Review ~ Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum...
Cuti sekolah dah mula. Walaupun seminggu pun, ramai yang ambil cuti kan. Sebenarnya, Qoid dan Qhalif memang menunggu cuti sekolah 9 hari ni. Bukan apa, dorang nampak billboard kat tepi highway pasal cerita ni:
Berzikirlah bertanya bila nak tengok. Tambah pula si Qhalif. Dia kalau dah tanya, memang takda berhenti punya. Puaslah bagitau. Cerita Upin Ipin tu masa cuti sekolah. Dah mula dia bertanya bila nak cuti sekolah. Jadi, kenalah tunaikan juga bila dah cuti sekolah.

Dan yang seronoknya tengok wayang movie ni, semua anak-anak kecil ngan parents. Tengok dalam panggung biasa pun ok je. Sebab memang suasana untuk anak-anak. So far tak dengar anak-anak menangis. Mungkin sebab terpana tengok Upin Ipin besar depan mata.

CERITA MENARIK
Memandangkan kisah Upin Ipin ni memang untuk anak-anak, Lynda dan Encik Hubby dah charge handphone full. Konon nak tidur atau online memandangkan movie tu pukul 4. Ye lah, cerita Upin Ipin kan. Tapi jangkaan meleset. Sebab sepanjang cerita, tak sempat lelap mata pun sebab jalan cerita menarik, gambar dan suara cantik. Kagum dengan gaya penceritaan dan skill animasi. Takda cacat cela. Lagu best. Terdengar ada orang cakap, ada suara Ernie Zakri. Sorrylah. Tak study pun dulu suara siapa untuk siapa. Hehehe..

PENGAJARAN
Kita pun tak expect sebenarnya pengajaran yang akan dapat. Tapi seriously, untuk orang dewasa macam kita pun boleh belajar dari movie ni. Sebab anak-anak macam Qhalif contohnya, masih belum faham pengajarannya. So, kita yang memahami ni boleh beritahu dorang after certain scene, pengajarannya apa. Takdalah kan cerita kartun semata. Antara pengajarannya, semua yang bermula dengan angan-angan tak semestinya tak jadi nyata kan. Yang penting percaya dan yakin. Selain tu, usaha. Selain itu, mengimbau kenangan dulu-dulu masa kita kecil juga. Dan kasih Ibu tu..
MESTI TENGOK
Bagi yang tak tahu nak buat apa sepanjang cuti singkat ni, boleh bawa anak-anak tengok movie ni. Sarat dengan pengembaraan yang menyeronokkan untuk anak-anak. Memang dorang diam je dalam panggung ni sambil nganga mulut. Hahaha... Tak berkelip mata pun ye. Cuma ada scene bergaduh tu kuat sangat. Tapi normal lah kan scene bergaduh. Cerita sangat simple dan memang untuk anak-anak yang memang suka Upin Ipin. Tak rugi labur duit kalau takda plan. Pergi tengok tau. xoxo

Lynda Che Lah

Post a Comment

2 Comments

  1. hari ini baru nak bawa ank p tgk..

    ReplyDelete
  2. malam tadi bawa anak2 tgk jugak... mmmg part lawan tu saya sendiri pun terkejut.. tp mmg best... pengisian yang tak sia2...

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~