Atasi Anak Selalu Bersin Waktu Pagi.

Assalamualaikum..
Qoid selalu bersin bila bangun pagi. Masuk bilik air tu memang dengar dia bersin, lepas mandi bersin. Kalau bersin tu keluar hingus sebanyak-banyaknya. Setiap hari. Malam tidur berseluar panjang, dan aircond pun kami set timer. Tapi setiap hari dia macam tu. Kadang-kadang di sekolah pun bersin, keluar semua hingus pekat. Gejala ni macam sama dengan alahan. Tapi Qoid takde asma atau lelah. Cuma setiap pagi mesti bersin.

Kami kerap ingatkan Qoid untuk minum air dengan cukup. Pernah juga cuba beberapa produk tapi tak membuahkan hasil. Kesian juga. Kiranya bangun pagi tak lega lah untuk dia.

Sejak Lynda join Shaklee, kerap juga baca pasal produk vitamin. Tertarik nak cuba vitamin untuk Qoid. Ye lah. Dia dahlah sejak umur 5 tahun tak minum susu. Kadang-kadang je beli susu kotak. Makan pun taulah kan budak-budak. Takda makan banyak macam kita. Sayur apatah lagi.

Chewable-C Plus™
RASA Chewable-C Plus™
Tablet boleh kunyah ni Lynda beli dan bagi Qoid dan Qhalif makan. Lynda dan Encik Hubby pun makan sekali. Tak cukup vitamin kitorang ni. Rasa Chewable C Plus ni macam rasa beri. Bukan oren. Buah beri kan macam pahit-pahit masam gitu. Memula makan, memang kelatlah muka anak-anak. Tapi sebab boleh dikunyah, Lynda suruh dorang kunyah cepat-cepat dan minum air.

Makan jelah dulu kan. Lagipun vitamin kan. Bila lagi nak paksa anak-anak makan vitamin. Yang ni masam kelat sikit. So, kuranglah berulang nak ambil lagi. Kalau yang manis tu sebotol boleh habis seminggu kot..hehehe...

Dan yang bestnya, memang pengalaman sebenar. Qoid tak bersin lagi pagi keesokkannya. Ni memang macam terkasima kejap. Eh, takkanlah secepat tu kesannya. Tapi seriously, memang takde bersin dan tiada lagi hingus pekat kuning hijau yang keluar. Takda lagi bunyi bersin dalam bilik air. Hanya dengan semalam. Memang sahlah budak ni kurang vitamin. Bila dia balik sekolah tu Lynda tanya. Ada bersin tak. Dia kata, takdalah ibu! Dia pun baru perasan.

Kesannya, memang Qoid sendiri selesa. Dan malam seterusnya, tanpa disuruh. Dia ambil sebiji dan pejam mata kunyah. Walaupun rasanya kurang sedap macam vitamin biasa yang macam gula-gula tu, tapi demi nak sihat, Qoid makan juga. Alhamdulillah. Seronok tengok hasilnya.

So, kalau ada anak-anak kita yang lalui benda ni. Mungkin ini alahan asma atau kurang vitamin. Boleh ajar anak makan vitamin. Vitamin bukan ubat ye. Support untuk badan. Semoga anak-anak dan kami akan amalkan gaya hidup lebih sihat nanti. Hehehe.. 

Kalau korang nak try, boleh klik je link kat bawah. Harga sebotol RM50. Ada 90 tablet boleh kunyah. So, sebotol untuk 3 bulan kalau anak sorang. Berbaloi kan. Lynda share apa Lynda pakai. Insha Allah, ikhtiar untuk anak-anak.

Lynda Che Lah

Post a Comment

1 Comments

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~