02 April 2018

Buffet Ramadhan 2018 di Geno Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum..

Dah nak masuk bulan Ramadhan kan. Dah habis ganti puasa tak semua? Insha Allah, sempat lagi. Lynda nak share sebenarnya salah satu tempat berbuka puasa yang ada di Shah Alam. Selain hotel ternama di Shah Alam, ada 1 hotel yang sedang meningkat naik iaitu Geno Hotel. Terletak di Taman Subang Mas, Subang Jaya tapi hotel ni diakses melalui Seksyen 20 je. Kan sempadan Subang Jaya dan Shah Alam. 

Dengan bertemakan Semarak Ramadhan, Geno Hotel menawarkan masakan Melayu yang pelbagai di samping hidangan signature dish mereka dan semestinya, kambing golek. Selain itu terdapat aneka pilihan makanan lain seperti pilihan mee, kuih muih tradisional dan antarabangsa, sate dan ikan bakar. Lauk masakan Melayu dimasak oleh Chef Jamal dibantu oleh tenaga pekerja yang lain. 


DEKORASI THE TASTE


PILIHAN MAKANAN MELAYU

KAMBING GOLEK

LAIN-LAIN HIDANGAN


 DESSERTS



KEMUDAHAN SURAU DAN PARKING
Ni jangan risau sebab parking adalah banyak dan surau adalah besar dan luas. Surau terletak di basement hotel dan lengkap dengan telekung. Cuma masa Ramadhan nanti mesti ramai kan. Jadi elok bawa telekung sendiri.


 PROMOSI DAN HARGA BUFFET RAMADHAN 2018 GENO HOTEL

Harga Buffet Ramadhan di Geno Hotel 2018 (17 Mei - 12 Jun 2018) :

  • Dewasa: RM110 bersih (seorang)
  • Kanak-kanak (5-10 tahun): RM55 bersih (seorang)
  • Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM71.50 bersih (seorang)
Tawaran Pembelian Awal Baucar ‘Early Bird’ (15 Mac – 30 April 2018):
  • Dewasa: RM88 bersih (seorang)
  • Kanak-kanak: RM44 bersih (seorang)
  • Warga Emas: RM 57.20 bersih (seorang)
Harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan pelbagai pilihan makanan. Nak pilih lauk je pun dah pening. Sebab banyak sangat lauk kampung yang dihidangkan disamping masakan lain. 

PILIHAN LYNDA
Lynda suka masakan kampung terutama Kari Daging Kambing sebab dagingnya sangat empuk dan tidak hamis. Selain tu suka sangat dengan kuah satay. Kambing Golek pun daging lembut dan tidak kering. Ulam-ulaman segar dan sambal kicap sedap.

Desserts je dah cukup buat kecur liur. Tengok desserts je lah bersusun macam piramid tu. Lynda suka puding roti dan sagu gula melaka sebab ada kejutan dalam suapan terakhir. Nak tahu apa kenalah tempah untuk berbuka puasa dengan Geno Hotel.xoxo

Untuk tempahan dan lain-lain pertanyaan boleh terus hubungi Geno Hotel
Facebook : mygenohotel
Call : 03 50336666
Waze : Geno Hotel

Lynda Che Lah

9 comments:

  1. Kambing golek tu macam sedapp je

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok lauk-lauk dia.. Tak sabar nak puasa..

    ReplyDelete
  3. kalau tgk gambo pun dah meleleh air liur, ni kan pula kalau makan time bulan pose nanti..huhu

    ReplyDelete
  4. Teringat ingat Apple Crumble tu, sedap sungguh!

    ReplyDelete
  5. Cantik betul dekorasi dia, pastu kemudahan surau pun luas. Berbaloi jugak berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat pergi buffet Geno Hotel

    ReplyDelete
  7. tengok makanan kita terliurrrr

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram