Assalamualaikum..
Lynda ada masalah pigmentasi dan jeragat. Dah lama pun sebenarnya. Dan kisahnya, Lynda memang bukan jenis jaga muka. Maksudnya, tak pandai nak pakai pelembap lah, serum lah, sunblock lah.. Seriously tak ambil tahu pasal kulit wajah. Tapi kan, sejak dah masuk 3series ni, nampak kulit wajah macam kusam dan tak glowing. So, mulalah belajar tengok macam mana nak jaga kulit wajah. Jealous je tengok kawan-kawan muka ploles. Ngada kan. Harap belum terlambat.
SESI RAWATAN WAJAH DI PREMIER CLINIC
Lynda berkesempatan ke Premier Clinic untuk 1 sesi rawatan. Masa buat temujanji, tak pasti lagi tentang rawatan. Kena datang dulu ke klinik dan doktor akan buat keputusan kemudian. Premier Clinic ni antara klinik aestetik terkenal dan mempunyai banyak cawangan di Lembah Klang. Antaranya di Kuala Lumpur, Bangsar, TTDI dan yang Lynda pergi ni di Puchong. Terletak di IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya. Parking senang dan klinik pun senang dicari. Tepi bangunan je.
INTERIOR PREMIER CLINIC
Klinik ni selesa dan ada ruang menunggu, ada ruang konsultasi, bilik rawatan, bilik doktor. Dan yang penting, muzik latar yang dimainkan. Tenang je. Bau pun wangi.
KONSULTASI
Sebelum menentukan jenis rawatan, Dr. Michelle Lai akan tanya kita, apa yang kita tak suka dengan wajah kita. So, bolehlah kan mengadu. I tak suka pigmentasi dan jeragat. Lepas tu, doktor tanya rutin jaga wajah macam mana. Dan of coz kena marah..Hahaha.. Doktor kata, penjagaan wajah perlu dijadikan rutin. Jadikan antara perkara yang perlu buat setiap hari. Jangan malas. Yang paling utama, tolong pakai sunblock. Sebab sinaran matahari sangat menyumbang kepada pembentukan jeragat dan pigmentasi. Kebanyakan daripada kita terutama Lynda tak pakai sunblock bila keluar dan terdedah kepada cahaya matahari. Sampai doktor cakap, kalau nak tau, kulit wajah you macam kulit umur 40 tahun. Mak sentap!
RAWATAN LASER UNTUK PIGMENTASI DAN PARUT
Sebelum rawatan dimulakan, kulit wajah akan dibersihkan. Dan doktor maklumkan bahawa sepanjang rawatan akan ada rasa tidak selesa seperti dilastik dengan getah. Rawatan dijalankan dengan tembakan laser di wajah dengan alat berteknologi tinggi. Sepanjang rawatan, kulit wajah akan disejukkan dengan alat penyejuk. Masa rawatan adalah lebih kurang 15-20 minit untuk laser sahaja. Bergantung juga dengan jumlah dan keadaan kulit wajah. Lagi teruk pigmentasi atau parut tu, lagi tinggi jumlah laser yang akan digunakan.
SAKIT TAK RAWATAN LASER?
Soalan ni pun bermain di fikiran Lynda. Dan inilah soalan yang korang tertanya-tanya kan. Ada nampak Lynda senyum tak tu? Secara jujurnya, rawatan laser ni sakit manja. Bukan sakit sangat ye. Tapi betullah doktor kata, macam dilastik dengan getah. Rasa pedih-pedih di kulit wajah macam luka kecil. Takda rasa panas tapi ada bau hangit. Dan selepas rawatan tu, wajah akan ditutup dengan tuala basah, dibersihkan dan disapu dengan pelembab dan sunblock.
KESAN SEMENTARA SELEPAS LASER
Kesan yang Lynda alami adalah muka terasa bengkak dan kemerah-merahan. Tapi takdelah bengkak mana. Cuma di setiap titik pigmentasi tu lebih berwarna gelap dan timbul. Sebab ditembak laser kan. Keadaan ni akan berterusan selama 2 jam atau kurang. Tapi masa ni pedih dah takda. Dalam masa lebih kurang seminggu, kulit yang dilaser akan mengalami pengelupasan dan mengalami kulit kering. Jadi, nasihat doktor adalah pakai hydrating mask selama seminggu ni untuk melembapkan kulit dan jangan tinggal langsung sunblock. Dan untuk hasil yang berterusan, rawatan ini perlu dilakukan sebanyak 6 kali.
TERIMA KASIH PREMIER CLINIC
Banyak Lynda belajar dari Dr Michelle sebenarnya. Dan juga daripada Beauty Consultant di sini. Rutin penjagaan wajah ni memang kena buat. So, dah terbuka sikit minda ni dan kena rajin lepas ni. Insha Allah, akan ke Premier Clinic lagi untuk rawatan seterusnya.
TAWARAN UNTUK PEMBACA BLOG
Untuk pembaca Lynda yang berminat nak dapatkan rawatan atau konsultasi, jangan lupa beritahu nama Lynda Che Lah/Nurulazlinda Che Lah dan korang boleh dapatkan harga istimewa.
Untuk maklumat lain termasuk senarai harga dan lain-lain rawatan di Premier Clinic:
CAWANGAN PREMIER CLINIC
TTDI: 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
BANGSAR: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
PUCHONG: G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
KL CITY: A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
General Contact Details: +6012-6625552
Websites: www.premier-clinic.com
Email Address: contactus@premier-clinc.com
Facebook: www.facebook.com/Premier-Aesthetic
Instagram: @premier_clinic
Lynda Che Lah
Klinik yg sama akak buat clatuu
ReplyDeleteMesti riban kan. Kalau lynda pun kena marah dh, kira ni umo dh 40 an x jaga kulit muka konpem mi tak maki! Agaga...!
ReplyDeleteJJCM: Tempat menarik di Muar
Kak Deeb, harga dia tak riban lagi kak. Percaya tak? hehe.. Kena marah tadah telinga je kak..hahaha..tp the good thing is skrg dah pandai pakai sunblock...hehe
DeleteAssalammualikum,saya nak tanye untuk rawatan jeragat angaran kos berapa RM ye..bahagian pipi sahaja kiri fan kanan sebesar duit syiling 50sen..
Deletewkumslm. boleh call klinik direct untuk tahu pakej.
Deletebestnya dapat buat rawatan muka :)
ReplyDeleteBerapa kos buat laser utk jeragat tu?
ReplyDeletesekali treatment RM799-899 bergantung pd jenis treatment
DeleteAssalamualaikum...saya nak tanya berapa lama ya proses penyembuhan muka selepas di laser.berapa jumlah bulan di ambil selepas selesai semua rawatan...hasil wajah sis macam mana ia berhasil atau tidak hilangkan parut dimuka...sebab saya parut jerawat berlubang jadi nak try buat laser sebelum tu saya buat selidik dulu...hasil wajah sis macm mana berkesan atau tidak dengan rawatan lazer yang dibuat parut hilang atau tidak...tq
ReplyDeletewkumslm. Hasil treatment akan berbeza dengan orang lain. Puan kena dapatkan nasihat doktor. Biasanya doktor akan buat pemeriksaan kulit dan masalah puan dulu. Jadi, setiap pemulihan berbeza bagi setiap orang.
Deleteselepas complete rawatan laser muke ok x? perubahan dia mcmane?
ReplyDeleterawatan laser kena buat 3-8 kali treatment br nampak kesan.
DeleteAssalamualaikum.. Nak tanya, Selepas membuat rawatan laser..bila puan menggunakan pencuci muka dan produk kosmetik semula??
ReplyDeleteWkumslm. Selepas rawatan, kena sentiasa pakai sunblock dan hydrating mask. Cuci muka dan rutin lain seperti biasa
DeleteSmpai skrg dh brpa kali linda buat rawatan laser.... Cmne keadaan kulit wajah ada perubahan x....
ReplyDeleteSaya buat sekali je. Laser treatment kena buat sekurang-kurangnya 5 kali. Bergantung kepada keadaan kulit wajah
DeleteProduk skincare tu dr klinik yg sama atau linda guna produk yg bli kt luar
ReplyDeleteproduct skincare guna clinic punya
Delete