17 September 2018

Bercuti di Dash Box Hotel, Cyberjaya

Assalamualaikum..
Doakan maraton berkongsi kisah kali ni berjalan lancar.. Haha.. Lama Lynda tak bercuti. Jadi peluang cuti sambung sempena Keputeraan Agong-Awal Muharram-Hari Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya. Yang best, kami suami isteri ambil cuti 3 hari je.

Ok, mulakan kisah percutian hari pertama dengan ke Dash Box Hotel, Cyberjaya. Sebuah resort unik di tengah kota Cyberjaya. Unik sebab ada bilik yang didirikan dengan kontena! Dan yang menarik juga sebab rekaan bilik cantik dan moden. Bertempat di Magic Village, Persiaran APEC, Cyberjaya. Waze je confirm jumpa. Parkir pun senang. 

DASH BOX HOTEL CYBERJAYA
Cantik kan Dash Box Hotel ni. Konsep dekorasi memang modern minimalist. Terasa berada di tempat lain. Sebab Cyberjaya kan sinonim dengan bandaraya berteknologi tinggi. Jadi rekaan dan hiasan dalam Dashbox ni lebih ke arah teknologi. Gitewww.. Tapi sejuk mata memandang dan tenang. Bila lagi kan nak ambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan moden macam ni kan. Masuk lobi pun akan disambut Arnab Hijau ni.. 


BILIK DASH DELUXE
Kali ni, Lynda pilih Dash Deluxe yang ada Super King Bed yang mana memang boleh muat untuk kami 4 beranak. Setiap bilik akan menghadap kolam renang samada di tingkat atas atau bawah. 

Ukuran bilik lebih kurang 49 meter persegi lengkap dengan :

  • Katil
  • Bar Mini (Peti Ais)
  • Cerek
  • Seterika
  • Rak Baju
  • Tuala
  • Kerusi Rehat
  • 40" LED Smart TV
  • Peti Keselamatan.
Semua ni untuk bilik Studio dan Deluxe. Setiap bilik dilengkapi dengan pintu menggunakan akses kad. Seorang akan dapat 2 kad. Semua bilik berhawa dingin. Untuk yang berdua je, boleh pilih Dash Twin dengan 2 katil single. Setiap penginapan akan dapat sarapan pagi di Mya Kitchen. Dan ada yang menarik di Mya Kitchen ni. Tapi tu Lynda kena buat entri khas. Haha...


FASILITI DASH BOX HOTEL
Yang penting adalah KOLAM RENANG! Ni bukan je budak-budak suka, mak budak dan bapak budak pun suka. Dan yang best, kolam renang di Dashbox ni boleh mandi sampai malam. Doklah berendam sampai kecut nak oiiii.. Selain itu, ada gelungsur yang bukan saja budak-budak naik, kita kalau tak segan boleh juga naik. Syiok!!

Selain tu, ada gimnasium pada yang kaki gim, ada kedai cenderahati, ada bilik mesyuarat bagi syarikat yang nak buat kelainan ke, ada ballroom mana tahu korang nak buat majlis kat sini ke. Kiranya lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Kat sini, nak pergi 7 Eleven pun dekat sangat. Tapi kalau dah duduk sini, tak sempat pun nak berjalan keluar. Nak nikmati sepenuhnya pemandangan dan keindahan hotel ni.
Malam tidur tenang. Sebab tempat cantikkan. Jauh juga dari hiruk pikuk kenderaan. Bangun pagi biasalah budak-budak tuju dulu ke kolam renang. Dan yang menarik lagi tentang Dashbox ni adalah sarapan pagi!

SARAPAN DI MYA KITCHEN & COCKTAILS
Biasa kan kalau tempah hotel, akan dapat sarapan pagi percuma. Dan boleh je nak makan apa saja di buffet sarapan pagi kan. Tapi di Dashbox, tiada sarapan pagi secara buffet! Kenapa? Sebab semua ala carte tapi dengan harga buffet. Faham tak? Haha...

Macam ni, kalau sarapan pagi di sini, korang boleh pesan apa sahaja yang korang nak makan. Selagi larat. Contoh, nak pesan nasi lemak rendang ayam, pelayan akan hidangkan sepinggan lengkap. Lepas tu rasa tak cukup, boleh pesan lagi sepinggan. Di sini senang cerita, tiada pembaziran makanan akan berlaku sebab makanan akan dihidangkan berdasarkan permintaan. Which is good! Kalau tak kenyang, boleh tambah pesanan.
Korang akan diberi menu, dan enjoy your breakfast. Lynda dan Encik Hubby hari tu pesan English Breakfast. Sekali sekala kan. Tapi tak pesan lagi pun sebab ini pun dah kenyang. Dilengkapi dengan kopi seorang secawan. Segar dah pagi tu. Sarapan bermula macam biasa 7.30 pagi hingga 10.30 pagi.

HARGA BILIK DASHBOX HOTEL
Ni soalan kegemaran kan. Berapa harga bilik di sini? Ada 3 jenis bilik daripada Twin, Studio dan Deluxe. Kesemua jumlah bilik di sini adalah 78 bilik dengan keluasan yang berbeza. Lynda difahamkan, harga bilik di Dashbox tidak tetap dan akan berubah bergantung kepada pihak hotel. Boleh dikongsikan adalah harga permulaan adalah sekitar RM130 sehingga ke RM500 bergantung kepada hari, dan tujuan kedatangan anda. Dengan semua kemudahan yang disediakan, berbaloi juga harga ni.

Kalau tak tau nak bercuti di mana, apa kata kita ke Dash Box Hotel, Cyberjaya yang menjanjikan kelainan. Lynda ada lagi 1 nak kongsi tentang Cyberjaya. Tunggu entri selanjutnya tau..

Dash Box Hotel Cyberjaya

Alamat : Dash Box Hotel @ MaGIC Village, Cyber 8, 
Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Malaysia
No Telefon :  03-8322 7171

Lynda Che Lah


1 comment:

  1. Wow menarik tempat ni..Dh bnyak kli plan nk pegi tp blm ada rezeki lg..in Shaa Allah one day.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram