Terima Kasih 2017..Selamat Datang 2018..

by - January 01, 2018

Assalamualaikum..

Alhamdulillah di tahun baru 2018. Kenangan 2017 semua indah-indah. Syukur Allah mudahkan dan lorongkan jalan.
JANUARI 2017
Qoid masuk darjah 1. Persiapan pun takde lah gah mana. Ala kadar sebab kali pertama anak masuk sekolah rendah kan. So buat checklist sendiri dan semua teratur. <checklist-anak-masuk-darjah-1>
Lepas tu sepanjang tahun berdepan kerenah pensel hilang, pemadam hilang. Cabaran anak masuk sekolah..hehe

FEBRUARI 2017
Kami buat keputusan besar untuk buat penghijrahan baru. Dan bermula segala jerih perih membina sebuah mahligai baru. Berhempas pulas, bersusah payah. Kenangan paling tak boleh lupa 2017. Dan pengajaran berharga bagi kami mengharungi hari mendatang. Takda apa yang mudah. Dan untuk permulaan memang kena struggle.
MAC 2017
Kami ke Pantai Timur kali pertama tahun 2017. Balik kampung meraikan pengantin. Dan kalau nak dikira tahun 2017 kami ke Pantai Timur sebanyak 4 kali..haha..Takde trip obersi tahun 2017.

APRIL 2017
Selepas berdepan segala kemelut pembinaan rumah, dengan ragam tukang dan masalah pembiayaan kami akhirnya berpindah ke kediaman baru pada 17 April 2017. Sangat singkat tempoh perpindahan tu. Dan berpindah tanpa bantuan jiran dan sesiapa. Sebab kami pindah hari Isnin. Dan juga tak plan nak pindah. So main redah je. <mahligai-kami-episod-akhir>. Semua dipermudahkan dengan kerjasama baik suami isteri. Kitorang memang macam ni. Taknak susahkan orang. So banting tenaga sendiri.
MEI 2017
Bulan sibuk uruskan perkahwinan Azwan Yaya. Dah lama tak buat kenduri. Tapi syukur semua dipermudahkan. Yaya pun dah berbadan dua ni. So tahun 2018 terima anak buah baru pula.

JUN 2017
Qoid kena demam denggi. Masa ni pun cuaca on off. Kejap hujan kejap panas. Kami pun tak perasan agaknya persekitaran rumah masa ni. Tapi Qoid takde lah sampai kena warded.<qoid-demam-denggi>

JULAI 2017
Hari Raya dan sekali lagi kami ke Pantai Timur untuk kenduri Hafiz. Family kami tak besar. Jadi bila sepupu kahwin, memang satu keluarga pergi. Ini juga masa berkumpul dan berkenal-kenal dengan keluarga baru. 



OGOS 2017
Lynda kembali menulis dengan kerap di blog. Khabar paling gembira juga 2017 adalah diterima dalam komuniti blogger terbesar Malaysia, Kelab Blogger Ben Ashaari. Macam mimpi jadi nyata. Tak percaya. Dan terus join Family Day KBBA9 di Cherating, Pahang. Jumpa blogger-blogger hebat yang tidak kedekut ilmu dan yang penting ukhwah tu paling mahal.

SEPTEMBER 2017
Finally, financial freedom. Rumah yang kami miliki di Kapar berjaya dijual dan diselesaikan segala pinjaman perumahan. Bebas hutang di usia 33 tahun. Tak pernah lagi share dalam blog pasal payahnya hidup ni selama beberapa tahun kebelakang. Mungkin ada post nanti nak cerita kepayahan kami suami isteri. Sekadar peringatan dan mungkin perkongsian untuk mereka yang bakal harungi akam rumahtangga. 

OKTOBER 2017
Banyak bawa anak-anak ke event dan Alhamdulillah dimurahkan rezeki dalam dunia blog. Seronok rupanya menulis ni. 


NOVEMBER 2017
Qoid hadapi peperiksaan akhir tahun dan syukur keputusan memberansangkan. Kami tak letak tekanan dan harapan tinggi melangit. Yang penting dia nak belajar dan dalam masa yang sama tahu cara bawa diri dan uruskan diri. Susah juga sebab anak sulung kan biasanya manja. <pencapaian-qoid-rafif-2017-setahun->

DISEMBER 2017 
Qoid cuti sekolah. Uruskan dia di Kem Ibadah. Dan uruskan urusan persekolahan untuk 2018. Sekejap je rasa dah habis tahun 2017. So semalam buat sambutan keluarga. Seronok kumpul ramai-ramai. Semoga ukhwah terus kuat dan utuh.

Selamat Datang 2018. Insha Allah ada cerita-cerita indah juga. Setakat ni dah ada plan untuk 2018. Kita tengok berjaya ke tak. Ada masih dalam perancangan. Dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk semua. Kena juga buat sedikit anjakan paradigma ni. Dan semoga istiqomah dalam apa yang kita buat. xoxo

Lynda Che Lah

You May Also Like

3 Perkongsian

  1. selamat thn baru 2018..smoga apa yg di impikan dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru... rajin flashback balik semua

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram