yakjuj dan Makjuj. Ayat ini boleh dihabiskan selepas solat Zohor hari Jumaat.

Perkongsian ini untuk diamal oleh Lynda sendiri dan dikongsi bersama. Insha Allah semoga Allah pelihara kita semua. Kalau tak mampu, cuba dulu dengan 10 ayat pertama dan terakhir. Nanti lama-lama boleh upgrade. Kalau baca terjemahan dan kisah-kisah yang diceritakan baru rasa seronok nak mendalami kan. Jom amal dan cuba ok.xoxo

"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah" 
HR Ad-Darimi
"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia kan disinari cahaya di antara dua Jumaat"
HR An Nasaie & Baihaqi

Terima kasih sumber: 
puteriaza.blogspot.com
FB @susuwildanmalaysia
kisahmuslim.com
tazkirah.net

Lynda Che Lah


7 comments:

  1. Huda baca separuh lepas maghrib malam jumaat, separuh lagi lepas solat subuh pagi jumaat. Biasa baca bersama suami, jadi semangat nak habiskan Al-Kahfi bersama, cek list utama jumaat yang wajib buat!

    ReplyDelete
  2. oh..terimakasih info.Sebab sebelum ni ina baca sampai habis terus..eheheh.Sekarang dah tau..boleh lah cuba

    ReplyDelete
  3. Bagusnya tips ni,boleh amalkan takde la rasa banyak sgt kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan CikSue, sambil tu mendalami cerita di sebaliknya

      Delete
  4. terima kasih utk perkongsian.. boleh laa same-same amalkan..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram