04 September 2018

Nasi Kari Kambing 40 Hari ~ Memang Sedap Ke?

Assalamualaikum....

Lama sebenarnya post ni terperam. Sejak balik dari Legoland. Lama kan..hahaha... Tak sempat nak habiskan draf. Tapi takpe, jom kita cerita tentang Nasi Kari Kambing 40 Hari ni. Kenapa nama dia macam tu? Memang betul-betul sedap ke?
Dan yang membuktikan ianya sedap, cukuplah tengok pada deretan kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan Besar, Yong Peng, Johor ni. Sebenarnya, Lynda dah perasan restoren ni masa hari nak ke Johor Bahru. Pernah dengar tentang restoren ni tapi tak pasti di mana. Rupanya, dari Lebuhraya Utara Selatan ke Johor dah boleh nampak restoren ni. Siapa yang dah nak ke Selatan, mungkin boleh singgah makan di sini. Ambil exit Yong Peng Utara dan masuk ke pekan Yong Peng. Kalau daripada Selatan, ambil exit Ayer Hitam.
Korang daripada rasa tak lapar, boleh jadi lapar dan teringin nak pergi restoren ni. Dan restoren ni menghidangkan hidangan nasi yang seakan-akan nasi arab dan disajikan dengan hidangan kari kambing atau ayam mandy. Yang best memang kari kambing tu. Kambing tidak liat, tidak berbau dan kari pekat. Sepinggan nasi boleh kongsi 2 orang. Macam Lynda hari tu order sepinggan nasi kari kambing dan sepinggan nasi ayam mandy. Nasi pun muai je dan tidak berminyak atau melekit.
Konsep layan diri. Sebab kalau nak sediakan pelayan memang tak terlayan dan mungkin ada yang mengamuk nanti. Layan diri dari awal beratur ambil makanan, ambil minuman dan buat bayaran. Memang akan dimudahkan. Beratur dalam 2 barisan. 

1 barisan untuk makan nasi berhidang dalam talam dan barisan kedua untuk makan nasi dalam pinggan. Jadi sebelum beratur, pilih dulu korang nak makan macam mana. Kalau nak makan ramai-ramai, eloklah ambil talam. Pinggan disediakan dan itu pun layan diri ye. Jadi beratur di barisan yang betul. 

Sementara tu, lepas beratur ambil makanan, boleh terus ke kaunter air dan buat pilihan. Selesai memilih, pergi ke kaunter untuk bayaran. Di sini mudah je. Samada makan dalam talam atau pinggan, Harga dah ditetapkan. Jadi senang nak beritahu, berapa talam atau pinggan kita makan dan minum air apa. Mudah untuk penjual dan pembeli.
Sementara seorang beratur, yang lain tu boleh cari tempat duduk. Insha Allah akan ada tempat duduk sebab restoren ni luas dan sangat besar. Tempat parking pun banyak, tandas dan surau. Dan disebabkan tempat ni penuh di antara musim cuti, kenalah kita semua sama-sama bertimbang rasa dengan membantu membersihkan sedikit meja selepas makan dan tinggalkan meja segera kalau dah selesai makan. Nak sambung berbual kita berbual di luar restoren ok. 
Nak cuba boleh ke restoren ini yang terletak di Yong Peng. Alhamdulillah sedap dan anak-anak suka. Kebetulan Qoid dan Qhalif memang suka makan nasi arab. Jadi hidangan ni kenalah dengan dorang.

Harga :
Setalam RM48.00 (percuma satu jug air)
Sepinggan RM13.00

Waktu Operasi : Setiap Hari (7.30 pagi hingga 3 petang)

Lynda Che Lah

5 comments:

  1. slalu tgk geng blogger update...tk pernh try lg..tp aritu adik pn ada singgah..sedap katanya..yg setalam tu utk brp org mkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4-5 orang kak.klu tak kuat makan..hehe

      Delete
  2. sy suka kambing grill jer masakan lain tak pernah mkn.
    nmpk mcm sedap jer yg nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynda tgk juga kari kambing. Tak semua makan

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram