Assalamualaikum..
Bio Oil dan parut atau strechmark
memang sinonim kan. Macam Lynda ada parut pembedahan, memang percaya dengan
keberkesanan Bio Oil dalam membantu menyamarkan dan menghilangkan parut. Bulan
ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang
luar biasa dengan kempen #makeyourmark.
Menyedari bahawa masyarakat kini
mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga
menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri,
kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri
sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.
Kempen #makeyourmark adalah bahagian
pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk
memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan
terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk
mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita
untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri
sendiri.
"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang
wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya
dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya
bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk
mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa
mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam
perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga
keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri
sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak
dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran."
Ms. Low Hooi Wan, Pengurus
Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.
Beberapa orang wanita luarbiasa Malaysia pun merupakan pengguna setia Bio
Oil berkongsi tentang keyakinan dan kejayaan mereka.
"Ketahui nilai diri anda; apa
yang anda ada dan apa yang anda perjuangkan. Tahu apa yang anda mahu, tahu
bagaimana anda akan mencapai matlamat anda (tidak ada matlamat yang terlalu
kecil!), dan bila anda akan mencapainya. Pengurusan masa sudah pasti menjadi
cabaran terbesar sekarang. Menjadi ibu bekerja (seorang anak berusia dua tahun
setengah dan mengandung 7 bulan), saya perlu menguruskan masa saya dengan betul
supaya saya dapat menjaga mereka yang paling saya sayangi. Mempunyai jadual
yang dapat saya ikuti membantu. Mengutamakan yang penting, mempunyai sistem
sokongan yang kuat, dan jumlah masa yang tepat untuk diri sendiri adalah kunci
dalam menghadapi cabaran pengurusan masa.
Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual yang
perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu
risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya dan biarkan ia menjaga kulit saya
dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan
menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya untuk menghindari kesan regangan,
sebagai langkah pencegahan untuk mengelak tanda regangan. Ia melembap dan apa
yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. - Elaine Daly,
Pelakon, Hos TV, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia Organization,
Pengarah Saluran www.hurr.tv
"Adalah penting untuk sentiasa
berfikiran positif dan mencari sisi positif setiap perkara. Kehidupan adalah
sukar secara sedia ada; kita tidak boleh membiarkan pemikiran negatif membawa
kita ke bawah. Akan ada hari-hari yang akan membuat anda berasa seperti ingin
menyerah kalah. Jadilah kuat dan ingat bahawa pasti ada sinar cahaya
dipenghujung terowong paling gelap. Membesarkan empat orang anak adalah perkara
paling sukar yang pernah saya lakukan. Perancangan dan pengurusan masa yang
baik adalah perkara yang paling penting untuk membantu saya melalui masa yang
sukar.
Bio-Oil membantu saya kelihatan
muda selama boleh. Ia membantu dengan masalah kekeringan dan melembab kulit
saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dalam
kulit saya sendiri!- Madam Molly Khoo, Pengasas
Heritage Village Restaurant
"Jangan sekali-kali memandang
rendah kuasa kepercayaan diri dan berfikiran positif. Jika anda memanfaatkan
minda yang positif, menakluki segala keraguan, ketakutan dan benar-benar
percaya kepada diri sendiri dan keupayaan anda, anda boleh berbuat apa saja!
Hanya ingat bahawa apa saja kesusahan yang mungkin hadapi adalah untuk membantu
anda belajar, berkembang dan akhirnya mencapai kejayaan yang sebenar. Jadi
jangan menyerah! Teruskan bekerja keras, bertahan dan jangan pedulikan
pengkritik dan tidak lama lagi impian anda akan menjadi kenyataan.
Saya sendiri telah bergelut dengan
keyakinan diri dan rasa tidak puas hati dengan keupayaan saya, merasakan diri
tidak layak terutama sebagai usahawan kali pertama dalam industri teknologi
yang dikuasai lelaki. Tetapi apabila saya mengubah set minda saya, menguatkan
keyakinan dalam diri saya dan mengambil tanggungjawab untuk kejayaan saya, saya
tidak lagi rasa takut. Saya tahu saya mampu menakluk setiap cabaran yang
mendatang. Peralihan pemikiran boleh melakukan keajaiban dalam menjadikan diri
anda benar-benar bergemerlapan.
Saya menggunakan Bio-Oil sebagai
pelembap badan kerana ia membantu melembabkan kulit kering dan memastikan tona
kulit saya sekata. Saya suka bagaimana ia adalah jenama yang sangat baik yang
membantu wanita meningkatkan keyakinan diri! "-
Jesrina Arshad, Pengasas & CEO of PurelyB
"Membuat penghijrahan dari
dunia korporat ke perniagaan, mereka pakaian sukan saya sendiri dan membina
jenama sendiri dari bawah merubah kehidupan saya dan memberi saya banyak
pengajaran.
Pengajaran paling penting saya
pelajari ialah setiap seorang daripada kita mesti mempunyai keberanian untuk mengejar
impian kita tanpa rasa takut. Ini boleh menjadi sesuatu menakutkan kerana
kadang-kadang, impian kita begitu besar dan luar biasa. Saranan saya adalah
untuk mengambil impian anda dan memecahkannya kepada tugasan kecil. Sedikit
demi sedikit, anda ambil langkah-langkah untuk menuju ke tempat yang anda
inginkan.
Pengajaran kedua yang saya pelajari
ialah kegagalan adalah perkara yang baik. Apabila saya membuat keputusan bahawa
saya mahu mencipta pakaian sukan yang paling cantik di dunia, saya tidak tahu
apa yang saya lakukan. Saya gagal berkali-kali. Tidak lama kemudian saya sedari
bahawa kegagalan adalah sesuatu yang hebat, kerana selepas setiap kegagalan,
saya belajar dan saya menjadi lebih baik. Setiap kegagalan telah menjadi satu
langkah ke hadapan.
Bio Oil adalah minyak penjagaan
kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang
terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya
mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk
semua! "-Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel
Jom sertai Kempen #makeyourmark #iamremarkable untuk
membina keyakinan, tampil sihat dan cantik, berjaya dan menjadi wanita terbaik
untuk keluarga dan membantu masyarakat dan wanita lain. xoxo
Lynda Che Lah
Mengenai
Bio-Oil
Bio-Oil adalah
produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk
membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan
tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™
yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan
minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk
menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain
daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh
digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan
terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk
melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga
boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat
kesan penyaman udara dan mandian kerap.
Sebanyak 223
anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh
dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.
Bio Oil memang bagus..memang pakai dan segala jenis parut pudar..tp kempen ni bagus sangat2..indeed kena cari sisi positif..
ReplyDeleteElayne tu dah lama ngan Bio Oil kan? Ingat lagi masa lepaih beranak anak yg no 2 tu, nampak iklan muka dia yg terai tu haha..tp mmg baguih. Ilang sume stretch mark den!
ReplyDeletebio oil nie mmg bagus dlu pernah guna nak bg hilang maslah kulit kering pada tumit
ReplyDelete