18 March 2018

Nickelodeon PlayGround di Sunway Pyramid ~ Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum..
Cuti sekolah penggal pertama dah bermula. Ramai yang balik kampung atau plan melancong merata. Qoid pun baru habis Ujian Sumatif. Plan bercuti takda. Sebab nak bercuti bulan April nanti. Jadi, sambil-sambil tu Lynda bawa mereka ke Sunway Pyramid sebab banyak program dan aktiviti cuti sekolah diatur di Sunway Pyramid. Antaranya adalah Nickelodeon Playground yang bertempat di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid.
Apa ada di sini? Antaranya, pelbagai jualan barangan kanak-kanak daripada Toys R Us, permainan menarik Blaze The Runner, bertemu dengan watak kartun Shimmer & Shine, bergambar dengan figurin Paw Patrol. Anak-anak seronoklah. Ada juga booth sticker. Dan semua permainan adalah PERCUMA! 
 

Untuk sticker ni ada pilihan lain tapi Qoid dan Qhalif minat Paw Patrol, jadi buat sticker di sini. Untuk yang berminat nak bergambar dengan Shimmer & Shine, boleh hadir ke Sunway Pyramid pada 16 Mac sehingga 18 Mac. Anak perempuan sukalah kan.

JADUAL PERMAINAN

Semua permainan ni ada pekerja yang bertugas menjaga anak-anak. Dan had masa ditetapkan tapi bolehlah nak ulang main. Yang seronok main ni Qhalif lah sebab abang Qoid dah besar. Dia segan sikit. Lepas dah buat aktiviti di sini, boleh sambung shopping atau jalan-jalan cari makan.

Tak tahu nak ke mana tu boleh ke Sunway Pyramid dan mencuba pelbagai aktiviti di sini. Dah mula sejak 9 Mac dan akan berakhir 25 Mac nanti. Jalan-jalan dan relaks. Lagipun aktiviti percuma kan ni. Untuk anak-anak happy!xoxo

Aktiviti : Nickelodeon Playground
Tempat : LG2, Blue Concourse Sunway Pyramid
Tarikh : 9 Mac - 25 Mac 2018
Lynda Che Lah

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram