07 November 2018

Bercuti Ke Korea dengan Traveloka

Assalamualaikum...
Korea! Salah satu tempat idaman hati. Sebab tengok RunningMan tu, Ya Allah! Cantiknya lah Korea ni. Qoid pun suka Korea. Dia pernah tanya, Ibu, bila kita nak pergi Korea? Tapi sebelum lulus nak pergi Korea, kita kena pandai makan makanan Korea. Mana nak cari deals yang berbaloi ni? Dan kalau nak tahu, sekarang ni Traveloka sudah menyediakan pakej dan trip terus ke Seoul, Korea! Pakej ini adalah kombo terbang dan pilihan hotel.

TRAVELOKA FLIGHT + HOTEL PACKAGES
Kenapa berbaloi kalau kita pilih pakej Traveloka ni? Sebabnya, dengan kombo ni akan dapat tiket flight dan hotel pada harga yang berpatutan dan menjimatkan. Yelah. Kombo kan selalunya menjimatkan. Dengan hanya membuat pilihan di Traveloka, anda dah boleh dapat harga flight bersekali dengan harga hotel pilihan anda. Maknanya, tak payahlah kita nak check harga flight lepas tu cari hotel pula. 
Hanya masukkan tarikh pelepasan dan pulang, pilih berapa orang, pilih destinasi dan Wallah! Semua terbentang depan mata. Ada pelbagai pilihan hotel dan penerbangan yang korang boleh pilih sebenarnya mengikut kesesuaian masa dan yang penting di setiap kombo ada diskaun hebat. Maknanya, penjimatan dari segi bajet juga. So, dengan bajet yang ada nanti boleh shopping pula atau pun makan makanan yang best.
Harga yang dipaparkan adalah untuk seorang dewasa. Tapi untuk Lynda yang ada 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak ni pun berbaloi harganya. Ni siap dengan tiket flight ye. Macam tak percaya harga yang ditawarkan murah dan berpatutan macam ni. Dan lebih mudah lagi, boleh je nak bayar dengan online banking ataupun secara installment plan dengan kad kredit korang. Pada Lynda mudahlah guna features terbaru Traveloka ni. Semuanya dalam satu portal. 

APA ADA DI SEOUL?
Kalau dah berjaya tempah flight dan hotel, yang penting selepas ini adalah merancang sendiri trip korang di Seoul. Macam Lynda, tak suka terikat dengan agensi pelancongan atau agen. Jadi Lynda akan study dulu apa yang best di Seoul dan sebenarnya, Traveloka pun boleh bantu kita plan trip ni. Kalau korang ke Web Traveloka, mereka ada share tentang Seoul Travel Packages ni.

GAPYEONG
Trip Seoul ni cuma panduan kepada mereka yang nak arrange trip sendiri. Macam mudahkan sebab Traveloka dah suggest tempat menarik di Korea. Kalau nak bawa Qoid mestilah kena jejak tempat yang RunningMan pernah pergi terutamanya ke Gapyeong. Gapyeong ni terletak kira-kira 2 jam daripada Seoul dengan keretapi atau bas. Sebab apa Gapyeong? Kat sini ada Petite France yang cantik dan Nami Island yang terkenal dengan Winter Sonata. Kira wajib pergi kalau ke Korea. Dan untuk Lynda yang tengok cerita The Winter That Winds Blow berulang kali, confirm nak pergi Jade Garden. Untung-untung jumpa Jo In Sung..hahahaha..
LOTTE WORLD
Alang-alang dah sampai Korea tu, singgahlah juga tempat wajib untuk taman tema di Korea iaitu Lotte World. Ala-ala Disneyland tapi ini di Korea. Lambat lagi agaknya nak sampai Disneyland kan. So, dah jejak Korea, kita singgah sini happykan anak-anak. Ibu Ayah gembira, anak-anak lagi gembira. So baru family trip kan sebab semua dapat manfaat.
MAKAN DI KOREA
Korea sekarang pun dah banyak kedai halal dan yang penting kita boleh makan tanpa was-was. Kena rajin bertanya, atau install je apps Halal dan kita boleh cari sumber makanan halal. Ada beberapa makanan Korea yang Lynda pernah makan antaranya Ddeobkbokki, Bibimbap dan Korea Barbeque. Kalau nak makan Korean Barbeque Halal boleh ke Yang Good Halal Restaurant. Jangan lupa beli Banana Milk yang popular kat Korea. 

Kalau tengok kat IG atau blog lain, makanan jalanan Korea pun boleh tahan sedap juga macam Cheese Bakar, Nutella Crepe, Eggbun, Aiskrim Yugort. Terliur pula..hehe...Kalau pergi dalam 5 hari 4 malam rasanya boleh buat macam-macam. Makan sampai tak laratlah nak makan kan. Banyak kita boleh baca kalau kita buat persediaan awal. Jadi, yang penting adalah rancang.
TEMPAH DENGAN TRAVELOKA
So, kalau korang dah ada plan ke Korea, jom tengok pakej yang Traveloka tawarkan ni. Pada Lynda berbaloi dengan 1 harga boleh dapat 2 benda sekaligus. Dan yang penting harga ditawarkan berpatutan. Kalau nak buat installment plan siap 0% lagi. Boleh rancang awal dan pergi percutian tanpa risau terlebih bajet. Sebab flight dan hotel dah bayar siap-siap. Jadi cuma sediakan duit poket untuk makan dan gunakan kemudahan awam di Korea. Yang penting, setiap trip kita ni adalah 1 proses belajar untuk diri dan anak-anak. Yang baik kita ikutkan contohnya dari segi kebersihan dan sikap. 

So, terjah Traveloka untuk deals terbaik ni. Dan buat sementara waktu ini, features terbaru Traveloka ini adalah di laman web dan Aplikasi Android. Untuk pengguna iOs, nantikannya dalam bentuk iOs dalam masa terdekat. Nak jimat dan puas berjalan, kena cari di Traveloka. Insha Allah puas hati.xoxo


Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram