Qoid dan Taekwondo

Assalamualaikum..

Nak besarkan anak-anak zaman sekarang ni tak mudah kan. Dunia gajet lagilah. Dengan internet tanpa had, susah nak didik anak-anak. Dan sebagai ibu bapa, kita nak tengok semua anak kita berjaya. Tak kisah dalam pelajaran dan dalam kehidupan. Jadi, kita sebenarnya kena tengok dan faham kemahuan anak-anak kita.

QOID DAN TAEKWANDO
Sebenarnya, tak pernah terfikir pun nak hantar Qoid ke kelas taekwondo. Tapi, masa dia darjah 1 dua tahun lepas, dia bawa balik borang taekwondo. Kelas taekwondo tu kat sekolah setiap hari Sabtu. Bayaran yuran taekwondo RM40 masa tu. Jadi, kami cuba penuhi permintaan dia. Dia yang nak. Jadi, biar dia cuba dan kita tengok sejauh mana kemampuan dia.

TAEKWONDO MENGAJAR DISIPLIN
Disiplin bermula bilamana dia kena komited hadir ke kelas taekwondo. Setiap Sabtu. Dan Alhamdulillah, dia berminat dan dia suka nak pergi kelas taekwondo tu. Balik, dia tunjuk step. Sampailah grading dan naik tali pinggang kuning-hijau-biru dan kini merah. Masa naik tali pinggang hijau, coach nampak dia ada potensi untuk masuk sparing. Sparing ni, yang berlawan dalam gelanggang tu. Dia pergi kelas sparing setiap Rabu malam dan Sabtu malam. Disediakan untuk bertarung. Disiplin kat sini adalah nak tengok ketahanan dia. Tapi. Qoid tak ready lagi untuk bertarung jadi dia minta skip dulu kelas sparing.

Lepas perbincangan hati ke hati, sebagai Ibu bapa, kita kena tengok kemampuan anak kita. Jangan paksa kalau dorang taknak. Dan tanya atau bawa berbincang. Dengar pendapat dia. Qoid beritahu, Qoid belum ready lagilah Ibu Ayah. Jadi, kami skip dulu kelas sparing. Tapi Alhamdulillah, minat masih ada.

KEJOHANAN TAEKWONDO NEGERI SELANGOR 2019
Qoid masih disiplin teruskan latihan dan pergi kelas. Lama-lama naik tali pinggang. Dalam masa lebih kurang 2 tahunlah juga. Kami bangga juga. Sehinggalah pada bulan September yang lepas, dia bawa balik borang untuk sertai kejohanan. Kami tanya, dah sedia ke. Dia kata Qoid nak cuba. Tapi dia tak masuk sparing tapi masuk Poomsae. Sejenis seni taekwondo. Ok. So, kami support. 
Pagi-pagi dah bangun semua penuh semangat ke Shah Alam. Ramai parents datang nak support anak-anak. Yuran tournament/kejohanan dalam RM50 siap bagi lunch pack. Seronok tengok ramai-ramai ni. Dan yang paling seronok, dapat tengok sesi sparing. Cute je semua dengan helmet, pading, sparing gear bertarung tengah gelanggang. Belum lagi comel takut-takut nak sepak. Ada je hardcore. Tapi takdelah ganas sangat pun. Bila tengok ni, Qoid semangat. Dia kata lepas ni dia nak cuba sparing pula.
POOMSAE TAEKWONDO
Qoid dah tali pinggang merah. Jadi dia dah masuk level senior. Hehe. So, ni giliran dia dan gelanggang. Dorang akan bertarung kalah mati. Kalau markah tinggi level pertama tu, akan terus ke level seterusnya. Dan rezeki Qoid bertahan sampai level kedua je sebab maklumlah pengalaman pertama kan. Tapi coach dah tarik telinga sebab menang saguhati je. Hehe. Qoid pun kecewa sikit sebab kalah tipis. Markah beza 3 mata je. Tapi takpe. Belajar dari kekalahan kan. Semoga lepas ni dapat usaha lebih lagi.

BANTU ANAK CAPAI IMPIAN
Kami taknak atur pun kalau boleh perjalanan hidup mereka. Yang kami akan buat adalah lorongkan, bantu memberi dan membuat pilihan. Jadi, hasil adalah daripada usaha dorang sendiri. Jatuh bangun adalah keputusan pilihan sendiri. Dan Insha Allah, Qoid akan terus ke kelas taekwondo. Sebab dia yang pilih nak masuk taekwondo ni. Ibu Ayah harap sampai ke tali pinggang hitam. 

ELAK DIBULI
Cuma nak kongsi. Qoid beritahu, kawan kat sekolah takde buli dia dah. Sebab dia belajar taekwondo. Kawan-kawan ada yang nampak dia di kelas taekwondo. So, dorang aware Qoid ada seni mempertahankan diri. Cuma takdelah kawan-kawan tu nakal sangat pun. Cuma, dorang takdelah buli Qoid sampai pukul-pukul. Kami pun pesan, jangan gunakan taekwondo untuk buli orang. Tapi rasanya, dalam kelas taekwondo ada ajar disiplin ni. Jadi, sedikit sebanyak ini membantu Qoid ada rasa selamat dan yakin. 

Jadi, banyak sebenarnya cara nak corak anak kita. Kena usaha dan doa. Selebihnya, kita ikut aturan yang Allah lorongkan. Nak mudahkan semua orang. Bantu anak capai apa mereka nak. Sebab dengan cara itu mereka akan usaha dan hargai usaha tu. Doa yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan kita sokong apa mereka nak buat!

Lynda Che Lah

Post a Comment

0 Comments