Hari Sukan Qhalif Umar

Assalamualaikum..

Sekadar coretan kenangan untuk Qhalif Umar. Hari sukan yang lepas. Ini kali pertama Qhalif sekolah dan pertama kali masuk sukan. Excited tak payah cakap lah kan. Berkali-kali pesan, jangan lupa datang ye Ibu Ayah. Qhalif masuk acara larian 500 meter dan acara sukaneka lain. Untuk anak 5 tahun.

Bangun awal pagi Ahad tu bersiap macam nak ke sekolah. Excited dia tu sampai tak boleh tidur malam dan bangun awal bila kejutkan. Pengalaman baru katakan. Lepas hantar dia ke sekolah, Ibu Ayah dan abang pergi minum pagi di kantin sekolah je sebelum acara sukan bermula.
Acara pertama adalah perarakan masuk kontinjen. Pakai topeng harimau. Tapi mata tak lepas cari Ibu Ayah. Macam inilah nak support kan. Ada di tepi padang. Janji dia nampak muka kita. Pengalaman pertama kan. Alhamdulillah, Qhalif boleh bergaul dan atasi rasa takut depan orang ramai. Kira berjayalah sebab dia berani. Masa perbarisan ini ada senamrobik dan majlis pembukaan. Selepas tu acara sukaneka.

Acara sukaneka Qhalif adalah bawa pundi kacang dan bawa bola dalam relung. Untuk acara ini, kumpulan Qhalif dapat tempat kedua. Dia ni satu hal juga. Kuat bersaing. Dan nak menang kalau boleh. Nasib baik menang, kalau tak murung. Hahaha.. Tapi hati dia kental. Anak kedua memang macam tu.

Selepas acara sukaneka, Qhalif terpilih untuk acara lari 500 meter. Yang ni Ibu Ayah tak letak harapan tinggi lah kan. Haha. Tapi dia bagitau, masa latihan dan raptai dia dapat nombor satu. Jadi dia ada keyakinan lah tu untuk menang.

Dan, memang Qhalif menang untuk kategori 5 tahun lari 500 meter. Sepuas hatilah dia lari. Yang seronoknya itulah, dapat medal yang dibanggakan. Oklah kan untuk usaha dan keyakinan yang dia bina. Susah juga kan kita nak bina keyakinan ni. Jadi, untuk usia 5 tahun, inilah pencapaian terbaik dia di sekolah selain pandai membaca dan mengira. Kalau anak seronok, Ibu Ayah berkali ganda seronok. 




Semoga ini akan jadi pembakar semangat untuk Qhalif berjaya akan datang. Ini menjadi pengajaran untuk dia bahawa tanpa usaha, takda kejayaan. Tak mudah untuk berjaya kan. Tapi, kita kena usaha dan sebagai Ibu Bapa kita bantu walau hanya sekecil impian. Tahun depan ada lagi sukaneka untuk Qhalif. Abang Qoid masa ni dah hilang dengan kawan-kawan lain. Tapi tumpang seronok dengan kejayaan adik. Sama-sama mereka berdua berjaya dalam pelajaran dan sekolah. Takda Ibu Ayah nak minta apa-apa pun. Mereka dapat bina keyakinan dan keberanian sendiri pun dah cukup.xoxo

Lynda Che Lah


Post a Comment

0 Comments