03 November 2018

Qhalif Umar ~ 4 Tahun 8 Bulan ~ Free Diapers

Assalamualaikum...
November dah. Dan yang nak dikenang November ni adalah kejayaan untuk membebaskan Qhalif Umar daripada pampers.. Dan memang patut celebrate...Eh.....Kejayaan besar kan..hehe..
Hari ni genap usia Qhalif 4 tahun 8 bulan. Dan 1 November hari tu, dengan jayanya Qhalif buang air besar dalam tandas. Ni bukan mudah ye. Terlalu banyak drama yang perlu dihadapi. Nampak macam lambat kan. 

AJAR ANAK TANPA PAMPERS
Sebenarnya Qhalif dah tak pakai pampers sejak masuk 4 tahun. Ni lambat sikit daripada abang Qoid. Jadi, perkembangan dan sikap anak memang lain-lain. Cara nak didik pun mungkin akan berlainan juga walaupun masih pendekatan yang sama. Cara nak biar anak free diapers pun berbeza. Ugutan atau ganjaran pun bergantung juga. Tapi takdelah ugut pun. Kalau dia tak boleh ikut flow, biarlah ia terjadi secara semulajadi. Sebab sampai masa dia akan boleh buat apa yang kita nak tu.

Pertama sekali, Lynda tak pakaikan Qhalif pampers pada belah siang. Mula-mula memang penat sikit sebab, Qhalif kerap masuk tandas untuk kencing. Ni memang semulajadi. Sebab walaupun terasa macam nak kencing sikit pun, dia akan masuk tandas. Penatlah juga. Tapi lama-lama, dia boleh kawal. Jadi sebelah siang, memang dia tak pakai.



Lepas tu kita cuba dengan tak pakai pampers bila keluar berjalan. Contoh pergi mall. Tapi sediakan seluar ganti dan bawa tuala. Mana tau kalau dia nak kencing ke kan. Kalau Qhalif nak kencing di mall, kami bawa dia masuk tandas duduk. Senang. Bukakan seluar dan dudukkan dia. Basuh bersih dan lap. Ini pun berjalan lancar.

Seterusnya, memang latih untuk free diapers sewaktu tidur malam. Ni pun penat. Sebab berapa kali pula kena bangun malam tengok kalau-kalau tilam dah basah. Sebelum tidur Qhalif akan minum susu. (ye, masih dalam botol). Lepas minum selalunya, Lynda akan suruh Qhalif pergi kencing. Tapi dalam tempoh 1-2 bulan tu peratusan tilam basah adalah lebih kurang 70%..hehe.. Tiap malamlah bangun lapikkan kain untuk dia tidur balik. Tapi Alhamdulillah, lepas 2 bulan tu, dah ok. Tiada lagi kes terkucil di waktu malam.

Sejak tu, Qhalif akan bangun malam kalau nak terkencing. Dia akan kejut Ibu, masuk tandas dan tidur balik..Bab ni dah lulus dalam 4-5 bulan lepas. Beli pampers pun dah jadi 3 bulan sekali.


MASIH PAKAI PAMPERS UNTUK YAK YAK
Memandangkan stok pampers masih ada, jadi kalau nak buang air besar atau yak yak, Qhalif akan pakai pampers. Masa ni memang tak boleh nak suruh. Kalau suruh masuk tandas untuk urusan yang satu ni siap menangis dan penuh drama. Ibu dan Onny biasa tak sampai hati tengok. Sebab nanti kesian dia sakit perut tahan nak buang air. Jadi memang selalu tewas dengan drama dia. Pakaikan pampers hanya semata-mata untuk yak yak.


Tapi memandangkan tahun depan nak masuk Pra sekolah, (yang ni tak cerita lagi..haishhhhh), jadi kena juga amik inisiatif untuk ajar Qhalif ke tandas untuk yak yak. Ramai kot cikgu nak jaga kan. So, taknak menyusahkan cikgu. Tapi, Qhalif tau ada stok pampers. Cuma bila kat rumah, memang Ibu akan paksa masuk tandas. Jadi jalan selamat untuk dia, pergi rumah Onny..Sebab dia tau, Onny akan tewas dengan dia. Hehe..

Akhirnya, Lynda decide tak beli lagi pampers. Tapi dia masih mengelat dengan pergi ke rumah Onny. Dan Onny pakaikan pampers adik Nada...hehe..Muat pula tu..Jadi Lynda bincang dengan Mama. Kena bantu juga dalam hal ni.

31 Oktober lepas, mama call cakap Qhalif 1 hari sakit perut. Tapi Lynda ingat sebab lambat makan ke atau sebab susu. Tapi sakit perut ni bawa sampai ke malam. Puaslah Lynda sapu minyak kat perut. Menangis-nangis sakit perut. Masa ni dah syak yang dia nak yak yak. Bila ditanya dia cakap takde. Tidur sambil sakit perut. Tapi pukul 11.45 malam, Qhalif bangun cakap sakit perut nak yak yak. Sambil tu mundar mandir cari pampers. Terus Lynda ajak ke tandas dan berjaya.


Esoknya, 1 November. Qhalif masih lagi sakit perut. Mama call beritahu sebab kerap sangat dia sakit perut. Lynda balik tengah hari tu ingat nak bawa ke klinik. Suap Qhalif makan dulu tapi lepas tu dia kata dia sakit perut. Menangis lepas tu masuk bilik. Mama pujuk dan dia beritahu, nak yak yak. Mama pun pujuk ke tandas. Dan berjaya! Tiada lagi drama sebab Qhalif sendiri tak tertanggung sakit perut tu.. hehe...

GANJARANNYA
Encik Hubby pernah beritahu, kalau Qhalif berjaya yak yak dalam tandas, kita belikan hadiah untuk dia. Sebagai satu tanda penghargaan dan kegembiraan atas kesungguhan dia. Dan dia dah tuntut hadiah tu.. Hehe..Jadi ganjaran untuk Ibu Ayah juga sebab bersabar dan sokong Qhalif. Dia dengan bangga beritahu semua orang. Satu kecemerlangan kan dalam hidup dia.hehe..

Tahniah anak Ibu Ayah. Ibu tuliskan di sini untuk jadi antara peringatan dan kenangan untuk Qhalif nanti. Dan untuk Ibu Ayah, jangan berhenti berharap dan jangan berhenti belajar. Belajar adalah nadi hidup. Setiap hari kita akan belajar banyak perkara. Samaada daripada anak-anak atau orang sekeliling.

Semoga terus membesar sihat dan bersedia untuk peringkat seterusnya.. Ibu Ayah sayang Qhalif dan Abang Qoid..xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram