Lamanya Tak Ke Mahkota Hotel Melaka..

by - March 26, 2018

Assalamualaikum..

Lynda suka Melaka. Sebab macam-macam makanan yang sedap. Rindu Coconut Shake Pantai Klebang, Asam Pedas Melaka yang umpph tu dan terbaru Keria Antarabangsa. Seriously lama tak pergi Melaka. Bandar Hilir pun suka juga. Kat Bandar Hilir pun ada macam-macam sekarang. Dengan Menara Berputar Taming Sari, naik beca malam-malam. Pasar malam yang jual macam-macam barangan. Nak rehat dan berjalan cukup rasanya pergi Melaka.

Kalau tak silap kali terakhir pergi Melaka adalah 2 tahun lepas. Sempat singgah Klebang je sebab ada kenduri kahwin kat Jasin. Ni cakap dengan Encik Hubby, rindunya Melaka. Hehe..Dan pengalaman pertama lepas kahwin pergi Melaka, kami menginap di Mahkota Hotel Melaka. Terletak di tengah bandaraya Melaka. Dan mudah nak pergi. Semua benda ada dari restoran, pusat beli belah, nak naik beca pun dekat je.

BILIK DI MAHKOTA HOTEL MELAKA
Konsep Apartment
Mahkota Hotel Melaka ni ada macam-macam jenis bilik. Dan swimming pool dia memang menggamit anak-anak lah. Silap-silap tak pusing bandar Melaka pun sebab leka berendam. Masa menginap dulu pun Lynda pilih 1 bedroom apartment. Kalau pergi 1 famili 6-8 orang boleh pilih nak menginap di 2 bedroom apartment. Luas dan selesa siap ada dapur. 

Konsep Bilik atau Suite
Kalau taknak apartment sebab pergi berdua atau dengan anak kecil, ada bilik biasa. Kalau macam Lynda ni nak pergi dengan 4 orang sefamili ni boleh je ambil Family Suite terus. Sesuai dengan anak 2 orang ni. Simple je.

FASILITI MAHKOTA HOTEL MELAKA
Kolam renang
Di Mahkota Hotel Melaka ada 2 kolam renang. Hibiscus Pool dan Dolphin Pool. Puas kot mandi kolam kalau macam ni. Anak-anaklah paling seronok. Dolphin Pool tu ada slide dan memang sesuai untuk kanak-kanak.

Restoran dan Cafe
Pilihan restoran dan cafe di Mahkota Hotel pun banyak. Untuk sarapan pagi boleh ke Cafe Mahkota. Di sini dihidangkan secara buffet dan ala carte. Pilihan makanan adalah makanan tempatan Malaysia.

Kalau nak western food boleh ke Pizza Terrace. Dan yang penting dapat makan Piza yang dibuat di sini. Fresh lah kan. Sambil tu tengok pemandangan menghadap Hibiscus Pool.

Kalau nak karaoke, boleh ke Oasis Karaoke Lounge. Dibuka dari jam 7 pagi sampai 1 pagi. Puas kot menyumbangkan suara kalau macam tu. hehe..

Gimnasium dan Kids Room
Sambil pergi Gimnasium tu, boleh tinggalkan anak-anak kejap di Kids Room. Ibu Ayah beriadah, biar mereka pun riadah cara mereka. Sebab Gimnasium terletak bersebelahan dengan Kids Roompun. Jadi tak risau kan.

MENARIK SEKITAR MAHKOTA HOTEL MELAKA
Mahkota Parade
Mahkota Hotel Melaka ni terletak betul-betul di Bandar Melaka. Berdepan dengan Mahkota Parade di mana senang nak shopping atau pilihan makanan fast food ke kalau korang suka. 

Asam Pedas Melaka
Tapi pergi Melaka kena pergi makan Asam Pedas. Pun dekat juga. Kedai Asam Pedas yang famous ada berdekatan dengan Mahkota Hotel. Samada di Dataran Bandar Hilir atau ke Kota Laksamana. Semua dalam 10minit je. Boleh pilih nak kemana.

Dataran Pahlawan dan Jonker Walk
Kalau menginap di Mahkota Hotel. Senang nak ke Jonker Walk. Dan di Dataran Pahlawan ada macam-macam. Boleh ke Menara Taming Sari tengok seluruh Bandar Melaka. Belah malam boleh naik beca pusing bandar. 
A Famosa
Tak lengkap kalau pergi Melaka tapi tak pergi A Famosa. Masa Lynda kecil dalam umur 9 tahun macam tu dah naik sampai atas kota tu. Tengok Bandar Hilir daripada atas. Masa tu gigih atuk bawa naik. Atuk kata, sampai A Famosa kena naik atas. Sekarang nak bawa anak-anak pula rasai pengalaman sama ni.

Masjid Selat Melaka
Kalau menginap di Mahkota Hotel Melaka, dekat je nak pergi ke Masjid Selat Melaka. Masjid ni dibina di pulau buatan manusia. Cantik je bila air pasang. Macam masjid terapung. Bolehlah nak solat Maghrib ke kalau bermalam kan.
Sumber : Google
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Selain asam pedas, pergi Melaka kena pergi makan ikan bakar. Jadi yang paling dekat dengan Mahkota Hotel ni adalah Muara Sungai Duyung. Dalam 20minit. Sambil makan sambil ambil angin laut.

Coconut Shake Klebang
Melaka dan Coconut Shake berpisah tiada. Walaupun banyak je orang jual Coconut Shake kat Klang ni, masih kalau ke Melaka nak minum juga Coconut Shake Klebang. Tapi banyak dah tempat di Melaka yang jual Coconut Shake sedap. Tapi dari Mahkota Hotel, hanya 15 minit dah boleh sampai Klebang.

TEMPAH MELALUI TRAVELOKA
Nak mudah, kita tempah melalui Traveloka. Boleh pilih mana bilik yang berkenan tu kan. Senang dan mudah kalau menginap di Mahkota Hotel Melaka. Semua tempat boleh diakses terus dari sini. Mana nak cari harga yang best mestilah guna Traveloka. Lagipun di Traveloka ada Mahkota Hotel Melaka Discounts. So, next trip..Melaka! xoxo

Lynda Che Lah

You May Also Like

5 Perkongsian

  1. kalo outstation melaka..mmg kami stay mahkota hotel ni sbb company punya panel

    ReplyDelete
  2. simple dan kemas je.. mesti nak cuba menginap kat situ kalau ke sana,

    ReplyDelete
  3. Bila sebut je Melaka mesti terbayang klebang

    ReplyDelete
  4. Wah.. bestnye melaka.. lama tak kesana

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram