Makan Sushi di Nippon Sushi, Klang

Assalamualaikum...
Korang suka tak makan sushi? Lynda dan famili semenjak ni, suka betul makan sushi. Ntah kenapa. Kalau dulu, nak try masuk Sushi King pun taknak. Sebab dulu-dulu kan ada isu sushi tak halal. So, kami kurang sikit bab-bab nak try makanan yang selain makanan Melayu. 

Tapi baru-baru ni, try juga makan sushi selepas Sushi King disahkan halal. Dan sedap rupanya sushi ni. Hehe. Tak cuba tak tau kan. Lepas tu, cravinglah nak makan sushi selalu.

NIPPON SUSHI, KLANG
Kebetulan masa tengok Ig Khairul Ming, tengok dia promo pasal Nippon Sushi Malaysia. Salah satu, restoren sushi milik orang Melayu dan disahkan halal. Lepas tu, sushi dia tu pelbagai. Divariasikan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Dan yang bestnya, ada satu cawangan di Klang! 
Nippon Sushi Klang terletak di Bandar Bestari Klang. Betul-betul di tepi jalan berdekatan dengan McDonalds dan Family Mart Bandar Bestari Klang. Ala, waze je. Insha Allah jumpa. Bandar Bestari ni terletak sepanjang perjalanan nak ke Telok Panglima Garang. Senang parking dan kedai dia luas sangat. Orang Klang dan sekitar, boleh terjah Nippon Sushi.

MENU NIPPON SUSHI
Yang menarik di sini selain interior adalah penghantaran makanan menggunakan robot. Takdelah robot sangat. Tapi mesin penghantaran makanan terus ke meja. Ni anak-anak sukalah. Sekarang kalau nak makan sushi, Qoid dan Qhalif ajak makan kat sini sebab nak tengok robot hantar makanan. Hehe..

Menu sushi di sini sama konsep dengan restoren sushi yang lain. Ikut warna pinggan. Paling murah RM2 ke RM6. Standard kan. Tapi yang best kat sini, ada bermacam pilihan menu ala carte. Bermula daripada tepanyaki, special sushi, makanan hot plate, Ramen. Order je. Semua ada.

Ramen
Qoid kalau datang sini mesti order Ramen. Harga semangkuk dalam RM15. Tengok menu apa kita pilih. Qhalif pula setia dengan Chicken Chop. Lembut je ayam chicken chop tu.

Teppayanki
Di Nippon Sushi ni ada pilihan hidangan Teppanyaki juga. Siap set dengan nasi. Kalau lapar, boleh order nasi. Portion agak besar. Ni pun makan dua orang sebab ada order makanan lain juga.

Hidangan Ala Carte
Selain daripada  menu standard macam sushi dan ramen, yang paling best adalah menu ala carte yang terdiri daripada menu chessy dan bakar. Semua sedap. Tapi Lynda tak abis explore lagi semua makanan kat sini. Tapi seriously sedap dan korang akan rambang mata. 



Kat bawah ni Lynda share robot yang hantar makanan tu. Yang anak-anak suka sangat nak datang makan kat sini. Layanan dan servis tiptop. Tapi expect late respon kalau ramai orang. Itu biasa kan. Tapi, sebelum order tu, buat pilihan tepat sebab sistem order pun pakai kertas untuk tulis order. So, pilih betul-betul untuk mengelakkan order diterima lambat.
So, dah tau kan nak makan kat mana kalau mencari sushi halal. Selain sushi kat sini syurga makanan Jepun. Sebelum pergi Jepun, meh biasakan diri makan kat Nippon Sushi dulu. Hehehe. Semua makanan sedap dan harga berpatutan. Untuk sekali makan kalau order macam-macam siap air tu adalah dalam RM100 ke atas. Kalau korang makan sushi plate tu je, ikut harga plate ye. xoxo

Nippon Sushi Klang
KSL Avenue, 
No.1, Jalan Bestari 9/KS09, 
Bandar Bestari, 
41200 Klang, Selangor


Lynda Che Lah






Post a Comment

2 Comments

  1. Nippon sushi ni pernah juju tgk kt TV...usahawan wanita Melayu. Kt area rumah juju pun dah ada cawangan dia...ingat dulu2 tak halal...sekali tgk TV alahaiiiii Melayu punya...sedapnya! Nanti nak terjah one day fine.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa lama tak makan sushi huhuu

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~