Kenapa Saya Berhenti Kerja Kerajaan.

Assalamualaikum...

Kenapa saya berhenti kerja kerajaan? Kan secure, kan senang kerja kerajaan. Tak semudah disangka. Kerja kerajaan ni macam-macam prosedur. Sebab tertakluk pada pekeliling, AP dan lain-lain perintah am. Tapi company biasa pun ada prosedur dan semua orang kena ikut peraturan. 

Sy seorg yang sgt menjaga hati org lain. Walaupun sebenarnya hati sy disiat-siat. Tanya org sekeliling sy, pernah tak sakit hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut sy? Setahu sy takde. Kalau ada yang terasa, mohon PM sy. 


Kenapa sy berhenti kerja? Sebab ada bisnes? Sebab dapat keje lain? Sebab suami suruh? Tak! Saya berhenti kerja demi hati saya. Ye, ikut hati tak boleh bayar hutang, tak boleh beli makanan. Tapi kenapa saya nekad berhenti? Sebab sy menjaga hati org yang sy syg. Sy jaga hati suami sy yang sedih tgk sy depress. Tgk sy sedih. Tgk sy mcm org gila. Tetiba menangis, tetiba berborak mcm takde apa.
DEPRESSION IS REAL!
Depression is real. Kenapa depress? Sebab kena marah sikit? Sebab buat keje salah? Sebab buat keje tak kemas? Sebab org lain punya salah sy kena tanggung? Sy keje bukan baru ni bertatih. Bukan baru tahun lepas. Sy keje dah lebih 12 tahun. Sy pernah keje dgn company Cina, Jepun. Selama sy keje ada bad record ke? Kena marah,lari? Keje berlambak berenti keje? Tak. Semua sebab sy tau, keje kena betul2. 

10 tahun di company yg sama. 2 kali je bertukar tempat. Bertukar bos tak payah ckp. Tapi selama 10 tahun, tiada appreciation. Sy bukan nak APC pun. Sebab pd sy APC bukan appreciation. Ko tak manis muka ngan bos, mmg jgn harap dapat. Ko kena pandai puji bos hensem la, tudung bos lawa lah hari ni. Yes, this is reality. Sorry, ada yang mmg layak dpt APC tu sbb dia buat keje bagus tp kebanyakan sbb bos suka. Tp appreciation is, say TQ. Simple. Appreciate apa sy cuba buat utk company.

Kalau sape yang kenal sy, sy bukan acik bawang nak sibuk cite dan jaja hal org. Sy tak peduli apa nak jadi dgn org. Sy tak peduli juga dia skandal siapa, dia kawin ngan sape. Mmg sy tak kenal org,tu sbb org tak kenal sy. Sombong? Terpulang. Sapa yang kenal sy boleh nilai. Tp sy tak peduli org nilai sy apa pun.

So, sy berhenti sbb depress. Sy taknak jadi mcm seorg yang sy kenal, depress teruk smpi makan ubat. Sampai doktor kata dia gila. Seriously? Dan org sekeliling pun ingat dia gila. Tapi yang kita taktau, betapa dia cuba bertahan, berperang dgn emosi sendiri. Betapa di saat dia perlukan sokongan, tiada siapa yang nak bantu dia. Di saat dia dimaki hamun, tiada siapa juga peduli.

Sy hampir lalui apa yang dia lalui. Slps dia dah jadi begitu, sy pula mungkin jadi seperti dia. Ada yang berbunyi, ai... baru sikit dah surrender? Ye. Semoga awak juga akan rasa yang sedikit itu 1 hari nanti. Utk awak tahu apa rasanya. 

KERJA DENGAN IKHLAS, LILLAHI TAALA
Sy seorang yang boleh berdikari. Boleh buat keje tanpa disuruh. Boleh siapkan keje dlm keadaan kelam kabut pun. Apa yg tercatat dalam resume. Ye, itu sy. Sy boleh bertahan dgn mulut bos mcm bertih jagung potpet sana sini. Tp akhirnya, sy ambil langkah berundur demi hati sy.

Sy ada plan dlm hidup sy. Apa sy nak capai dlm 5 tahun, dalam 10 tahun. Semua yg sy plan utk 10 tahun terdahulu dah tercapai. So, sy sedang pandang ke depan utk 10 tahun akan datang. Tapi mcm mana sy nak jadikan impian tu jadi nyata, kalau sy sedih, sy bimbang, dan sy tak suka keadaan sy. Jadi, berhenti keje dan terus jd positif. Tiada backup plan. Tp keadaan famili sy, suami sy. Kesian dia. Pening. Tp kegembiraan sy, hati sy adalah yang paling penting utk dia. Itulah sebenarnya relationship goals.

Tak payah bg suggestion suh sy buat apa. Jual inilah, jual itulah. Join inilah, itulah. Keje kat sinilah,sanalah. TQ so much but I’ll find a way. Hutang masih ada yang perlu dibayar. Takkan sy nak dok saje tunggu rezeki Allah bagi. Memang Allah dah tentukan tapi kita kena usaha. Alhamdulillah setakat ni cukup. Insha allah. Tp kena usaha lg. 

SAYANG DIRI SENDIRI DULU
Tapi pls, kalau DEPRESS, cr jalan keluar. Jangan biarkan diri terus depress. Sebelum syg org lain, pls sayang diri sendiri dulu. Sy tak boleh terus hadap org psiko. Kejap kang marah org lain, kejap tak smpi seminit gelak ngan org lain. Dia dah mmg gila tetiba ngan sy sekali ikut gila. Elok tak psiko, jadi psiko pula. 
.
TQ kpd yg doa baik-baik. Ada je nak tau kenapa sy berhenti. Ada juga cakap-cakap nakal dikongsi sebelum sy berhenti. Sy bukan sesapa pun. Tapi macam-macam versi sy dgr. Gelak pun ada sbb ada yg ingat suami sy somebody. Aminnnn. Mana tau kan 1 hari nanti. Terus doa yg baik2. 

MOVE ON
Sy akan move on. Cuma buat sementara, sy nak rehat kat rumah, nak luang masa dengan anak-anak. Dan dorang sebenarnya amat seronok sy ada di rumah. Rumah masih tak kemas macam jadi luar biasa. Tapi sy ada di rumah. Mana tau nanti Allah tentukan rezeki di tempat lain, takda masa pula nak urus rumah dan anak-anak. Semoga kekuatan sy kembali dan dipermudahkan. xoxo

Nak tahu tentang selepas berhenti govt >Hidup Sekarang Harapan Baru

Lynda Che Lah

Post a Comment

45 Comments

  1. Akak rasa itu jalan paling baik..setuju kena ikut kata hati dan kasihan pada diri sendiri..dulu akak pernah depress dapat boss yang kiasu sangat dan boss tu memang dari Singapore..pernah akak kena tahan x boleh balik sampai pukul 11 malam semata- mata dia nak akak minta maaf sebab order business card dia sampai lambat padahal company ada procedure..dia nak hari ni order esok dah ada atas meja dia..akak terpaksa balik naik taxi sedangkan kenderaan awam dah tamat perkhidmatan. bayangkan akak bayar taxi RM 100++ sebab balik lambat..bengkak2 mata akak esoknya pergi kena kena lagi dalam department meeting..stress giler..takde seronok langsung..tapi pengakhiran sangat manis..lepas akak balik dari Guangzhou dia bertukar jadi boss yang paling baik..akak dinaikkan gred..dan akak rasa sayang dengan boss macam dia..tiap2 hari x sabar nak pergi kerja..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah bos tu berubah kak. Yang bos sy ni entahlah. Jadi sy cuma doa byk2 supaya tiada mangsa seterusnya.. hehe.. Yang penting suasana seronok dan ikhlas buat kerja. Mesti best kerja kat situ kan.

      Delete
  2. rezeki ada di mana2. selamat menjalani kehidupan sbg suri rumah..

    ReplyDelete
  3. i feel u lynda. tekejut gak bila dengo ko resign. sampai kesudah xdpt jumpa ko dik. mmg depress tu real, kalau x, takkan org yg baru keje 3bulan pon boleh berenti. nak hadap bos yg perangai tah apa2.. . kejap2 nk mengamuk histeria bagai.. kita je la jaga hati sendiri, rezeki ada kat mana2..kene usaha je. all the best lynda

    ReplyDelete
  4. kisah ini sama mcm saya. exactly. tp sy kerja swasta. memang beberapa bulan sebelum resign, sy alami depress. balik rumah je masam muka sampai husband ckp "resign jela, kalau hari2 balik kerja masam je muka, kan tak elok utk kesihatan" selepas tu, sy pun hantar surat resign. skrg hampir 5 tahun resign, happy dan bersyukur pada masa sama. skrg sy kerja sendiri dan ada bisnes. memang boleh tampung hidup. alhamdulillah ada je rezeki nya kena byk bersabar dan usaha lebih. semoga terus maju jaya. sy sedang google trip ke Krabi sebab nak ke sana Ahad ni hihih thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kan. Enjoy your trip. TQ sudi singgah

      Delete
  5. Bestnya akk.. Moga Allah prmudahkn sgala urusan akk. Tahniah sbb akk dh brjaya bt kputusan yg terbaik dlm hidup. InsyaAllah rezeki Allah ada d mana².

    ReplyDelete
  6. Tahniah akak buat keputusan yang bijak...saya pun seorang penjawat awam dan dalam plan nak berhenti....sy jenis xsuka dengan prosedure pelik2....suka buat kerja sendiri...

    ReplyDelete
  7. Membaca blog awak...Saya dapat rasakan akan keperitan itu..Saya juga mengalami nasib yang sama..Cuma masa belum membenarkan lagi untuk saya berhenti dan bermusafir ke pekerjaan yang lain..Semoga, Allah memudahkan urusan saya untuk mengikut jejak langkah Puan..

    ReplyDelete
  8. Sy pun tgah berpikir utk berhenti kerja , tp masih memikirkan ibu bapa . Sy ditukarkn tbe2 ke tmpt lain . Jd kos kewangan n transport bertambah . Nk pergi kerja pun pkir 2,3 kali ������

    ReplyDelete
  9. Sy pun terpikir utk berhenti kerja , sy masih bujang . Tetibe ditukarkn ke tmpt lain yg jauh dri rumah . Mslh yg sy hadapi adalah transport dan kewangan . Sy masih memikirkan ibu bapa sy . Ttpi pada mse yg sme , sy sudah tkde mood nk pergi kje . Rse mls 😔😔😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamne ye nak berhenti kerja kerajaan? Perlu byr berapa ye.. Ataupun boleh ke kalau kita diamkan diri saja..

      Delete
    2. Nak berhenti kerja kerajaan mesti mengikut pekeliling perkhidmatan. Boleh google utk cara berhenti kerja kerajaan. Beri notis 1 bulan dan pastikan segala tanggungan hutang dengan kerajaan diselesaikan. Contohnya loan rumah, kereta etc. Semua tanggungan hutang perlu dijelaskan dengan apa cara sekalipun jika ada.Kalau berdiam diri, anda boleh diisytihar bankrap

      Delete
  10. Sy pun nk bhenti kerja..hati sy dah xde dah nk join gov nie lg..5 thn sy bpikir2..skrg sy kena btindak..cume sy tak tau nk bg alasan ape..ermm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan adalah peribadi. Terpulang. Jika tiada tanggungan hitang, anda bebas berhenti. Cuma jika mengambil skim pencen, sila tunggu hingga genap 10 tahun perkhidmatan dan berusi 40 tahun. Sy ambil skim KWSP, jadi tak perlu tunggu

      Delete
    2. Kalau pencen gov umur 40,kira dapat la ye pencen tiap bulan tu tapi dpt sikit je la ye duit tiap bulan.btl x

      Delete
    3. kiraan pencen boleh buat di laman web JPA. tak silap sy bayaran pencen hanya sebanyak 25%. bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Kiraan boleh kira sendiri di kalkulator JPA

      Delete
  11. Hai sis.. Macamne prosedur nak berhenti ye.. Saya plan nak berhenti sbb sy stress keje di wad.. Saya ssg mngandung dan saya xsanggup nak dtg kerja lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan. Sila download, Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2015. Ikut arahan pekeliling dan beri notis 1 bulan.

      Delete
  12. Macamane ye nak berhenti kerja kerajaan.. Kalau boleh notis tu berapa lama ye.. Ataupun bayar untuk berapa bulan gaj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis 1 bulan atau 1 bulan gaji. Selesaikan semua tanggungan hutang dgn kerajaan. Sila download Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2015

      Delete
  13. Berapa lama tender surat berhenti? Sebulan ke..sy pun mcm puan..dh 11 tahun keje gov..dh muakk..nk dtg keje pun rasa stress, tgk pintu office pun rasa nk muntah..dh xda soul nk keje gov yg penuh birokrasi..APC is not the goal.. penah kn caras, kena pintas, back stabbed..

    Moga dipermudah kan urusan saya juga ya..nk cuba dulu unpaid leave ✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulakan dgn unpaid leave utk tgk sejauh mana kita mampu sara hidup tanpa gaji.Selepas tu, rujuk pekeliling perkhidmatan biol 1/2015. Sebulan notis atau sebulan gaji.

      Delete
  14. Tak ramai k.tgn awam ambik skim kwsp mcm akak.. tp klu mmikirkn depression tmpt keje, rse x sanggup nk ambik skim berpencen nk tggu pencen yg tentu2nya lmbt.. kos sara hidup tggi di bandar jb, kdg2 trfikir smpi bla nk myewa bilik.. Kuarters xde.. Apply blik kg xdpt..ikutkn ati nk je resign tp pikir menanggung mak ayh di kg.. btw personally akak rse skim mna lgi okey..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. personally, skim EPF lebih ok. Tp pencen pun ok juga. cuma, macam sy dah plan mmg takkan kerja lama dgn govt. Maknanya, mmg akan berhenti sebelum umur pencen. Itu sebab sy pilih epf. Dan wlupun pilih epf, kita masih akan dpt GCR. yang tak dpt gratuity. Tp epf pd umur 50 tahun dah boleh keluarkan as gratuity. Ada pro and kon. tp kalau dah pilih pencen, tunggulah sehingga ke usia bersara pilihan iaitu 10 tahun berkhidmat dan berumur 40 tahun.

      Delete
  15. Sy baru berhenti bulan lepas

    ReplyDelete
  16. saya nak tanya..kalau penjawat awam yg dah bekerja selama 16 tahun dan berumur 43 tahn berhenti dengan notis 24 jam...adakah dapat bayaran pencen dan graduiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sy maklum, puan perlu mengisi borang persaraan pilihan. Kerana, dengan dokumen lengkap, ganjaran dan GCR akan diperolehi pd tarikh persaraan. Jika memberi notis 24 jam, kerajaan boleh menganggap puan melanggar kontrak. Untuk bersara pilihan, banyak dokumen yang perlu puan lengkapkan. Kalau nak lebih jelas, hubungi JPA.

      Delete
  17. Assalamualaikum. Sy baru trbaca blog sis ni. Story sis lbh krg sama story sy..sbb depressed. InsyaAllah, ming dpn next week last sy dlm gov. 14thn servis..tp umur lom ckup 40thn. Xkisahla xdpt pencen pn. Yg penting, hati kita, suami, ank2 & fmly🥰
    InsyaAllah, rezeki ade d mane2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Semoga dipermudahkan. Rezeki rahsia Allah :)

      Delete
  18. Sya mengalami situasi yg sama mcm puan.sya bakal bersara thn hdpn. Doakan ye urusan sya dipermudahkan oleh Allah.bole sya hubungi puan

    ReplyDelete
  19. Saya skrg ni pun ala2 over the edge, msuk tahun ni dah 5 tahun sy kerja kerajaan, kerja 4 tahun kat stesen lama, kerja byk mna pun, sy x stress sbb rakan2 sekerja sgt baik dan membantu... Sy bru pindah ke stesen baru jan tahun ni, sy x minta pindah tp dipindahkan atas alasan sy masih bujang...kat tempat baru ni, ada 3 lapisan bos yg hanya bagi arahan... Keja kat cawangan sy ada kpi, kena siapkn permohonan dlm 30 hari, di samping kena settlekan permohonan, sy jga dilantik sbgai urusetia bahagian... Apa keja2 yg xda kena mengena dgn cawangan lain, diorg campak bg sy... Kdg2 keja bawa balik rmah, mlm dan weekend kena siapkan, semata2 mengejar kpi... Sy x happy, dan rasa sgt2 depress dgn keadaan mcm tu.. Sy paling x suka keja berkumpulan sbb penghujungnya, rmai2 dlm kumpulan, yg lain hnya penumpang, dan mengharapkan sy da sorg lg rakan yg jga mangsa mcm sy utk selesaikan laporan... Mgkin sy patut berhenti kerja utk kebahagian jiwa sy... Sbb sy xda motivasi nak keja, hari2 berharapn umur x pnjg, xpyh bangun pagi g keja... Hanya Allah shja tempat mengadu... Sy rsa berat sgt dugaan ni tp org lain xtaw... Yg diorg taw, xkn la pressure skit, dah goyang... Hakikatnya, org x taw, mcm mna kita suffer stiap hari sbb luarannya sy nmpak seorg yg happy go lucky...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja govt ni dah jd amalan. jdi kebiasaan yang biasa sukar diubah. nama je dlm kumpulan. tp end up, kena tanggung sorang. orang lain yang buat hal, kita kena. sebab alasan, dalam kumpulan.
      kerja dah bagus, tp sikap sekeliling. Amalan yang sukar diubah.
      cari jalan bahagia utk awak. sbb org takkan rasa apa awak rasa.
      Insha Allah, rezeki bumi Allah seluas-luasnya.

      Delete
  20. Sy mohonla mana2 org kerajaan x kira pangkat apa yg dah berumur ataupun sakit dah x fit nak keja, bgus pencen awal sbb gara2 org mcm korang, bos atasan arah wat keja tp korang kononnya xreti, malas dan x ambil kisah, kerja tu x siap, boss terpaksa pass bg org lain, Yg sememangnya bkn keja org tu... Org tu plak yg stress kena kejar ngan bos siapkan keja korang... Org depress, bkn sbb keja tp disebabkan keadaan org sekeliling... Yg penting kan diri sndiri... Yg hanya fkirkan diri senang, xpyh wat keja... Biar org lain wat sbb dia ble wat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alasan taktau ni pun banyak juga, buat apa makan gaji buta, berkat atau tak Allah je yang tau. Salah satu sebab sy resign pun sebab keberkatan tu. Rezeki ni byk makna. bukan hanya pada duit. mudahkan orang dan dipermudahkan juga satu bentuk rezeki.

      Delete
    2. Aah ni betul sy setuju sgt. berlaku di pejabat sy. dah tua ganyot tapi x reti nak buat kerja sendiri, acah ketua tapi tak nak belajar benda baru lepastu menyusahkan orang. yg dia tau tdo menganga mengumpat org. muka bertalam2 depan2 baik belakang hasut org lain. bila org x ikut ckp dia mula buat fitnah burukkan nama kita hasut org sana sini. kerana org2 busuk hati mcm ni la yg buat keadaan nak berkerja tu jadi x seronok. hari2 rasa malas nak pegi keje. sy pon tunggu masa je nak hantar surat berhenti. Hopefully the things will turn around to him.

      Delete
    3. Yang utama dlm kerja adalah cr keberkatan. Semoga mereka ini akan sedar dan cr keberkatan. Ckp mcm senang tapi tak mudah

      Delete
  21. Saya juga kakitangan kerajaan...saya dah 3hari X p kerja untuk minggu ini.tiap minggu saya mc.saya xnak p kerja...saya stress sangat2...saya buat keputusan untuk berenti....tapi family X faham apa Yang saya hadap...kepala serupa nak pecah pikir...saya dah X boleh nak kerja....apa Yang patut saya buat saya buntu memikirkan Saban hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik, cuba bincang elok2 dgn family. ceritakan apa yang dihadapi. Kenapa dan apa masalah di tempat kerja. Cuba mohon bertukar. Kalau tidak, fikirkan back up plan contohnya cr kerja lain atau plan berniaga. Selain itu, memang kena berbincang dengan famili dan mohon bantuan atau nasihat mereka. Semoga family cik akan faham selepas berbincang. Mungkin, mereka ada cara mengatasi. Yang penting, sayang diri sendiri dulu

      Delete
  22. Saya baru lagi masuk keja di wad...sy xleh trima pekerjaan sy yg skrg... Nak pergi keje pn dah macam xikhlas je, boleh x bg nasihat yg membina sikit... Balik umah sy rase nak nangis je... Sy pendam sorg2, xbrani nak citer kt sape2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pls, cari seorang yang boleh kita share. Klu ada kelulusan utk cr kerja di swasta seperti puan (kerja di wad), teruskan. Sayang diri sendiri dulu. Jangan seksa diri. And pls, find someone to talk about it

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~