Syawal DiRai, Ramadhan Dirindui..

by - June 14, 2018

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan tengok blog dan menaip sedikit. Kebetulan hari ni berada di pejabat walaupun di petang raya. Ni rutin Lynda kalau menjelang Syawal. Tak bercuti sebab bagi laluan kawan pejabat yang lain bercuti. Lagipun, rumah mak dan mentua dekat je. Takdalah berebut nak balik awal atau elak jammed kan..

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini dipermudahkan dan syukur. Azam Ramadhan yang satu ni berjaya dipenuhi tahun ni. Tahniah untuk diri sendiri dan Encik Hubby. Kami berjaya habiskan terawih sepanjang Ramadhan tanpa ponteng. Pencapaian besar juga ni. Jadi Ramadhan tahun akan datang, kita tambahbaik dan penuhi azam lain pula. 

Yang sedihnya, sekejap je rasanya Ramadhan ni. Rasa baru semalam bersahur. Pagi tadi sahur dah sahur akhir. Tapi semoga amalan dan sikap kita dalam Ramadhan ni berterusan sampai bila-bila. Azam juga ni. Semoga jadi insan istiqomah. Semoga Allah jua pelihara. Semoga Allah temukan kita lagi dengan Ramadhan akan datang. Janganlah ini jadi yang terakhir.

Syawal esok dirai sederhana. Anak-anak pun Alhamdulillah dapat pakaian baru. Anak-anak ni yang dorang tahu, raya je kan. Yang penting untuk kegembiraan semua. Teruskan juga konsep sedekah dan berkongsi, jangan membazir dan bermaafan. Semoga Allah jua pelihara silaturrahim. Jangan juga habiskan pahala Ramadhan sebulan dengan kesilapan 1 Syawal contohnya membawang. Eh....hehe...Nanti kita back to blog balik. Share cerita Syawal. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Lynda Che Lah

You May Also Like

0 Perkongsian

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram