Makan Tengahari di Restoren Hassan Ayam Kampung, Seksyen 13, Shah Alam

Assalamualaikum...

Kadang-kadang makan tengah hari ni nak makan yang simple-simple kan. Macam makan nasi, kuah lemak sikit, ayam goreng dan ulam-ulaman cicah budu. Aduh! Sedapnya kan. Dapat pula nasi panas-panas dan ayam kampung goreng. Lynda dan Encik Hubby suka makan dekat gerai atau restoren macam ni. Lauk yang pelbagai tapi takdalah pening nak memilih. Sebab menu utama, Ayam Kampung!



RESTOREN HASSAN AYAM KAMPUNG
Kami suka makan ayam kampung. Sebab goreng kunyit je. Sangat simple dan yang penting panas-panas. Ambil dalam 3 ketul, ambil sambal belacan sikit dan budu. Tak pandangbelakang dah makan. Hehe.. Sebelum ni, kami suka ke Faridah Ayam Kampung di Bandar Bukit Puchong tapi rupanya, ada lagi restoren ayam kampung yang lagi dekat dengan kami di Shah Alam. Restoren Hassan Ayam Kampung Seksyen 13 Shah Alam.
Rasanya ramai warga Shah Alam dah tahu tempat ni. Terletak di Tadisma Business Park, masa waktu makan tengah hari penuh. Kebetulan Lynda pergi awal juga. Dalam pukul 10 pagi, semua menu dah tersedia. Yang penting ayam kampung dan ulam-ulaman dah tersedia. Konsep kat sini adalah, ambil nasi, ambil ayam dan lauk pauk lain. Duduk dan makan. Nanti ada orang tolong kira.

ULAM-ULAMAN DAN SAMBAL
Yang menarik adalah ulam-ulaman dan sambal yang pelbagai. Ada sambal belacan, cencaluk, tempoyak, air asam, budu. Ulam-ulaman pun segar dan banyak pilihan. Takdalah layu je. Sambal pun dibuat segar setiap hari. Takdalah nampak macam sambal semalam yang disimpan dalam peti ais.
LAUK PAUK KAMPUNG
Lynda kalau makan ayam kampung ni, memang ambil nasi, kuah sikit dan ayam kampung. Memang tak pandang lauk lain. Tapi di sini ada je lauk pauk lain kalau taknak makan ayam kampung. Ada lauk kuah lemak, asam pedas, kuah kari, pelbagai jenis sayur, ikan kering dan ikan masin. Pakej lengkap. Sedap macam mak masak. Ayam kampung kat sini memang betul-betul ayam kampung. Tak liat. Sebab kadang-kadang kalau kita makan ayam kampung ni, ayam tu besar semacam kan. Tapi sini memang ayam kampung yang kecil dan comel tu. Sedap dan segar.
HARGA AYAM KAMPUNG
Kami makan hari itu, ambil nasi dan kuah, ulam-ulaman dan 3 ketul ayam kampung berjumlah RM28.00 termasuk air. Oklah kan. Sebab pernah je makan kat restoren lain yang biasa, makan 2 orang RM35.00. Terkejut masa tu sebab ambil lauk biasa-biasa juga. Bolehlah datang Restoren Hassan Ayam Kampung ni lagi makan simple tapi sedap dan murah. Hehe.. Senang nak parkir dan tempat duduk pun banyak. Restoren ni terletak di lot tepi. Jadi agak luas. Kemudahan sinki pun banyak disediakan. 
Restoren Hassan Ayam Kampung ini dibuka setiap hari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang. Parkir banyak tapi jangan lupa bayar parkir tau. Nak selesa boleh datang awal pagi. Semua dah siap masak dan panas-panas lagi. Boleh pilih bahagian ayam kesukaaan. Macam kami ni suka bahagian paha. Nasi dah habis pun boleh makan ayam je. Berbaloi makan di sini. Lauk sangat simple dan tak pening kepala nak memilih. Hehe..Selamat menjamu selera. xoxo

Restoren Hassan Ayam Kampung
Alamat : Jalan Lawan Pedang 13/27, 
Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-5510 3981
Waktu operasi : Isnin-Ahad 
10 pagi-4.30 petang

Lynda Che Lah

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedapnya makan simple macam ni..geram akak tengok ulam tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. Saya kalau ulam ngan nasi buh sambal belacan atau budu pun boleh jalan dah..hehe

      Delete
  2. restoran ni memang terbaik. ayam kampung dia best!

    ReplyDelete
  3. Penggemar ayam kampung mesti suka datang sini kan. ayam kampung dia kurang isi sikit kan. jarang makan ayam kampung sebab agak liat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi sikit. Macam Lynda tak suka makan isi banyak. Tp ayam kampung kalau masak atau goreng dengan betul tak liat langsung

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~