Assalamualaikum...
Siapa yang tak suka bunga kan? Kalau Lynda dapat bunga mesti senyum
sampai telinga. Tambahan pula yang digubah cantik dan dihantar secara
tiba-tiba. Suprise!!! Malu ada, suka lagilah ada kan. Tapi zaman sekarang ni,
bukan perempuan je yang dapat bunga kan. Lelaki pun dapat, Ayah pun boleh
dapat. Anak-anak kita pun boleh kita hantar bunga. Ni nak share 1 portal yang
menyediakan khidmat menggubah dan menghantar bunga kepada yang tersayang.
FLOWER CHIMP
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh 2 usahawan dari
Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia
Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat
perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi
bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.
Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower
Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga
berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke
seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus
meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk
menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin
berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia,
Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam masa terdekat, dua usahawan
bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di negara Asia
Tenggara lain.
KEMPEN SEMPENA HUJUNG TAHUN 2018
Sempena penamat tahun 2018 yang indah ini, Flower Chimp ingin berkongsi
pelbagai kempen dan menggembirakan diri anda dan orang tersayang..Kempen ini
sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan mereka yang telah menyokong
kempen-kempen sebelumnya dengan berjaya.
“Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan
daripada pelanggan kami lanjutan daripada promosi Oktober ini dan kami teruja
untuk melancarkan kempen terbaharu sepanjang bulan November dan Disember.
Tempoh ini merupakan antara jangka masa yang paling penting bagi perniagaan
secara umumnya. Dari perspektif usahawan, kami mensasarkan pertumbuhan 100%
berbanding suku akhir tahun lepas,”
Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif,
Flower Chimp
Bermula dari November, Flower Chimp akan
melancarkan kempen baharu yang membolehkan pelanggan untuk terus menikmati
bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran PERCUMA ke
seluruh negara di semua pasaran - Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.
SOLO PUN SERONOK!
Solo atau tidak, siapa kata anda tidak boleh
membeli bunga ros merah. Hadiahi diri sendiri sebagai ganjaran selepas hampir
setahun bekerja keras. Jangan lupa untuk melihat jambangan klasik seperti Jade
(Harga pasaran/RRP: RM179) atau 12 Red Roses Korean Style
(RRP: RM159). Kurang gemar warna merah? Bagaimana dengan Purple
Hues (RRP: RM99) dan Pink Blush (RRP: RM129)? Ingat,
sayangi diri anda! Sayang diri sendiri dulu baru sayang orang lain ok! Dan yang
seronoknya ada potongan 11% bagi kempen ini.
Promosi ini sah dari 1 hingga 11 November 2018 di
Malaysia dan dari 5 hingga 11 November 2018 di Indonesia dan Filipina.
SELAMAT HARI DEEPAVALI
Sempena perayaan Deepavali ini, ceriakan musim
sambutan ini dengan gubahan dalam pasu yang akan menyambut kedatangan tetamu
sempena rumah terbuka anda.
Sesuai dengan warna-warni Deepavali, anda pasti
jatuh hati dengan gubahan Kensington (RRP: RM189) yang akan
menceriakan ruang tamu anda. Seimbangkan hiasan dalaman anda yang
berwarna-warni dengan bunga berwarna putih seperti Carina (RRP: RM259) dan Rise
and Shine (RRP: RM199). Anda juga boleh memberikan sentuhan lembut
dengan Loyalty (RRP: RM189).
Flower Chimp menambahkan
kemanisan tawaran sempena Deepavali ini dengan membariskan pilihan hamper
hadiah dalam anggaran harga RM189 hingga RM649. Anda juga boleh
menghantar hadiah dengan pilihan makanan vegetarian!
Promosi ini sah dari 1 hingga 7 November 2018 dan
sah di Malaysia sahaja.
MILIKI POKOK
KRISMAS RENEK TAHUN INI
Tahun ini Flower Chimp mencetuskan keajaiban
pada sambutan Krismas dengan pilihan pokok Krismas DIY.. Dapatkan satu daripada
lima pilihan pokok tersebut dan sempurnakan dengan perhiasan kegemaran anda
untuk menceriakan lagi ruang tamu. Jangan lupa untuk mendapatkan sepohon yang
renek untuk tempat kerja anda untuk menaikkan semangat musim perayaan tahun
ini.
Harga bermula daripada RM799 (4-5 kaki tinggi)
sehingga ke RM1,699 (9-10 kaki tinggi). Promosi ini sah dari 28 November
sementara stok masih ada.
BINGBANG20
Flower Chimps ada hadiah lagi untuk anda.. Gunakan kod BIGBANG20 untuk mendapatkan
potongan harga sebanyak RM20 ke atas semua pembelian tanpa had minimum. Terhad
pada satu tebusan bagi setiap pelanggan. Tidak boleh digabungkan dengan promosi
lain. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2018. Apalagi! Beri kejutan kepada yang tersayang dan mungkin untuk diri anda sendiri! xoxo
Layari :
Website: https://www.flowerchimp.com/
Facebook:
FlowerChimpMY
Instagram: @flowerchimp
Lynda Che Lah
1 Comments
Bunga2 dekat flower Chimp memang terbaik dan cantik2
ReplyDelete~Dah Baca Tak Mahu Komen?~