Kanser ~ Bukan Pilihan

by - January 10, 2018

Assalamualaikum..

2 hari tak menulis rasanya. Sibuk di pejabat dan di rumah. Kembali uruskan persekolahan Qoid dan uruskan hal-hal berkaitan. Qoid dah start tuisyen dan training sparring. Nanti kita update. Isnin dikejutkan dengan kehilangan seorang teman pejabat. Tewas kerana kanser.
Innalillahiwainnailahirajiun. Kepada Allah juga kita kembali. Kanser satu penyakit yang menakutkan. Semua orang takut tapi kesedaran tak tinggi. Ini jelas sebab Lynda jumpa dan tengok sendiri.

TAKUT 
Sebab utama kanser dikesan bila dah tahap serius sebab takut nak pergi buat pemeriksaan. Takut nak buat Pap Smear (kanser rahim). Takut nak buat Mamogram (kanser payudara). Takut nak buat ujian untuk prostat. Takut nak buat pemeriksaan kesihatan. Tolonglah. Lynda rayu. Jangan takut. Luangkan masa untuk periksa badan anda. Kalau perasan sesuatu yang pelik pada tubuh walau sebesar guli pun, tolonglah check. Kalau keluar darah di tempat tertentu secara berkala, tolonglah juga check. Kerana keprihatinan anda pada diri anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

KIMOTERAPI
Mudah bicara bila tak hadapi kan. Tapi Lynda pernah menjaga nenek yang disahkan kanser payudara tahap 2. Dibuang payudara walaupun ketumbuhan dikesan kecil. Melihat nenek melalui tempoh kimoterapi. Kimoterapi ni masukkan ubat ke dalam sistem tubuh. Tujuan untuk bunuh sel kanser. Dan cycle yang dilalui bergantung kepada tubuh dan sel kanser untuk hilang. Lynda tengok nenek lalui. Dan tidaklah seteruk yang dibayangkan. Rambut gugur adalah kesan ubat yang dimasukkan. Batuk dan muntah serta tak selera makan adalah kesan ubat. Dan nenek bebas kanser selepas 2-3 tahun buat treatment. Dan luka pembedahan dah kering bukan bermakna kanser dah baik ye. Belum. Kanser bukan di tubuh saja tapi dalam sel badan.


FOLLOW UP
Rajin follow up jika anda disahkan kanser. Buat rawatan sepatutnya. Jika perlu bedah, sila bedah. Dan ikut nasihat doktor untuk follow up treatment. Masalah kewangan mungkin boleh jadi penghalang tapi Insha Allah akan dipermudahkan. Lengkapi diri dengan insurans dan sebagainya. Ini peringatan untuk Lynda juga. Sebab kita tak tau bila nak sakit kan. Lagi 1, boleh kita cuba rawatan alternatif tapi jangan tinggalkan nasihat doktor. Kalau tak puas hati dengan doktor ni, cari second opinion. Kalau perlu pandangan lain juga. 

BERSERAH
Kita hanya mampu merencana. Selebihnya kerja Allah jua kan. Kalau DIA berkehendak begitu, bersyukurlah kita terpilih. Ada sebab Allah uji dengan ujian berat ni. Macam yang Lynda cakap, seindah bicara. Tak lalui tak tahu kan. Tapi walau apapun kena positif. Lawan habis-habis. Jangan mengalah. Sekurang-kurangnya Allah beri peluang baiki diri. Diberi peluang dekat dengannya. Kalau tak kadang kita ni lupa kan. Lupa dengan sedikit kesenangan. Ramai pesakit kanser berjaya pulih walaupun melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Mati kan pasti. Tiada siapa pun boleh menidakkan atau menolak.  

Jangan mengalah. Ambil berat diri sendiri dan keluarga. Ambil tahu. Buang pemikiran tabu dengan perkara  mistik tahyul. Memang kita kena percaya dengan perkara ghaib sebab tu salah satu kekuasaan Allah. Tapi jangan dipinggirkan perubatan dan rawatan moden. Sayangi diri dan keluarga korang. xoxo

Lynda Che Lah

You May Also Like

13 Perkongsian

  1. kanser ni kena selalu positif. Moga tabah kepada mereka yang menghadapi kanser

    ReplyDelete
  2. Dengar kanser, memang eyqa takut. Salah satu penyakit yang boleh rawat tetapi tidak boleh diubati

    ReplyDelete
  3. salam..innalillahhiwainnailaihirojiuun dan takziah utk family arwah.

    benar,..
    kanser memang menakutkan.. tak dpt bayangkan kalau jadik pape.. tak tau kuat ke tak.. semoga kita dijauhi dari penyakit dan diberikan kesihatan yang baik..

    pernah jugak berhadapan dengan ahli keluarga yg ade kanser payu dara... kesian sangat2.. ada orang selamat,..ada orang pergi dengan cara tu.. cam yg sis cakap, mmg kita sendiri kena alert dengan badan kita.. pelik sikit mmg kene check..x blh tunggu2.. semoga yg baik2 aja utk kita ..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Kena ambil tahu diri sendiri kan..

      Delete
  4. Semoga di jauhi dari kita semua .. Allahu takut bila berbicara tentang kanser ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dipelihara drpd semua ini

      Delete
  5. Semoga dijauhkan kepada kita dan semoga pengidap dikurniakan ketabahan dan kekuatan.

    ReplyDelete
  6. akak ada brain tumor...walaupun org tanya kenapa ia boleh terjadi ...akak cakap itu kuasa allah swt...tak siapapun nak ada sakit yang boleh membawa maut

    ReplyDelete
  7. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit penyakit. Aminnn.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram