Suri Rumah Tangga

Assalamualaikum..
Lynda baru je jadi suri rumah tangga balik. Hehe.. Decide berhenti kerja di KL sebab akan dipindahkan ke Pulau Pinang. Selepas perbincangan hati ke hati dengan anak-anak dan suami, tak jadi nak pindah ke sana. Selain tu, kita fikirkan kos nak menetap di sana contohnya urusan sewa rumah, kenderaan dan penjagaan anak-anak. Mana nak tukar sekolah lagi.

Buat sementara ini, buat keputusan, jadi suri rumah sepenuh masa. Sambil tu, mula balik bisnes lasagna dan belajar benda baru. Lynda dah belajar buat kek juga. Sambil-sambil tu, kita tulis blog balik. Benda yang suka nak buat. Masa kerja pejabat tak berkesempatan. Jadi ada masa di rumah ni, kita urus apa yang mampu dan boleh buat.

SURI RUMAH KERJA MULIA
Sebelum berhenti hari tu, jumpa seorang dua pegawai lain. Dia tanya, kenapa berhenti? Cakaplah kan, nak dok rumah jaga anak. Tapi dia cakap, Lynda bodoh! Terkejut juga. Lynda tanya. Kenapa tuan cakap macam tu? Dia jawab. Belajar tinggi-tinggi, mak ayah hantar belajar berhabis duit, sudahnya duduk rumah je. Rugi duit! 
Hei! Terus rasa bengang time tu! Senang-senang je cakap orang bodoh. Tak tahu ke jadi suri rumah, duduk jaga dan didik anak sendiri lagi mulia. Suami balik ada makanan terhidang. Rumah berkemas dan bersih. Sempat nak basuh bilik air. Baju tersusun berlipat. Banyak kalau nak disenaraikan. Dan Insha Allah, ilmu yang kita belajar tu boleh dipraktikkan untuk ajar anak-anak dan share dengan orang lain. Daripada duduk makan gaji, kena marah tak menentu pasal, hujung bulan dapat gaji cukup makan. Rumah bersepah, anak ntah makan ntah tidak.

Ops! Teremosi lebih masa tu. So, kenalah kan kita educate orang macam ni. Luaskan pandangan. Belajar tinggi-tinggi dan teruskan kehidupan adalah 2 benda yang berbeza. 

IBU BEKERJAYA BANTU KELUARGA
Jangan salah faham pula dengan keadaan ibu yang bekerja. Lynda pernah lalui zaman tu. Jadi ibu bekerja kerana tahulah kan. Kos zaman sekarang. Kena dua-dua bekerja. Tapi, kadang-kadang ada masa masak dan tengok kerja sekolah anak-anak. Ada juga masa basuh bilik air. Kira yang bekerja dan tiada pembantu di rumah, memang Superwoman. Mampu bangun awal pagi, masak dulu. Lepas tu drive pergi pejabat. Balik hadap jammed lagi. Lepas tu, uruskan anak-anak. Tak ke banyak tenaga tu. 



SURI RUMAH vs WANITA BEKERJA
Jadi, jangan buat perbandingan. Apa yang kita sebagai wanita buat tak kira sebagai suri rumah atau membantu suami dengan bekerja. Dua-dua membawa manfaat kepada keluarga. Jangan nilai orang kalau kita tak tahu keadaan dia. Buat masa ni, Lynda decide jadi suri rumah dan mana tahu nanti kalau ada peluang boleh kerja semula di pejabat. Setiap orang ada perancangan. Jadi, kita hormat setiap pandangan positif.

RUMAHKU SYURGAKU
Dalam apa jua keadaan, kita kena jadikan rumah kita syurga kita. Kalau penat di pejabat, jangan bawa balik rumah. Tapi kita pun manusia biasa kan. Penat dan stress tu perkara biasa. Jadi, cuba atasi. Kesian kat anak-anak sebab dorang pun ada corak kehidupan yang perlu dorang lalui. Be nice to everybody. Stay positive dan cari kawan berbual terutamanya suami. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita buat untuk keluarga dan orang sekeliling. xoxo

Lynda Che Lah
Fulltime WAHM

Post a Comment

3 Comments

  1. mak ai smp ckp bodoh...tk sepatutnya die ckp gtu...jd surirumah or bekerjaya masing2 ada tanggungjawab kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak. terkejut kita. tapi takpe. mentaliti dia yang kena ubah. semua ada tanggungjawab masing2

      Delete
  2. jadi surirumah ni banyak pahala. menjaga anak, menjaga suami. bukan senang ... orang hanya mampu memperlekehkan je. takpe.. pedulikan diorang...

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~