Qhalif Kena Influenza B

Assalamualaikum..

Kisah lama sebenarnya. Tapi Lynda nak coretkan di sini sebab kenangan pertama kali kami berkampung di hospital. Anak-anak jarang sakit yang sampai kena masuk hospital ni. Kalau demam biasa je. Dan selalu ke klinik je. Kebetulan, masa Qhalif kena Influenza B ni, kami suami isteri sibuk dengan peperiksaan akhir.

TANDA-TANDA INFLUENZA B
Tak pernah kisah pun dengan tanda-tanda Influenza B ni. Sebab kita fikir, takkan lah boleh kena kan. Sebab kita sendiri tak faham atau taknak ambil tahu. Tapi bila dah kena, baru kita belajar. Antara tanda-tanda Influenza B ini adalah:
  1. Demam yang berpanjangan (seminggu atau lebih)
  2. Suhu demam yang tinggi (38-40 darjah C)
  3. Kejap baik, kejap demam balik
  4. Anak muntah dan cirit birit
Qhalif ada semua tanda ni. Memang demam dia berpanjangan. Mula-mula ingat demam biasa. Sebab lepas makan ubat, turun demam. Dan dia aktif. Tapi esok lusa demam balik. Dan bila pergi klinik, suhu tinggi. Tapi kami ingat demam biasa. Musim demam ke. Dan doktor klinik pun cakap, musim. Jadi, on antibiotik dan ubat demam.
Masuk minggu kedua, Qhalif masih demam. Bila malam je, panas terbakar badan dia. Kuatlah demam tu. Lepas tu, dia kan mulut macam bertih jagung. Potpet tak habis. Tapi kali ni, dia senyap sangat. Asyik tidur je. Kira macam peliklah kan. Minggu tu, kami sibuk dengan final exam. Jadi, pantau di rumah je. Tuam-tuam badan. Lepas tu sehari dua ok je dia. Cuma nampak macam susut sikit badan.

WARDED SEBAB INFLUENZA B
Kami suami isteri last paper hari Sabtu pagi. Pagi sebelum ke exam, Qhalif ok. So, tumpang dia kat rumah Mama. Tapi Adik call cakap, Qhalif ni muntah dan cirit birit lagi. Lepas tu badan panas. Dan dia taknak minum air. Nampak lemah sangat. Balik dari exam dalam pukul 12 tengah hari tu, terus decide bawa pergi hospital terus. Disebabkan ada company insurance, kami bawa ke Avisena Woman & Children Hospital. Inform doctor symptom, dan doktor decide ambil darah. 3 hari sebelum tu dah jumpa dah doktor ni. So, dia tengok rekod. 



Lepas ambil darah, memang confirm Qhalif kena Influenza B. Doktor tanya. Nak pantau di rumah atau nak warded. Tapi memandangkan dah pantau, tapi Qhalif masih tak baik, kami decide warded je lah. At least boleh masuk air. Sebab dia dah lemah sangat. Dehydrate. Jadi doktor akan pantau selama 2-3 hari. Tengok demam turun tak. Dan on antivirus.

INFLUENZA B BERJANGKIT
Doktor pun maklumkan, kalau boleh kurangkan pelawat. Sebab Influenza B berjangkit. Ibu ayah atau yang serumah berisiko kena. Jangkitan melalui udara. Mudahlah maknanya nak berjangkit tu. Lynda masa jaga Qhalif di hospital pun tanya nurse. Macam mana tahu nak berjangkit. Hehe.. Nurse kata, bila mula sakit tekak dan hidung nak selsema, mungkin boleh kena. Tengok imun badan juga. Tapi Lynda, Encik Hubby dan Qoid hari-hari makan Vit C Plus Shaklee tu. Dengan dos banyak sikit. Alhamdulillah ok. Itu antara cara nak elak kena jangkitan Influenza B ye selain minum air. 
Di Avisena Women & Children Hospital ni pun, doktor asingkan bilik. Dapatlah bilik seorang. Itupun tengok insurans company. Untuk sebilik seorang ni harga RM190. Murahkan. Selesa sebab kita je. 
Tapi tinggal di hospital manalah best kan. Masa mula-mula masuk, nurse datang pantau Qhalif setiap 2 jam. Lepas 4 jam bagi ubat demam. Suhu dia masa ni naik turun. Jadi nurse pantau setiap 2 jam. Naik kejap 39 darjah C, lepas tu turun 37 darjah C. Cukup 6 jam naik balik. Walaupun masuk air, tapi kita tetap kena bagi air untuk minum. Selain itu, doktor bagi ubat antivirus, ubat tahan muntah dan cirit birit. Sebab Qhalif masih muntah dan cirit birit. Selain itu, disebabkan Qhalif ada asma, dia on juga ubat asma. 
4 HARI 3 MALAM DI HOSPITAL
Kami di Avisena 4 hari 3 malam. Sebab doktor nak pastikan kuman Influenza B tu takda dah. Qoid pergi sekolah macam biasa. Alhamdulillah dia sihat. Sepanjang masa tu, Qoid dan Encik Hubby tidur kat rumah. Lynda di hospital. Tapi malam last lepas doktor kata, Qhalif dah ok. Kami tidur ramai-ramai kat hospital. 

KENANGAN MASUK HOSPITAL
Kenanganlah kiranya sebab kami sekeluarga tak pernah lagi warded. Ini kira kali pertama dalam sejarah keluarga selain Lynda lah bersalin kan. Ini pun company bayar. Hehe.. Anak-anak kalau sakit susah hati kan. Tambah pula kalau dia biasa aktif. Tiba-tiba jadi lembik tak bermaya. Kadang-kadang pun kita terlepas pandang tanda-tanda sakit tu. Lepas ni, kena ambil tahu. Syukur Qhalif dah sihat balik. Di samping itu, dorang ni kena selalu suruh minum air. Sebab badan cukup air, Insha Allah mudah nak elak kena demam ke apa ke. Semoga sihat-sihat anak-anak kita. xoxo

Lynda Che Lah

Post a Comment

1 Comments

  1. Skrg ni kena berjaga jaga..kanak2 mudah terkena infuenza

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~