03 January 2018

Qhalif Umar ~ 3 Tahun 10 Bulan

Assalamualaikum..

Setiap kali tulis blog, Qhalif akan mengendeng dan tanya. Asyik gambar abang je..hehe. Sebab setakat ni fokus dekat abang la kan. Ok ni untuk Qhalif.

Di umur ni, Qhalif menunjukkan kematangan yang berbeza berbanding dengan abang dulu. Memang kebanyakan post tentang Qhalif akan mentioned yang dia lebih dewasa dari segi percakapan dan pemikiran. Mungkin sebab dikelilingi orang yang lebih tua daripada dia kot.

PENGHIBUR TOKAYAH
Ayah Lynda dah pencen hampir setengah tahun. Setiap pagi ada di rumah. Dan penemannya tentulah Qhalif. Dia je lah yang buat rumah riuh. Bergusti dan berlawan dengan TokAyah. Berlawan cakap juga sebab dia memang petah. Semua pun seronok layan dia cakap. Tapi kalau dah bercakap tak henti pula. Macam-macam soalan ditanya dan macam-macam juga jawapan diberi.

FREE DIAPERS
Ini lambat daripada abang. Sebab dia terkenal manja juga. Susah nak ajar dia free diapers. Tapi Alhamdulillah, lepas pujuk nak hantar ke sekolah, Qhalif dah mula nak belajar free diapers. Semuanya bermula masa Lynda ambil cuti masa Krismas lepas. Ada di rumah dan suruh Qhalif pakai seluar dalam dan seluar. Masa mula-mula boleh dikatakan setiap 5 minit nak pergi kencing. Tapi lepas 2 3 hari dah ok. Boleh tahan lama sikit. Bila nak kencing, dia jerit! Ibu! Nak kencing dan terus berlari ke bilik air. Pandai pam sendiri dan cuci sendiri. Yang tak free lagi masa nak buang air besar. Takpe. Slow and steady.

MAT HENSEM
Hehe.. memang Mat Hensem sebab bila nak keluar mesti nak pakai minyak rambut. Pandai bergaya depan cermin. Marah kalau abang sengaja nak usik rambut dia. Kalau bersiap dengan 3 lelaki kat rumah ni dorang yang conquer cermin meja solek sebab semua sibuk setting rambut..hahaha.. Sepanjang berjalan seharian tu, memang jaga betul rambut dia. Terpacak je..
MENGGARU BILA KENA MARAH
Ini satu yang pelik. Qhalif seorang yang sentiasa alert dengan situasi. Kalau abang kena marah atau ditegur, dia akan ambil langkah berjaga-jaga dengan diam dan memerhati. Buat baik padahal dia pun antara punca abang kena marah tu. Contohnya, berebut mainan. Dia pun apa kurangnya. Dia amat jarang kena marah sebab lepas abang kena marah, dia akan behave. Kalau masa tu belum mandi, dia sendiri akan pergi mandi tanpa disuruh atau kemas mainan tanpa sempat Ibu Ayah suruh. Tapi kadang-kadang ada juga kami marah dia. Dan kalau dia kena marah, mulalah dia menggaru sana sini. Elok je tangan tadi tak gatal habis digarunya. Sejenis `panic attack' atau pun kelakuan di luar kawalan. Haha.. Kalau tengok dia menggaru tu tahulah dia takut..hehe..

BERDIKARI
Setakat ni, pakai baju sendiri. Dia akan cuba. Kalau tak tahu baju tu nak pakai belah depan ke belakang, dia akan tanya. Tapi dia tak bagi dipakaikan. Sebab dia akan cuba pakai sendiri. Kemas barangan sendiri. Qhalif sangat menjaga barang-barang dia. Dia akan main dan kemas susun elok-elok. Boleh diharap. Suka juga tolong Onny basuh pinggan kat dapur dan basuh ikan. Cita-cita utama nak jadi `pemasak' = tukang masak..

PENJAGA DAN PELINDUNG 
Setakat yang nampak, dia lebih bersifat pelindung nak banding dengan abang. Dia akan cuba jaga abang tapi Alhamdulillah dalam masa yang sama abang memang jaga dia. Qhalif akan tanya kalau ibu sakit ke, penat ke. Dia penuh dengan soalan. Dan yang Lynda suka sangat, Qhalif pandai berterima kasih walaupun Lynda hanya tolong tuangkan air. 
Tahun ni masih tak hantar Qhalif ke playschool. Perancangan awal ada. Nantilah kita fikir-fikir lagi. Biar dia meneroka dunia dia sendiri dulu. Dan nanti kita expose pada dunia luar pula. Semoga membesar sihat dan kuat. Terus jadi macam Qhalif yang ni. Masih tidur kadang-kadang dengan menyelit antara ayah dan ibu. Tapi kalau dia tak selesa, dia kejut Ibu ajak tidur bilik dia pula..Tingtong Ibu..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. anak huda baru 3 tahun 3 bulan sekarang, masih pakai pampers lagi. Mama yer masih tak yakin nak potty train. Perangai lebih kurang sama dengan anak huda yang kedua. suka masuk dapur, hehe. Tak dapat anak perempuan pun tak kisah sbb ada anak yang ringan tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah kalau betul didik, yang lelaki ni pun boleh bantu :)

      Delete
  2. em..seronoknya la kan anak lelaki ni..Anak ina baru 1 tahun.Tak sabar nak tunggu besar macam qhalif ni.Nak gayakan rambut anak jugak..hihihihi.

    ReplyDelete
  3. besar dah..memnag hensem nengoknya..hehee

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram