Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Rezeki anak-anak sebenarnya. Kali ni Lynda sekeluarga berpeluang ke Legoland Malaysia. Orang kata, rezeki jangan ditolak kan. Walaupun memang ada plan nak ke Legoland tapi rezeki ni datang lebih awal. Terima kasih kepada Legoland Malaysia dan #KBBA9 yang menguruskan Fam Trip kali pertama 2018 ni. Seronok jumpa semua blogger lain. Laga-laga pipi sat lepas tu ambil gambar. Dah tu hilang dalam Legoland dan layan anak-anak.
Berkumpul di Legoland lebih kurang pukul 11 pagi. Ada taklimat ringkas oleh wakil Legoland dan lepas tu enjoy! Paling teruja dua beradik ni lah kan. Dan yang bestnya, mereka ada super tenaga yang tak tahu datang dari mana. Ibu Ayah ikut je lah.
ANNUAL PASS LEGOLAND
Paling penting masuk Legoland ni adalah perancangan perjalanan. Sebab Legoland ni besar sangat dan kalau boleh taknak terlepas 1 pun aktiviti dan permainan di sini. Kalau nak cerita tentang movie 3D je ada 4 show sepanjang hari. Kalau nak cukup masa round semua dan cuba semua permainan di sini, eloklah beli Annual Pass Legoland. Sepanjang tahun pada bila-bila masa pun boleh masuk Legoland dan kini ada promosi!
Korang boleh dapatkan Annual Pass Legoland dengan harga tiket asal iaitu RM199 sahaja. Ini harga kalau sehari nak masuk Theme Park tau. Tapi Legoland Malaysia dengan berbesar hati nak offer harga ni bagi Annual Pass mereka. Memang kalau dah beli ni boleh habislah tawaf dalam Legoland. boleh cuba semua! Sambil beli Annual Pass, mana tau boleh menang Nissan Almera. Qoid dan Qhalif dah ambil berkat bergambar dengan kereta tu.
Masuk je Legoland mengikut suggestion wakil Legoland adalah elok dimulakan dengan sebelah kanan. Dan di sini terletak Kelas Memandu. Ada 2 kategori untuk Junior dan Kids. Qhalif 4 tahun pergi kelas Junior. Qoid masuk kelas Kids. Seronoklah mereka dapat memandu sendiri. Selama ni berangan je kan bawa kereta. Kat sini semua boleh.
NINJAGO RIDE
Anak-anak Lynda memang peminat NinjaGo. Tengok kartun NinjaGo, main game NinjaGo. Jadi, bila datang sini memang Qoid dah tunjuk kat peta nak pergi NinjaGo Ride. Sebelum tu singgah main di NinjaGo Master of Spinjitsu, tengok teater NinjaGo dan ke NinjaGo Ride.
Ibu Ayah pun terjebak main 4D game dalam NinjaGo Ride. Siap ada markah lagi bagi Ninja terbaik. At least, kita taulah kan budak-budak ni tengok apa selama ni. Menarik!LEGOLAND VR COASTER
Ini lagi satu tarikan baru di Legoland. Visual Reality Coaster. Kami naik Dragon's Apprentice je di Legoland Kingdom. Itu pun dah jerit siap pejam mata. VR Coaster ni adalah pengalaman 4D. Nak tahu, kena datang dan cuba sendiri. Kebetulan sampai je kat sini, hujan. VR Coaster tidak beroperasi dalam hujan. Boleh cuba awal kalau datang awal sebab ianya terletak di sebelah kiri pintu masuk je. Kalau berjaya dengan ride ni confirm berjaya dengan ride lain. Hehe..
Kalau ikutkan banyak sangat nak share pasal pengembaraan hebat di Legoland Malaysia. Bukan je sesuai untuk anak-anak, tapi kami pun gembira dan tenaga tu ada. Tak berhenti jalan. Kalau berhenti rehat pun masuk tengok 3D Movie yang best dan berhenti minum. Nanti Lynda share lagi apa kami buat di Legoland. Dah boleh plan untuk program cuti sekolah akan datang. Untuk info lanjut sila ke :
Website : www.legoland.com.my
Facebook : Legoland Malaysia
Instagram : @legolandmalaysia
Contact : 07-597 8888
Lynda Che Lah
wow... pantas.. dah siap dah entri. tapi mmg bestlah budak budak tu kan
ReplyDeletetunggu si adik tinggi sikit lagi kak..pastu repeat
Deletebest yer lynda, huda lupa betul nak g collect driving license untuk Arif. sebab kalut layankan si adik yang dah mula buat perangai.
ReplyDeleteActually, dah ke tempat lain. Lepas tu patah balik sbb dgr boleh collect driving license kat kaunter.
Deletesies rasa nak repeat lagi
ReplyDeleteJom She!
DeleteCantik lah lesen tu. Ingtkan guna kertas yg dia bg tu. Rugiiiii...
ReplyDeleteRM25 tapi kualiti ni Allene..2 minit siap
DeleteBukan anak-anak je yag seronok sakan.. Mak paknya pun seronok..Tak puas main sehari je..
ReplyDeleteKan Kak Tati. Kena repeat ni
DeleteAlaaa... Tak sempat dapatkan lesen memandu tuk anak².
ReplyDeleteTapi memang seronok giler laaa kat sini.
Itulah kak Nina. Saya patah balik pergi collect..hehe
DeleteSeronok sangat dapat join kali ni.. anak2 pon enjoy kat dalam sana..
ReplyDeletetak sempat nak habiskan semua tempat ... sure kena repeat lagi ni...yang penting anak-anak happy kan !
ReplyDeleteNak pergi lagi !
ReplyDeleteseronok haritu tengok lynda live... happening sangat kat legoland
ReplyDeletelama tak pergi situ hehehe
ReplyDelete