03 September 2018

Al Fatihah Untuk Almarhum Mamat Bin Abdullah

Assalamualaikum..

Menyepi seketika daripada blog. Selain sibuk di pejabat, banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan selain cuba isi masa dengan blog. Kali ni kami sekeluarga diuji dengan pemergian datuk sebelah ayah pada pagi Subuh 4 Ogos 2018.

Toki dah lama sakit. Dah lebih 5 tahun kalau tak silap. Sebab seingat saya, sewaktu mengandungkan Qhalif 4 tahun lepas, Toki pernah dimasukkan ke hospital. Almarhum memang ada lelah. Jadi kondisi kesihatan agak merosot dari masa ke semasa. Kekangan jarak Klang, Selangor -Besut, Terengganu membuatkan kami agak jarang menziarah Toki. Ayah pun balik ke kampung menjenguk dalam setahun mungkin ada 4-5 kali. Kebetulan ayah pun tak berapa sihat.

Cuma pada Selasa 31 Julai, kami dikejutkan dengan khabar, Toki tidak sedarkan diri. Doktor dijemput ke rumah dan mengesahkan Toki strok otak. Ayah dan Mama pulang ke kampung keesokkan hari. Kami yang di sini berkira-kira nak balik. Al maklum, dengan keadaan kewangan semasa dan jarak perjalanan yang jauh. Sehingga kami buat keputusan nak balik kampung pun dah last minute. Maksudnya, tiada perancangan rapi dan main redah je.

Jumaat 3 Ogos, selepas segala urusan selesai, kami bertolak berasingan ke Besut. Adik-adik dah bertolak sebelah pagi. Saya dan Encik Hubby selepas pukul 2. Dalam perjalanan tu baru cari tempat menginap dan uruskan apa yang patut. Sampai ke rumah Toki malam dalam pukul 10 malam.

Masa ni, rumah ramai tetamu dan saudara mara. Kami adik beradik duduk berkumpul dan bantu betulkan IV drip yang tersumbat. Puas dibuka dipasang balik tapi IV drip masih tak masuk. Macam doktor masing-masing. Kebetulan adik ada pengalaman menguruskan anak yang selalu masuk hospital dulu. Saya pun sebab banyak tengok Grey Anatomy. Memang cekal tengok kalau bab-bab perubatan ni. Keputusan akhir, buka tiub di tangan Toki. Mungkin urat dah lari untuk IV drip tu. Dan petanda mungkin, jasad sudah mula menolak.

Malam tu kami bermalam di Bukit Keluang Beach Resort. Pagi subuh dalam pukul 6.15 pagi, dapat panggilan daripada Mama memaklumkan, Toki dah tiada. Alhamdulillah, semua anak-anak ada di sisi dan pemergian Almarhum mudah. Berakhirlah penderitaan sakit selama lebih kurang 5 tahun ni. Kami bersiap untuk urusan pengebumian. 
Syukur semuanya dipermudahkan daripada urusan mandi jenazah, kafan dan kebumi. Yang dapat Lynda tengok budaya di sini, adab menziarahi tu memang memudahkan tuan rumah. Yang datang menziarah pun, cuma ambil masa dalam 15 minit ke 20 minit menziarah dan menyampaikan takziah lepas tu beransur pulang. Hanya yang berkenaan berminat bersedekah minuman. Kaum keluarga pun dapat berehat selepas urusan pengebumian. Maklum, keluarga masih bersedih dan kehilangan.

Untuk tahlil, diadakan untuk 3 malam pertama di rumah dan hidangan yang dihidangkan sangat mudah. Berjalan sangat lancar, Selebihnya, tahlil dilakukan di masjid atau surau. Perbezaan budaya di tempat asal Lynda dan di tempat asal ayah. Belajar daripada yang baik-baik dan ambil iktibar.

Sesungguhnya mati itu pasti. Setiap orang akan hadapinya. Cuma lambat atau cepat, hanya Allah yang tahu. Kami adik beradik tinggal agak jauh daripada atuk dan jarang jumpa. Tapi macam Encik Hubby kata, walau apapun, tanggungjawab sebagai cucu masih ada. Syukur, hajat ayah dapat kami tunaikan. Dan dipermudahkan. Al Fatihah....

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram