11 April 2018

April ~ Bulan Kesedaran Ceaserean

Assalamualaikum..
Saja nak kongsi sebab Lynda antara yang memiliki parut C-sec. Jadi bulan April diiktiraf sebagai bulan kesedaran Ceaserean. Dan sebenarnya untuk berkongsi dengan semua tentang pembedahan ceaserean itu sendiri. Selain itu mengubah persepsi masyarakat terhadap pembedahan Ceaserean.

C-SEC BUKAN PILIHAN
Ceaserean bukan pilihan tetapi adalah pilihan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. C-sec perlu untuk melancarkan proses kelahiran yang mengalami kesukaran. Macam kes pertama Lynda adalah fetal distress dimana ianya boleh mengancam nyawa bayi. Selain itu untuk ibu yang mempunyai masalah Hepatitis C, mengalami masalah jantung, masalah pembukaan vagina dan sebab perubatan lain perlu menjalani C-sec.

BULAN KESEDARAN C-SEC
Tujuan dan matlamat utama bulan kesedaran ini adalah untuk mengajak semua mengumpul maklumat dan belajar tentang pentingnya pengetahuan tentang C-sec. Tujuan lain juga adalah menggalakkan VBAC (vaginal birth after Csec) dan mendidik masyarakat bahawa pembedahan C-sec adalah perlu dan penting dalam menyelamatkan nyawa sekiranya berisiko. Kena ubah tanggapan bahawa, melahirkan melalui Csec adalah tidak natural dan tiada kepuasan melahirkan. Hanya ibu yang pernah melalui C-sec akan memahami keadaan yang dialami.

PENGALAMAN C-SEC
Pengalaman pertama Lynda adalah kerana fetal distress. Sewaktu ini doktor maklumkan pembedahan C-sec diperlukan segera kerana nyawa bayi dalam bahaya. Jadi kesedarannya adalah untuk memahami keperluan dalam keadaan genting ni. Kali pertama dibawa ke dewan bedah dan diperlihatkan prosedur. Insaf sebab bukan mudah nak berkorban sebagai seorang Ibu.


Untuk pengalaman kedua adalah pilihan. Tetapi sebelum membuat pilihan, para doktor ada menyarankan VBac tetapi turut diterangkan risiko sekiranya kita memilih untuk VBac. Jadi pilihan diberi dan dalam masa yang sama anda akan dibantu. Jadi, set dalam minda apa yang kita perlukan. Belajar dan gali ilmu VBac serta ilmu tentang penjagaan seterusnya jika perlu melalui C-sec. Penting ye untuk kita belajar dan faham.

Tahniah ibu-ibu yang melalui C-sec. Dan tahniah juga kepada ibu-ibu yang melahirkan secara normal. Kita adalah wanita hebat yang berjaya melalui tempoh sukar ni bagi melahirkan Khalifah di dunia ni. Dan tugas berat adalah untuk membimbing Khalifah ini. Untuk TTC, teruskan usaha anda. Rezeki dan jodoh rahsia Allah jua. Usaha tanpa lelah. Insha Allah. xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. fuh, ngeri pula bilakenangkan czer. mama dulu pun czer gak

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram