Jom Mengundi PRU 14

by - April 11, 2018

Assalamualaikum..
Topik hangat 2 3 hari ni mestilah tentang Pilihanraya Umum ke 14. Sekali lagi Malaysia akan memilih. Dan pilihan di tangan masing-masing. Sebenarnya juga ini kali pertama Lynda nak mengundi. 5 tahun lalu bertugas sebagai petugas pilihanraya dan tak sempat mengundi pos masa tu. Jadi tahun ni kali pertama nak mengundi.

Tarikh pengundian pun dah umum iaitu pada 9 Mei 2018, hari Rabu. Apa signifikasi dibuat hari Rabu, macam-macam spekulasi dibuat. Tapi walauapapun yang berlaku, jom tunaikan tanggungjawab memilih untuk tahun ni.

Siapa kita nak pilih mestilah yang mampu dan berwibawa. Semangat tahun ni lain sikit. Dan yang penting, sumber kita pun dah pelbagai kan. Jadi tepuk dada, tanya pilihan hati. Yang penting terbaik untuk negara, bangsa dan keluarga kita sebenarnya. Apakah masih lagi mahu yang lama? Atau nak cuba khidmat baru? Jawapannya hanya pada diri sendiri. Undi adalah rahsia. Walau dengan Encik Hubby pun berteka teki undi apa dulu..Hahaha..

9 Mei ada dalam tempoh sebulan lagi. Rancang cuti dan perjalanan anda jika berkaitan. Masih mengharap ada cuti khas diberikan. Tapi mengikut pengalaman dahulu, ada je buat hari mengundi hari bekerja. Takda cuti orang lama cakap. Jadi, jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dan pekerja.

Lynda menyeru, kalau boleh. Luangkan masa anda untuk mengundi dan memilih. Lynda dah set nak pilih apa dah. Seronok tengok semangat rakyat Malaysia di FB dan IG. So, teruskan semangat ni sampai hari pengundian tau. Pangkah dan pilih yang tepat. Jalankan tanggungjawab anda akan mungkin membawa perubahan.
#savemycountry
#jommengundi
#balikmengundi
#MalaysiaMemilih

P/S : kalau nampak iklan ntah hape menari-nari kat blog tu tak melambangkan puan punya blog ye..ehhhhhhh

Lynda Che Lah

You May Also Like

0 Perkongsian

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram