Assalamualaikum..
Ramadan dah semakin hampir. Macam dah jadi kebiasaan masyarakat negara ini dengan hidangan yang pelbagai masa bulan puasa kan. Maklum, puasa sepanjang hari. Ada je yang teringin nak makan masa berbuka. Tapi, dalam teringin tu beringat juga kan. Kali ni, Lynda nak share hidangan buffet restoren yang korang akan rasa berbaloi dengan harga dan pilihan makanan yang pelbagai.
BUFFET RAMADAN ME'NATE
Dengar je nama Me'nate dah terfikir, mesti mahal kan. Me'nate terkenal dengan hidangan panggang macam steak yang dihidang secara fine dining dan popular. Tapi kalau nak tahu, harga buffet Ramadan Me'nate bermula daripada RM40 untuk kanak-kanak. Dan pilihan hidangan yang pelbagai.
Teringin kan nak masuk Me'nate dan nak tengok apa yang mahal sangat tu? Kali ni, memang kena masuk sebab harga yang ditawarkan berbaloi. Dan pilihan makanan dalam set pilihan bermula dari appetizer, salad dan sup, hidangan utama terdiri daripada menu tempatan dan antarabangsa, pilihan masakan panggang, pilihan mee, pencuci mulut dan pilihan minuman panas dan sejuk. Lengkaplah kiranya berbuka puasa nanti.
PILIHAN MAKANAN UTAMA
Untuk hidangan utama je dah ada macam-macam. Bermula dengan hidangan nasi berperisa dengan lauk pilihan sehingga hidangan western. Datang Men'ate kena cuba western food sebab cukup rasa, cukup semua. Hidangan western akan bertukar setiap hari untuk 3 kali set menu. Maknanya, hari Isnin set lain, Selasa set lain dan Rabu set lain dan akan kembali kepada menu set pertama semula. Dan semua ni sedap-sedap. Boleh ambil hidangan yang kecil sebab memang akan patah balik dan tambah.
TIADA KAMBING GOLEK
Sayangnya, di Men'ate tiada hidangan kambing golek, hidangan tradisi buffet Ramadan. Tapi ada Rusa Golek! Hidangan eksotik dibawakan kepada pelanggan Men'ate. Kelainan tahun ni di Men'ate. Yang tak pernah makan rusa, boleh ke Men'ate untuk hidangan ni di mana tak boleh dapat di buffet Ramadan lain.
Kredit gambar : www.shehanzstudio.com
PILIHAN MAKANAN LAIN DAN MINUMAN
Selain hidangan utama, Men'ate menghidangkan hidangan sampingan lain seperti kuewtiaw goreng, mee goreng, hidangan mee berkuah, hidangan sup dengan roti, pilihan salad yang pelbagai dan minuman panas dan sejuk. Tak lupa, pencuci mulut dalam bentuk kecil dan comel. Jadi takkan membazir makan kan. Lynda paling suka potato salad, air jagung susu dan kek Red Velvet. Walau dah kenyang dengan hidangan utama, tetap nak rasa juga hidangan comel ni.
KEMUDAHAN MEN'ATE
HARGA BUFFET RAMADAN MEN'ATE 2018
Dengan semua hidangan yang boleh dipilih macam Lynda share ni, bolehlah datang berbuka puasa di Men'ate dengan keluarga. Harga yang amat berbaloi dan berpatutan. Dengan konsep pelbagai pilihan makanan tu, dengan harga macam ni. Puas hati. Buffet Ramadan akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam.
Kanak-kanak ( 5 tahun - 11 tahun ) : RM39.90
Dewasa ( 12 tahun keatas ) : RM79.90
Semua buffet Ramadan 2018 akan diadakan di semua outlet Men'ate seperti di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan tentunya Shah Alam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh ke media sosial Men'ate
FB : menatesteakhub
IG : @menatesteakhub
1 Comments
Rusa golek tu sedap.. Nak lagi..
ReplyDelete~Dah Baca Tak Mahu Komen?~