Kiddomo Universe The Starling Mall Petaling Jaya ~ Playland Interaktif

Assalamualaikum..
Zaman sekarang, ramai yang mula tertarik dengan indoor playland kan. Bukan apa, kadang cuaca tak menentu. Dan anak-anak ni pun, kalau dah pergi shopping mall tu dorang mulalah berzikir, nak main permainanlah, arkedlah kan.

Baru-baru ni, Lynda berpeluang ke sebuah taman permainan kanak-kanak yang berasaskan interaktif. Moden dan menarik. Terletak di Tingkat 3, The Starling Mall Petaling Jaya, Kiddomo Universe menawarkan pengalaman baru untuk anak-anak dalam dunia indoor playland. Semua kat sini berasaskan permainan interaktif dan anak-anak berjaya meng`hidup'kan watak ciptaan mereka.

KIDDOMO UNIVERSE THE STARLING MALL
Setiap yang masuk akan diberikan Smartband. Nak main dalam playgorund ni akan menggunakan smartband ni. Nak scan gambar, nak buat apa sahaja boleh guna Smartband. Memula masuk je dah boleh daftar nama dan cuba semua permainan.

PELBAGAI ACARA INTERAKTIF
Jangan kata anak-anak, kami yang dewasa ni pun teruja dengan semua kemudahan yang ada dalam ni. Memang lain daripada yang lain. Ada sesi Kara OKid (Karaoke) dengan susunan lagu kanak-kanak siap boleh buat muzik video sendiri. Haha.. Qoid pun berangan jadi Harry Potter di Magic Academy, Qhalif dapat sijil konduktor muzik orkestra dalam Musical Maestro. Puaslah anak-anak main dan berangan.
DISNEY MICKEY AND THE ROADSTER RACERS - SUPERCHARGED
Kiddomo Universe berkongsi keterujaan dengan anak-anak melalui Disney Roadster Racer bermula daripada 21 Januari 2019 sehingga 28 February 2019. Yang menarik dengan aktiviti ni, anak-anak akan mewarna kereta lumba kegemaran mereka, Scan kereta lumba mereka dan sedia untuk berlumba di trek 3D yang dipaparkan. Yang lagi menarik, dengan hanya sentuhan, mereka boleh memastikan kereta lumba mereka bergerak laju di landasan! Selain tu, anak-anak boleh mencetak dan memiliki kereta lumba 3D mereka sendiri.

KIDDOMO UNIVERSE SELAMAT
Pihak Koddomo Universe sangat mementingkan tahap kebersihan dan keselamatan anak-anak. Setiap anak yang datang akan diperiksa suhu badan bagi memastikan mereka sihat untuk bermain bersama. Sanitizer pun disediakan di setiap sudut playground serta peralatan akan dibersihkan secara berjadual.

HARGA TIKET MASUK KODDOMO UNIVERSE
Dengan harga bermula RM15 dah boleh masuk playland ni. Kalau jadi VIP member lagi berbaloi. Lagipun, pihak Kiddomo Universe akan membawakan aktiviti yang berlainan jadi, takdalah mainan yang sama je kan. So, dah boleh tambah tempat lawatan baru untuk anak-anak. Jangan lupa bawa stokin tau!

Untuk maklumat lanjut :

KIDDOMO UNIVERSE
Lot T-3-328, Level 3
The Starling Mall
No 6 Jalan SS21/37, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya, Selangor

Website : www.kiddomo.com
Email : enquiry@kiddomo.com
Telefon : 012-702 7969


Lynda Che Lah

Post a Comment

0 Comments