18 September 2018

Mya Kitchen & Cocktails @ Dash Box Hotel Cyberjaya

Assalamualaikum..
Lynda selalu juga staycation di Cyberjaya. Antaranya di Dash Box Hotel. Sebelum ni di Cyberview Resort, Shaftbury dan 2 3 hotel di Putrajaya. Sebelah malam, bandar ni kebanyakannya lengang. Dan yang banyak restoren di Cyberjaya dan Putrajaya adalah restoren makanan Arab. Kadang-kadang belah malam ni taknak makan berat.

Selain itu, kalau ada yang datang dari jauh dan nak sambut birthday atau aniversari, mesti buntu nak makan kat mana kan. Kali ni Lynda nak kongsi 1 tempat makan menarik di Cyberjaya,, dekat sangat dengan Dash Box Hotel malahan ia adalah anak syarikat Dash Box, iaitu Mya Kitchen & Cocktails.

MYA KITCHEN & COCKTAILS
Hiasan dalam Mya Kitchen & Cokctails ni sama macam Dash Box Hotel. Moden dan macam duduk kat Hard Rock. Cuma beza takda live band. Boleh pilih nak duduk di dalam dan main permainan yang disediakan. Atau duduk dengar lagu dan muzik. Parkir toksah cakaplah. Siap berbumbung dan sesuai kalau nak buat simple celebration.

MAKANAN DAN MINUMAN DI MYA KITCHEN & COCKTAILS
Ada macam-macam pilihan makanan yang dihidangkan di sini. Biasa kalau duduk hotel, kita panggil room service kan? Di Dash Box, korang kena datang sendiri ke Mya Kitchen untuk menikmati hidangan makan malam yang jauh lebih murah daripada harga room service. Ni Lynda share menu dan harga sekali.
SIGNATURE DISH @ MYA KITCHEN
Malam tu kami disyorkan untuk cuba menu signature dish Mya Kitchen iaitu Dirty Beef Burger dan Crispy Skin Salmon. Kebetulan, ni memang menu kesukaan kami. Encik Hubby dengan burger, Lynda dengan salmon. Kira pucuk dicita ulam mendatangkan. 

Salmon tu dihidangkan dengan butter sauce yang sedap dan tak muak. Salmon dimasak dengan baik. Memang kenalah dengan selera dan malam tu kami memang kenyang. Makan pun dalam mood santai. Ada 2 3 pasangan pun makan sekali malam tu. Lynda tengok dorang pesan Chocolate Lava Cake tapi sebab kami dah kenyang sangat, kami tak pesan pencuci mulut pun. Mungkin lain kali. Kalau taknak makan western food, tengok menu tu ada hidangan goreng panas.

Kesemua masakan dan minuman di Mya Kitchen disediakan oleh pekerja tempatan Muslim. Mereka tidak menggunakan khidmat pekerja asing. Memang di restoren ni ada bar yang menghidangkan minuman beralkohol, tetapi semua gelas diasingkan. Semua makanan yang dimasak mendapat bekalan halal. Ini disahkan sendiri oleh Pengurus Mya Kitchen & Cocktails Cyberjaya, Encik Izman.

Jadi, lepas ni kalau nak makan malam di Cyberjaya, boleh cuba Mya Kitchen. Selain makan malam dan sarapan pagi, Mya Kitchen akan melancarkan hidangan makan tengah hari. Korang boleh follow rapat Facebook Mya Kitchen untuk maklumat terbaru. Tapi Lynda memang rekomen korang untuk try Salmon tu..hehe..xoxo

Mya Kitchen & Cocktails @ Dash Box Hotel
Waktu Operasi : 7.00 pagi - 11.00 malam 
(setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu)

Waktu Operasi Jumaat & Sabtu - 24jam
Tutup : Kelepasan Am

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram