29 June 2018

Photoshoot Raya 2018 ~ Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Blog pun sunyi beraya sekali. Kebetulan, laptop Ayeed pinjam nak periksa. Alang-alang nak share post ni, kita ubah template sekali. Untuk tarik mood menulis balik.

Tahun ni kami masih beraya bersama dengan kehadiran si kecil Qathrunnada. Jadi, mama nak tukar gambar baru dekat rumah. Sebab ada pertambahan ahli keluargakan. Berkumpul kami semula masa Syawal ke 10. Tahun ni juga, Adik giliran beraya di Melaka. Lynda beraya di rumah MIL. Dapat berkumpul macam ni bila semua dah ada di rumah mama.

Tema tahun ni Krim. Lari dari tema asal. Rezeki sebenarnya pakai tema ni. Jadi tahun depan boleh pilih tema asal. Haha.. Mama dan adik-adik tema warna perang/coklat. Pagi tu pun masak nasi lemak sama-sama lepas tu sambung beraya daripada pagi sampai malam. 

Tahun ni juga tercapai impian nak buat photoshoot raya. Kami pilih buat outdoor je. Gambar cantik dengan cahaya semulajadi gitu.. Hehe.. Terima kasih untuk OP dari Kalamgraphy yang bertempat di Klang. Dengan harga serendah RM99, boleh pilih nak buat photoshoot ikut korang. Tak perlu pergi ke studio. Buat kelainan sikit tahun ni.


Selamat Hari Raya semua. Kalau korang nak promo terbaik ni, boleh ke IG @Kalamgraphy atau hubungi Kamal di 0172324574. Insha Allah harga boleh dirunding dan yang penting servis santai dan seronok. Lepas tu boleh cuci banyak mana yang nak, buat frame ke dan upload je kat IG/FB. Terima kasih Kamal! xoxo

Lynda Che Lah



3 comments:

  1. best yer photoshoot raya. huda esok petang baru nak ke studio buat review photoshoot.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram