Jangan Halang Kreativiti Anak..

by - March 14, 2018

Assalamualaikum..

Kalau korang ada baca post sebelum ni pasal Qhalif yang suka melukis <kat sini>, mesti korang rasa Qhalif baik je kan lukis kat kertas lukisan. Ada je reader komen cakap, bagusnya Qhalif tak conteng dinding.. 

Takkkkkk!!! Lepas genap umur dia 4 tahun, dia buat perangai diam-diam. Kebetulan Ibu bawa balik set stationeri ofis. Lengkaplah dengan marker pen, pen pelbagai warna. Masa Ibu buat kerja kat meja, dia ambil setiap satu pen dan berlari ke mana. Ingatkan ambil kertas tapi rupanya.........
Dia buat kerja ni sebenarnya! Conteng dinding!! Dengan penuh seninya.. Yang perasan pun abang Qoid. Masa nak masuk tidur. Tu pun kreatif pula sebab tak pula diconteng kalendar tu. Keliling kalendar je. Tak marah..tapi.. Haha...Ibu diberi hadiah dan keistimewaan untuk membebel.. Maka bebel lah..haha..Tapi as usual, dia biasa je macam tak da apa...
Siap berjoget! Buat tak tau.. Gelak je lah tepuk dahi. Bertuah punya anak. Tapi itulah. Kreativiti mereka tiada batasan walaupun dinding dikorbankan. Nantilah Ibu Ayah fikirkan bila nak cat balik tu. Alang-alang nanti cat 1 rumah warna baru. TQ dik. Ibu Ayah tak marah. Biarlah ini jadi kenangan bahawa adik membesar dengan baik dan sihat. Bantu perkembangan anak kita. Lynda takde tips besarkan anak. Kita tengok flow dorang dan kita bimbing. Bimbing melalui pengalaman dan biar mereka belajar daripada pengalaman. xoxo

You May Also Like

1 Perkongsian

  1. kena beli cat yang boleh tanggal conteng lah lepas nih

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram