25 June 2019

Bukan Semua Suka Kita

Assalamualaikum...

Sihat tak? Jaga kesihatan terutama time raya ni. Terpanggil pagi ni nak menulis tentang sesuatu. Actually apa yang jadi di sekeliling. Di tempat kerja, di media sosial. Hidup ni macam-macam. Nak puaskan hati semua orang memang tak boleh la kan. Yang penting jaga hati dan diri kita.

Post tentang berhenti kerja kerajaan hari-hari ada orang baca. Nampaknya, memang tahap stress di kalangan pekerja ni nyata. Bak kata seseorang di twitter, stress di tempat kerja bukan sebab kerja tu sendiri, tapi sikap di kalangan pekerja. Tak kiralah bos ke atau rakan sekerja. Sebenarnya, kalau berkaitan management, as pekerja, kita diam je la. Buat kerja yang sepatutnya dan tak perlu tahu apa management try to do. Dorang gaduh ke, mengata ke sesama dia. Biarlah. Kita jalankan tanggungjawab. Politik pejabat ni mana-mana pun berlaku. Tak kira pejabat besar atau kecil. Kecuali kita diganggu dan rasa tertindas. Ambil jalan keluar. Tak perlu duduk berkawan ngan parasit busuk ni. Parasit sampai bila-bila pun macam tu. Kan....

Heboh kat media sosial sekarang, Instafemes mengamuk ngan group bawang. Kadang-kadang pelik juga, banyaknya masa membawang, balas komen atau tinggal komen. Ada je nak dikomen. Ada je ayat nak diolah. Lynda ada 1 post di blog yang Lynda off komen, sebab rakyat Malaysia sangat banyak masa memaki nista dan sesuka hati doakan semoga ditimpa kesusahan. Keyboard warrior sangat...Hei.... sesama Islam kot. Tak suka, tak payah komen. Jangan singgah dan tak payah tinggal jejak. Kita ni pun manusia biasa je. Iman tu pasang surut. So, nak happykan diri sendiri, off komen. Gitewwwww.. haha.. *acah-acah Kim Kardashian*

Kadang-kadang Instafemes ni maybe tak amik port pun, tapi ada 1 lagi golongan jenis tambah ajinomoto, perencah cukup rasa, super sedap perencah. Takut sebenarnya ngan fenomena media sosial kat Malaysia ni. Banyak sangat masa dihabiskan dengan cerita di laman sosial. Kalau tengok 1 post viral tu, komen dia makan berpuluh ribu...
Senang je, apa kita post di laman sosial kita, blog etc adalah hak peribadi. Nak kata tunjuk kaya, tunjuk pandai, tunjuk hebat. Biarlah. Tengok, scroll dan berlalulah pergi. Kalau suka tekan butang 👍, kalau sangat suka bagi💓. Tak suka langsung, unfollow. Kalau rasa menyampah sangat pergi je block dia sebelum dia block kita. Ehhhhh.. Tak semua orang suka kita. Macam tu juga kita kan. Kalau adalah. Jadi, hidup dengan aman. Takyah kusut fikir orang ni ada apa. Orang ni dapat apa. Hidup sekali je. Jangan sia-siakan. Banyak lagi kita boleh buat. 

Sekian bebelan isi masa dan isi blog. Nak cerita pasal anak-anak masih tak sempat. Banyak berubah sebenarnya dalam tempoh 4 bulan ni. Banyak nak share ngan orang yang suka dengar dan baca. Jom bina circle positif..xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

  1. Alahai biaqpi je org nak bawang pasal Kita. Xyah melenting. Kita dapat oahala kn

    ReplyDelete
  2. Betul sis.. stuju dengan pandangan sis!

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram