Bermain Lego ~ Hobi Qoid dan Qhalif

by - February 21, 2018

Assalamualaikum..

Anak-anak dan lego macam ada satu `chemistry' kan? Budak-budak memang suka main lego dan permainan ni membantu perkembangan mereka. Sebab secara semulajadi anak-anak ini ada daya imaginasi sendiri. Buat roketlah, buat kereta terbanglah. Macam-macam. Kadang-kadang kalau mereka berimaginasi tu, Lynda pun tak faham mereka reka apa. Tapi kalau tanya, akan ada penjelasan dari mereka.


JENIS LEGO DAN WARNA
Lego mereka ni ada pelbagai jenis. Dari sekecil-kecil saiz miniture ke sebesar bongkah yang boleh disusun. Boleh dikatakan kebanyakan laci dan almari alat mainan mereka penuh dengan lego. Masa mula-mula beli eloklah terjaga siap dengan booklet tu kan. Tapi bila dah lama dan bosan, mereka kreatif cipta miniture sendiri. Dari segi warna pun pelbagai di mana boleh meransang otak dan mata mengenali pelbagai jenis warna. Jenis juga dari segi jenama adalah Lego sendiri atau jenama lain. Tapi kalau ikut pengalaman, jenama Lego memang berkualiti dan tidak mudah tanggal. 
UMUR SESUAI MAIN LEGO
Anak-anak kalau dengan lego memang boleh leka. Umur yang sesuai pada Lynda adalah selepas 3 tahun. Sebab masa ni, mereka tidak lagi berminat dengan benda yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau rongga lain. Kiranya, tak sesuai ye bagi anak bawah 2 tahun main lego. Sebab bahaya untuk anak ini terutama lego bersaiz kecil. Kalau bongkah besar sepatutnya tiada masalah. 

MELATIH MOTOR HALUS DAN DAYA FIKIR
Main lego ni menggunakan tangan kan. Dan jari-jari halus anak-anak. Dalam masa yang sama, ia melatih motor halus anak-anak ini untuk bergerak dan digerakkan. Sama macam menulis. Mereka akan merangsang deria rasa jari dan tahu macam mana nak gerakkan atau alihkan bongkah dan miniture. Bila bosan dengan rekaan biasa lego, mereka akan meransang daya fikir untuk berimaginasi dan mencipta. Jadi akan tercipta kereta terbang, kereta kebal, pedang dan perisai. Macam-macamlah yang mereka dapat buat hanya dengan bongkah kecil ni.

NILAI TANGGUNGJAWAB
Dalam masa yang sama, kita mengajar mereka tanggungjawab untuk menjaga bongkah-bongkah kecil ni, belajar menyusun dan akhirnya lepas main mengemas kembali lego ni. Kalau tak kemas, terpijak sakit oi! Haha. Tapi memang lepas main, kami akan pastikan mereka kemas balik dan bersihkan kawasan. Kalau ada lego yang pecah dan patah, buang je terus. Supaya tidak membahayakan dan mencederakan. Tetapi dalam masa yang sama kena ada pemantauan juga. Maklumlah, anak-anak ni bila main berdua kadang dia bergurau sesama sendiri. Mungkin kalau terlepas pandang boleh mendatangkan mudarat kan.

Jadi, kami memang tak kisah pun kalau minat mereka ni macam ni. Kadang bila keluar tu teringat dan ternampak lego yang unik sikit ke kami belikan. Nanti pandailah mereka ni rekacipta dan berkongsi. Nilai berkongsi ni pun penting sebab ada bongkah tu satu jelah yang ada. So kita tengok siapa yang beralah dan mengalah. Hehe. Semua benda yang anak-anak buat ni adalah proses pembelajaran. Sebagai Ibu Ayah, kita sokong dan bantu mana boleh kan. xoxo

Lynda Che Lah 

You May Also Like

9 Perkongsian

  1. sy pon suka main lego... suka nak collect setiap set tapi tak mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp tak beli yang original pun MsRed. Mahal..hehe

      Delete
  2. Sama situasi.. Anak2 AM pun masih berimaginasi menggunakan lego.. kalu singgah kedai nampak lego mesti beli sbb teringat kat diaorg.. padahal dah berbakul2 lego kat umah tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlu banyak mana pun masih tetap nak belikan..kan

      Delete
  3. bagus mainan lego ni. tapi anak saya langsung tak suka lego. huhu. beli yang lego blok besar2 pun dia tak suka. dia lebih suka main toys yang ala-ala feminin gitu mcm barbie, man masak-masak, main kemas umah.. hahahha

    ReplyDelete
  4. salam lynda =)

    lego ni salah satu permainan legend la.serius dari yaya kecik dedulu smpai laa ni lego tetap win..bebudak skrng pun suka,kan ^_^

    ReplyDelete
  5. suka tengok budak2 main lego, menggunakan daya imaginasi,

    ReplyDelete
  6. anak ima yang pompuan pon,main ni,kalo ada nampak..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram