Bercuti ke Krabi ~ Elephant Trekking - Naik Gajah di Krabi

Assalamualaikum..
Pergi Krabi je pun, hahaha.. Bukan main post sampai 5 post. Itu pun dah lepas berbulan-bulan. Tapi nak tulis juga sebab ada yang tanya, aktiviti apa lagi yang dibuat di Krabi. Selain island hopping, mandi laut, kami pilih nak buat elephant trekking. Naik gajah! Memula macam takut. Yelah kan. Takut sebab gajah tu besar, tinggi dan betul ke dia akan ok bila bawa kita tu.

KONTROVERSI GAJAH DISEKSA
Actually, sebulan lebih sebelum ke Krabi, ada 1 portal ni share pasal seksaan yang dilakukan kepada gajah-gajah yang bawa pelancong ni. Dan Lynda ada baca juga. Dan bila Lynda berpeluang ke Krabi dan di Krabi ada lawatan ke tempat gajah ni, Lynda nak tengok sendiri. Betul ke. Kan orang kata, jauh berjalan, luas pandangan.


PAKEJ ELEPHANT TREKKING
Kami ambil pakej gajah ni di airport. Ada booth yang uruskan semua tour di Krabi. So, tak payah risau nak plan awal, sebab kat airport Krabi semua ada. Boleh pilih nak buat hari apa. Nanti tour agent akan ambil di hotel. Bayaran pun boleh buat terus kepada tour agent pada hari kita nak pergi tu. No deposit. Harga 1100 bath. Dalam RM110 untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak dan Qhalif infant..hehe.. Dia tengok umur dan budak. So, boleh je nak nego untuk dapatkan harga terbaik.
AONANG KRABI SAFARI
Seperti dijadualkan, ada tuk tuk ambil kami di hotel. Perjalanan ke safari ambil masa dalam setengah jam juga dari pantai Aonang. Sampai kat sana disambut dengan pekerja dan gajah-gajah lain. Masa ni teruja dan dalam masa yang sama takut. Macam-macam fikir. Kalau gajah ni jatuh,kena hempap tak..hahaha. Ye lah. Tengok gajah betul-betul depan mata. Selama ni ada tengok. Kat zoo tapi jauh kan.
Sebelum naik gajah tu, akan diterangkan serba sedikit tentang polisi mereka dan isi nama dalam borang untuk declare insurans. Harga adalah termasuk insurans sekiranya terjadi kemalangan. Alhamdulillah takda apa kemalangan macam gajah mengamuk ke.

PENGALAMAN NAIK GAJAH DI KRABI
Pengalaman yang tak dapat nak digambarkan. Syukur sebab diberikan peluang. Duduk tinggi dari tanah. Dari atas badan gajah. Nak naik tu kasut kena tanggalkan. Kaki ayam. Angin menyapu muka. Kami dibawa keliling hutan. Tempat tinggal gajah-gajah ni. Takda tanda penderaan. Kalau nak tengok tanda dera, boleh pegang sendiri kepala gajah. Rasa sekeliling kulit. Ada luka atau tak. Tapi gajah yang kami naik. Takda luka. Cuma, penjaga memang bawa sabit kecil dan batang kayu. Kegunaan yang setakat kami nampak, buat ketuk gajah suruh jalan. Bayangkan gajah yang besar tu, kenalah ketuk kuat sikit. Kadang-kadang berhenti sebab gajah nampak pokok kayu dan makan. Sabit digunakan untuk potong dahan kayu yang halang laluan. Kena muka memang luka.



Kalau tengok mata gajah memang sayu. Dan sebelum Lynda decide nak buat aktiviti ni, kami cari dulu tentang penderaan gajah di Krabi. Boleh baca kat sini kalau nak tau tentang <Gajah di Krabi >. Gajah-gajah di sini ada rantai 1 di kaki dan anak gajah akan diletakkan dengan ibunya. Kebetulan masa lalu, nampak ada budak tengah bagi makan anak gajah. Nak kata nampak yang dera siap ikat kat pokok tu semua takda lah. Dan kami tanya penjaga, kebanyakan gajah di sini mereka bela dan jaga sendiri. Tu sebab bebas dalam hutan.


Dan habitat asal gajah ni memang dalam hutan. Ada sungai, ada pokok, ada lumpur dan setiap tempat tidur dibersihkan. Dalam hutan ini ada hidupan lain macam ular, monyet, burung dan serangga. Yang kami diberitahu, gajah selalu tak duduk sekali dengan harimau. So, hutan ni takda harimau. Sungai yang kami tengok ni ada buaya. Habitat asal haiwan-haiwan ni.
Penjaga gajah biasanya akan cerita tentang gajah jagaan mereka. Setiap seorang jaga seekor atau dua. Ada gajah yang dah berumur 65 tahun. Tapi yang ni dah tak buat bawa pelancong lagi. Malam pun tidur sekali. Ada pondok-pondok dan rumah kecil lengkap dengan bilik air. Jadi memang di sini mereka tinggal. Kalau ikut Lynda, lagi kesian gajah-gajah kat zoo tu. Kaki berikat dan duduk dalam kandang. Takda habitat. Sayu juga tengok.

Perkampungan kecil yang ada dalam hutan ni. Mereka duduk di sini. Selain penjaga gajah, ada orang kampung yang duduk sini. Bela ayam itik, pakai motosikal. Macam kat Malaysia juga.

JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN
Macam Lynda kata dalam post-post lalu. Kita kadang-kadang tak boleh nak percaya apa orang kongsi selagi tak alami sendiri. Jadi, bila kita melancong atau buat sesuatu, kita belajar. Belajar untuk tahu kebenaran. Selagi tak alami tak tahu. Kiranya, ni pengalaman Lynda dan keluarga. Jadi, kami tahu, dalam dunia ni, haiwan pun ada hati perasaan. Sayu lihat mata gajah, tapi itulah kejadian alam. Allah yang cipta ia begitu. Jadi kena ada rasa hubungan dengan manusia dan haiwan. Hargai!

Gigih tulis juga post ni selepas berbulan. Sebab seronok ada yang PM beritahu mereka cari info pasal Krabi. Dan lagi satu, sebab rindu Krabi sangat!!! Hahaha.. Insha Allah, ada rezeki lagi, kembali ke Krabi.xoxo


Lynda Che Lah