Sembelit ~ Ni Lynda Buat

Assalamualaikum..

Korang ada masalah sembelit? Sembelit ni antara perkara yang menakutkan. Haha.. Sebab apa? Sebab nak buang air besar susah dan kekerapan buang air besar kurang. Bila jarang-jarang buang air besar, bila sampai masanya tu.. Azab kan rasa.

Lynda memang ada masalah sembelit dan jarang buang air besar. Walaupun minum air banyak. Pernah tanya dengan doktor. Normal ke buang air besar seminggu atau 2 minggu sekali. Ada doktor yang cakap normal, ada yang cakap tidak normal. Tapi pada Lynda, berpuluh tahun sejak dulu sembelit jadi macam normal. Cuma masa bersalin nasib baik Czer. So, takdalah azab sangat.

Banyak je jual ubat sembelit, atau ubat untuk lawas. Lynda ada juga cuba jamu lah, ubat untuk kurus. Untuk cuci usus. Tapi perut jenis tak boleh terima makan-makan semua tu. Dengar macam-macam iklan untuk cuci usus. Tapi bila makan, sakit perut melampau dan asyiklah pergi buang air besar. Kadang-kadang sampai lembik badan. Lepas tu mesti batuk mungkin sebab panas dalam. Kadang beli beratus ringgit tapi makan sekali dua. Encik Hubby pun sama. 

HERB LAX SHAKLEE
Bila Lynda join Shaklee, Lynda sendiri nak cuba makan vitamin yang Shaklee ada. Yang menarik di pandangan mata ni, Herb Lax. Sebab, ia digunakan untuk cuci usus dan kuruskan badan. Harga tak sampai RM60. RM57 je. Belilah sebotol. Betul ke boleh cuci usus? Boleh elakkan sembelit?
Dalam sebotol ni ada 120 tablet. Setiap malam Lynda dan Encik Hubby makan sorang 2 biji je. Kami start makan bulan Februari. Ni dah masuk bulan April masih berbaki beberapa biji. Cukup untuk 3-4 hari lagi sebelum botol kedua sampai. Jimat juga makan 2 orang. Maknanya RM57 tu untuk sebulan lebih. Ini kalau makan 2 orang ye. Kalau makan sorang 2 bulan sebotol ni.

PENGALAMAN MAKAN HERB LAX
Nak share, memang best makan Herb Lax sebab, hari-hari pergi tandas! Bayangkan Lynda yang tak normal buang air besar ni, elok je masuk tandas dan buang dengan senang hati. Hahaha.. Faham tak kelegaan tu? Tiba-tiba jadi normal adalah sangat seronok. Sebab Lynda ni kalau sakit perut tu, lama juga dalam tandas. Dan nak buang pun tak semudah selepas ambil Herb Lax. 

Dan amik Herb Lax tak buat sakit perut memulas-mulas dan cirit-birit. Kalau sekali dah membuang tu, cukup dah. Dan semuanya lancar. Memang lain rasanya bila buang hari-hari ni. Ni lah normal kan? So, Lynda suka! Encik Hubby pun kata, tak sama macam dia makan ubat kurus yang lain. Mudah dan tak seksa nak buang air tu. 

Jadi kami memang decide, stay lah pada produk ni. Sebab nak bersihkan dalaman ni kena tengok juga kesesuaian badan menerima. Lynda dan Encik Hubby jenis takut sikit nak cuba ubat-ubat yang macam-macam kat pasaran. Tapi sebab Shaklee ni dah lama dan diuji klinikal, bolehlah cuba dan syukur. Memang ngam ngan kami.

HARGA HERB LAX SHAKLEE
Untuk sebotol (120 tablet) berharga RM57. Boleh tahan 2 bulan. Makan malam sebelum tidur atau lebih awal sebanyak 2 biji. Kalau korang nak cuba boleh. Bersihkan usus dan kecilkan inci. Hehe.. Hari tu ada orang tegur, nampak dah kurus sikit. Hahaha. Nak tau Lynda dah kurus ke tak, kena ajak jumpa.

So, kalau korang ada masalah macam Lynda, cubalah Herb Lax. Ni pengalaman sendiri ye. Shaklee untuk sihat. Cegah lebih baik dari mengubati kan. Kita ikhtiar.

Nak Lynda belikan boleh :
WhatsApp : 0182033719
atau klik Link <Herb Lax RM57.00>
Lynda Che Lah

Post a Comment

27 Comments

  1. yeah Shaklee got many types vitamin to choose from. Glad you sharing this as I first time to see this type, I no try this before. I had their protein powder and nice to drink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U having the ESP. Can try this also next time :)

      Delete
  2. Kalau sembelit tu memang sengsara. Kena makan banyak serat juga. Pemakanan kena la sihat. Herb Lax boleh cucikan usus dan kuruskan badan?. Menarik sangat yang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang Lynda makan ni, seluar dah boleh kancing balik. Haha

      Delete
  3. Dulu masa lepas bersalin kan anak yang pertama, saya sembelit teruk. Makan prune tiap-tiap hari lepas tu mak bagi petua sapu sabun. Hahahhaa, adoi. Nampak macam kelakar tapi memang menjadi.

    ReplyDelete
  4. tempoh hari BBL kerap jugak sembelit walaupun banyak minum air kosong. sakit nak membuang sampai nak menjerit je dalam tandas..nasib baik perut buat hal time waktu pagi je bukan kat luar rumah hehe boleh la try amal shaklee ni untuk elak masalah sembelit kan

    ReplyDelete
  5. Sounds like a good product. I would love to give a try also.

    ReplyDelete
  6. pernah org rekomen ubat ni kalau sembelit..memang bagus..and ianya blh consume smpi 2 bulan..dgn harga yang ditawarkan mmg sangat berbaloi

    ReplyDelete
  7. So far belum pernah ad pengalaman lagi kene sembelit tapi kawan dulu selalu kena dan tengok keadaan die mmg sakit betul. Sampai kadang2 tak sampai hati tgok kesakitan tu. Bagus ad produk shaklee ni. Boleh syorkan dkt die nnti. Thanks share kak.

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah


    salam kenalan dari ohsenyum

    nak ajak awak, tukar link dengan blog saya. Jadi Kalau awak sudi sila comment kat mana entri blog saya ye.

    https://www.oohsenyum.com/

    Saya tunggu tau. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. 2 minggu sekali je buang air besar? Macam kurang sihat je. Btw, tak rasa sakit perut ke. Bella jenis membuang 2x sehari. Tak ada sembelit tapi tak tahan sekarang makan pedas atau makanan yng kurang baik. Huhu.Kalau ada sembelit bolehla cuba produk ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sihat kan? Tapi takde pula sakit perut. Tapi klu sekali dia sakit perut, mmg azab.

      Delete
  10. Alhamdullillah xde sembelit. Jarang jarang. Tapi dgr kawan mmg ambik Shaklee sbb dia ada masalah bowel jugak. Dia consume sekali dgn Beta apa ntah nama dia. Sbb dia byk gak guna produk shaklee ni konsisten bertahun.

    ReplyDelete
  11. Rawlins pernah ada masalah yang sama. Lepas minum Min Kaffe dan juga collagen, alhamdulilah, takde dah masalah sebegitu. Thanks gak sebab share your experience. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaatnya kelak.

    ReplyDelete
  12. Sebelum ni pernah juga kena sembelit. Memang azab sangat. Alhamdulillah sekarang dah tak sembelit dah lepas amalkan banyak makan buah-buahan. Herb lax ni pun nampak macam best je. Bolehlah nanti cuba

    ReplyDelete
  13. Shaklee memg dipercayai.. Pernah ambil produk shaklee masa pregnant. Bgusla kalau sennag buangvair besar.. Kita pun kadang payah nak membuang ni. .Huhu. .Boleh cuba nanti. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaklee ni dah lama dan banyak kajian. Clinical test yang penting. Nanti Nad boleh cuba :)

      Delete
  14. Fuhh... Pernah krna sembelit. Mrmang sengsara tak terkata. Masa tu makan prune, alhamdulillah settel problem. Sesuai serasi ngan badan kita. Pasni leh try shaklee lak. Lebih banyak manfaat dan khasiat

    ReplyDelete
  15. iza pun pernah makan ni. Kakak iza suggest sebab iza bukan jenis yang membuang hari-hari. memang sangat membantu. kalau ambil masa mengandung pun bagus jugak sebab time mengandung selalu sembelit.

    ReplyDelete
  16. Sembelit pnh kena zaman sekolah menengah. Aduhai.. Tiba2 sangat jadi camtu.. Tapi masa tu mana nak knal dengan shaklee. Hehehe
    Alhamdulillah skrng takde masalah tu.
    Kot kena kat sapa sapa, blh la share guna shaklee je.

    ReplyDelete
  17. Pernah cuba ESP, yg ni x pernah cuba lagi. Selamat dimakan utk wanita yang mengandung ke? Sbb adik mengandung dan komplain sembelit.

    ReplyDelete
  18. Akhamdulillah so far tak pernah ada masalah sembelit. Tapi i mmg suka shaklee sbb i mmg consume jugak vitamin c dan ostematrix mmg best

    ReplyDelete
  19. This looks like a good product to help ease constipation right? Those who have problem passing motion should really consider this good product from Shaklee. :)

    ReplyDelete
  20. ramai kata herbalac ni bafgus

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~