14 July 2018

Yayasan Qaseh ZY Phyto ~ Berkongsi dan Berbakti

Assalamualaikum..
Kewujudan Syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd. adalah 100% milik bumiputra yang mengusahakan pembuatan dan penghasilan produk OEM. Di samping pelbagai penghasilan produk, ZY Phyto juga tidak ketinggalan menjalankan khidmat masyarakat atau CSR dengan menubuhkan Yayasan Qaseh ZY Phyto sebagai salah satu bentuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.


SEJARAH PENUBUHAN YAYASAN QASEH


Yayasan Qaseh telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2016 dan telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (No Pendaftaran : 1209349W) pada 17 November 2016. Yayasan Qaseh diilhamkan oleh Encik Zaidi bin Yusof iaitu CEO ZY Phyto Sdn. Bhd.

TUJUAN PENUBUHAN YAYASAN QASEH ZY PHYTO

Tujuan utama penubuhan Yayasan Qaseh adalah ditubuhkan untuk memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan , pembangunan ilmu , latihan dan usahasama sahabat secara istiqamah melalui program peningkatan dari segi aspek kerohanian dan identiti diri serta memperkasa ekonomi setempat melalai rantaian perniagaan utama ZY Phyto .

AKTIVITI YAYASAN QASEH

PROGRAM KEMBARA QASEH

Melalui program kembara, Yayasan Qaseh menunaikan tanggungjawab sosial seperti penyerahan  pelbagai sumbangan sewaktu program kembara diadakan. Antara program kembara sambil beramal ini adalah ke Kashmir, Perth, Acheh, Kemboja, Mabul, Sarawak dan program kembara akan diteruskan ke negara-negara lain.

 
 




 
SUMBANGAN RAMADHAN DAN INFAK
Selain program kembara dan beramal, Yayasan Qaseh turut berinfak di bulan Ramadhan dengan memberi sumbangan, mengadakan majlis berbuka puasa dan pengagihan bubur lambuk.




PEMBERIAN MAKANAN PERCUMA 
Yayasan Qaseh juga aktif dalam membantu golongan gelandangan dengan menyediakan santapan malam untuk mereka. Program ini dijalankan setiap bulan dan dibuat berperingkat di kawasan-kawasan terpilih bagi membantu golongan ini mendapatkan bantuan.



SUMBANGAN LAIN 
Yayasan Qaseh turut memperluaskan program sumbangan kepada warga emas, anak yatim dan lain-lain individu atau kumpulan yang memerlukan.

Bagi yang berminat untuk turun serta, bolehlah menyumbang terus ke akaun Yayasan Qaseh ZY Phyto seperti berikut:

YAYASAN QASEH ZY PHYTO
UOB Bank - 2353001312

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. Banyak program diaorang buat, kalau dapat terlibat mesti syok.

    ReplyDelete
  2. Amalan yg baik. Berkongsi dan berbakti kepada yg memerlukan

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah Yayasan Qaseh ni, banyak bantu orang yang memerlukan.

    ReplyDelete
  4. terbaikla yayasan qaseh..semoga terus success..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram