02 November 2018

Blog Sunyi..

Assalamualaikum...
Last entry was on 26 Oct for hotel review! Mana janji-janji manismu Lynda untuk konsisten menulis pasal Krabi? Haha...Sebulan dah berlalu sejak entri terakhir. Malas ke apa tak tahu.. Yang tau, tak berkesempatan. Kebanyakan gambar dah buat watermark. Still dalam draft. 

Yang buat teringat ni sebenarnya adalah sebab sejak 2 3 minggu kebelakangan ini, dapat call dan WhatsApp daripada readers bertanyakan macam-macam. Sampai ada seorang suami yang risau pasal isteri dia yang nak bersalin pun call Lynda nak tanya tentang Epidural. Dan Alhamdulillah, isteri beliau dah selamat melahirkan.Ni semua sebab pasal entri ni >Ambil Epidural.

Dalam beberapa hari kemudian, ada readers WhatsApp pasal laser treatment. Lynda takdelah pandai sangat pasal kecantikan ni tapi sharing apa yang kita tahu dan apa yang doktor nasihatkan. Ramai rupanya berminat dengan entri ni > Premier Clinic - Rawatan Laser untuk Wajah.

Dan tadi, ada readers tanya pasal Phuket. Phuket ni tahun 2012 kot. Tapi sebab dia berminat nak tahu, Lynda jawablah pertanyaan dia dengan apa yang Lynda ingat. Dia jumpa entri  ni agaknya >Makanan Halal di Phuket

Banyak nak share sebenarnya. Terbaru pasal Qhalif Umar. Hmmm.. nampaknya kena menulis baliklah ni. Dan sambung entri Krabi. Mana tau boleh bantu siapa yang memerlukan. Semoga perkongsian membawa kemudahan kepada orang lain dan mungkin jadi asbab amal kan. Insha Allah. Doakan ye..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram