24 September 2018

Bercuti Ke Krabi ~ Bercuti Sambil Belajar

Assalamualaikum..
Nak sambung kisah Krabi memang akan ambil masa. Bertabahlah. Terus sambung. Kami ke Krabi dengan Air Asia flight Subuh. Tapi ada cerita di sebalik penerbangan ni.

Nak diceritakan, waktu beli tiket flight, Lynda dan 2 orang anak ni takda passport. Passport Lynda dan Qoid dah mati tapi Qhalif  langsung takda passport. Beli tiket flight hari Sabtu petang. Dan minggu tu cuti berderet. Pejabat Imi dan UTC tutup. Bergegas kami ke UTC Keramat Mall untuk buat passport sebelum ke Dash Box tapi hampa. Kuota passport di UTC dah habis untuk hari tu. 

Macam mana? Tiket dah beli. Tapi passport takda. Terus Encik Hubby call UTC tanya, macam mana. Dan UTC suggest kami ke Johor hari Isnin sebab Isnin adalah hari bekerja. Kalau tak pergi Kedah atau Kelantan atau Terengganu. Korang rasa? Sambil berfikir-fikir tu kami tetap ke Dash Box dan setelkan apa yang perlu dulu.

Sambil tu buat research apa yang perlu untuk buat passport terutamanya untuk Qhalif yang pertama kali buat. Kita share entri khas juga tu. Maka, pada pagi Isnin yang hening dan dilimpahi hujan lebat, bangunlah kami suami isteri pukul 3.30 pagi, bersiap untuk ke Pejabat Imigresen Muar, Johor. Anak-anak angkut je masuk dalam kereta. Drive ke Lebuhraya Utara Selatan dengan harapan, dapatlah sampai di Muar untuk solat Subuh.
Kami berhenti solat di RNR Ayer Keroh dalam jam 6.00 pagi. Lepas tu teruskan perjalanan ke Muar. Ambil exit Tangkak dan berhenti mandikan anak-anak di sebuah masjid di daerah Tangkak. Sebab Imigresen Muar dekat dengan Tangkak. Masa tu dah pukul 7.15 pagi. Selesai siapkan anak-anak, terus ke Imigresen Muar. Tengok dah ada orang beratur. Terus turun kereta beratur sama.
Pejabat cawangan Imigresen Muar buka pukul 8.00 pagi. Syukur dokumen lengkap dan diberi no giliran. Dapatlah giliran ke 17. Tapi laju juga imigresen ni. Sampai pegawai Imigresen tanya, akak dari KL kan. Jauhnya buat passport. Sebab cuti sambung cik. Dan dia kata, patutlah hari ni penuh ofis kami ni. Sebelum ni tak macam ni. Ni mesti semua orang KL turun sini..hehe..dan selepas pukul 8.30 pagi. Penuh sampai ke luar pejabat tu dan syukur kami decide nak datang awal. Pengajaran. Jangan last minute. 
Siap semua dalam jam 11 pagi. Terus cari asam pedas Muar dan balik ke Klang. Sebab flight ke Krabi awal pagi pukul 7 keesokkan harinya. Kena ada di KLIA 2 sekurang-kurangnya jam 5.30 pagi. Tau je lah kan KLIA 2 tu. Gate jauh. Lynda dah buat mobile check in. Tinggal pergi Kioks je print boarding pass. Kami dari rumah Selasa tu jam 4.30 pagi. Drive ke Putrajaya Sentral letak kereta dan BIL bawa kami ke KLIA 2.
Sampai di KLIA 2, terus print boarding pass di kioks dan buat check in document kat kaunter V1. Semua urusan Imigresen di sini mudah. Cuma nak sampai ke gate tu jauh sangat. Kebetulan dah solat Subuh kan. Jadi kami solat Subuh dulu dekat dengan gate, lepas tu jadi antara passenger terakhir boarding.
Penerbangan berjalan lancar. Biasalah anak-anak kan. Selagi tak sampai bertanya. Penerbangan ke Krabi ambil masa 1 jam 25 minit dan waktu Krabi lewat sejam sahaja dari Malaysia. Cuaca cantik di Krabi dan lepas Imi kami turun ke terminal untuk fikir apa nak buat.

Di Krabi, tak perlu risau. Semua ada di airport Krabi. Dari agen simkad, sampai ke agen untuk naik gajah pun ada. Airport Krabi kecil je. Jadi, mudah untuk buat pilihan dan bincang. Lynda terus beli simkad Thailand dan hubungi hotel untuk confirm masa check in. Yang bestnya, sampai di Krabi pukul 9.30 pagi, call hotel cakap dah boleh check in. Tak payah tunggu pukul 3. 

Di kaunter airport akan ada agen yang approach korang. Jadi buatlah pilihan yang bijak. Bincang dan fikir dengan tenang aktiviti apa yang korang nak buat. Dan, yang penting. Ada agen yang boleh cakap Melayu. Lega kan. Hahaha...Tapi, dorang takkan paksa pun. Dorang pun akan bagi kita masa untuk fikir apa yang nak dibuat dan bagi pilihan harga terbaik.

Jadi, kami pilih untuk ke hotel dulu dan nanti baru hubungi mereka balik untuk arrange trip atau aktiviti. Tapi pihak hotel pun ada aktiviti mereka cuma harga berbeza-beza. Jadi kami ambil shuttle je untuk ke Hotel di Ao Nang. Jarak Airport Krabi ke Ao Nang lebih kurang 1 jam perjalanan. Tapi jalan dorang cantik. Takda lampu isyarat banyak dan tiada kesesakan. Jadi tak lamalah nak sampai ke Ao Nang tu. Dapat naik van cantik dan selesa dengan bayaran 4500 Baht untuk 3 orang. Qhalif percuma. So, bagi dorang tengok keluarga kita. Boleh bincang harga.
Orang Krabi baik-baik. Ada yang pandai cakap Melayu. Dan mudah juga  nak berkomunikasi di sini. Driver pun ok. Semua membantu kalau uruskan beg ke apa. Tapi kita kat negara orang kan. So, kena hati-hati juga. Jaga passport dan beg anda terutamanya duit. Tapi kalau pergi mana-mana tempat pun kena selalu berwaspada. 

Ok, lepas ni share pasal hotel kami yang best giler... yang buat rasa taknak balik Malaysia. Nak bercuti je...Haha.. Jom kerja kuat dulu.. Lepas tu cuti-cuti..xoxo

Lynda Che Lah




No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram