21 July 2019

Hidup Sekarang.. Harapan Baru

Assalamualaikum...
Sejak post tentang ini <Kenapa Saya Berhenti Kerja Kerajaan>, boleh dikatakan hampir setiap hari akan terima WhatsApp dari ramai orang. Boleh kata seminggu tu ada 3-4 orang yang WhatsApp. Kebanyakan adalah mereka yang bekerja dalam govt dan mengalami stress atau tekanan.

Ada yang tanya, macam mana life Lynda sekarang? Better? atau menyesal tinggalkan govt? Alhamdulillah. Macam yang Lynda yakin. Allah akan selalu ada. Rezeki rahsia Allah. 

Sekarang ni, Lynda dah start keje balik di sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan di Bukit Damansara. Dengan sebuah syarikat konsesi tol. Alhamdulillah, dapat bos yang baik sangat dan tak menekan. Bebas bekerja dengan cara sendiri tapi tidaklah kita ambil kesempatan kan. Ofismate pun ok. Jadi suasana kerja tu sangat tenang dan menggembirakan. Walaupun Klang-Bukit Damansara jauh, tapi takda rasa malas nak bangun pagi pergi keje tu. Korang pernah tak rasa macam ni?

Lepas berhenti dulu, memang ada plan nak duduk rumah, jaga anak-anak. Anak-anak pun dah sekolah dua-dua. Tapi orang dah biasa bekerja kan, rutin tu membuatkan rasa demotivated. Terkurung dalam rumah. Hahaha.. Itu yang lepas 2 bulan tu, aktif cari kerja balik dan Alhamdulillah dapat. Anak-anak, diuruskan semula macam biasa. Nanti share lain tentang uruskan anak-anak ni. TQ Mama dan Ayah yang bantu.

BINA HIDUP DAN HARAPAN SENDIRI
Sebenarnya, apa yang Lynda nak share adalah, kita kena buat apa kita suka. Kita kena bina hidup kita sendiri. Corak dan atur. Harapan.. Sampai bila kita nak bina harapan dan hidup dengan bergantung kepada persekitaran yang negatif atau tak membantu kita.

Encik Hubby pernah cakap, kita akan sanggup buat apa sahaja untuk kejayaan atau kecemerlangan syarikat atau majikan. Tapi adakah majikan atau syarikat akan sanggup buat apa sahaja untuk kita? Tu korang kena nilai dan fikir.

Hampir setiap DM/PM/WhatsApp yang diterima minta kata sokongan dan semangat. Lynda taknak menggalakkan korang berhenti kerja yang sediada atau memudaratkan diri korang. Tapi, hidup korang, korang yang tentukan dan rencanakan. Nak happy, kena pilih jalan yang happy. Jadi, untuk setiap keputusan ada pro dan kontra.


Yang selalu Lynda share dengan mereka ni, buat backup plan. Kalau dah ada bisnes, fikirkan cara untuk buat bisnes tu lebih baik. Bekerja sendiri ni sebenarnya lebih mudah tapi kebergantungan kita tu hanya semata kepada Allah. Sebab kalau makan gaji, kita dah tahu dah hujung bulan akan dapat gaji kan. So, memang nasihat Lynda. Fikir sebaik-baiknya. Kalau korang tak mampu bertahan dalam hidup yang memudaratkan hati, perasaan dan kesihatan korang. Keluarlah!

Depression bukan benda main-main. Malah baru ni Lynda baca, kalau tak mampu uruskan diri dalam tempoh 14 hari, anda dianggap adalah masalah kesihatan mental. Bahaya kesihatan mental ni boleh membawa kepada rasa tak selamat dan yakin.

Satu lagi, tak payah peduli apa orang akan cakap pasal kita. Setiap kehidupan tak sama wlu nampak macam sama. Jadi, hidup korang pilihan korang. Nak baik atau sebaliknya. Sebelum buat sesuatu keputusan, fikirkan keadaan korang dan kesannya pada keluarga. Contohnya pada anak, suami atau ibu bapa. 

Rezeki Allah luas. Subhanallah. Dapat rasa gembira dan lapang dada pun rezeki. Jangan sempitkan fikiran bahawa rezeki ni hanya duit. Ye, zaman sekarang semua perlu duit. Tapi Insha Allah. Akan ada kecukupan nanti. Yakin dan doa. Tawakal. Semua ni rahsia Allah tapi dalam masa yang sama, usahalah. Binalah kehidupan dan harapan. 

Syukur, perancangan yang dirancang kembali ke trek asal. Macam Lynda pernah share, Lynda ada perancangan masa hadapan. Lynda yakin korang juga. Jadi, mula bertindak dan bergerak ikut rancangan. Cabaran dan dugaan hadapi dengan tenang.

Jujur Lynda katakan, sekarang Lynda seronok dengan kehidupan Lynda. Rasa lebih sihat hati dan perasaan. Ini pun dah cukup. Please! Sayang diri dulu. Persekitaran yang baik 1 bonus. Yang baik-baik akan datang menyusul. Pedulikan kata-kata negatif. Doakan mereka juga jumpa jalan kegembiraan mereka sendiri. Hidup sekali je kat sini. Kita kan dalam perjalanan ke kehidupan yang abadi. Jadi gunakan kesempatan ini sebaiknya. Korang boleh! xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram