Cara Tampal Lencana Sekolah

Assalamualaikum..
Dah siap peralatan sekolah anak-anak? Baju sekolah dah beli? Alhamdulillah, Lynda dah selesai semua. Tinggal nak bayar yuran untuk pra sekolah Qhalif dan yuran lain-lain abang Qoid. Buku sekolah untuk Tahun 4 pun dah siap beli. Kasut pun.

Baju sekolah dah beli juga. Tapi kali ni beli sepasang je dulu. Sebab sekolah Qoid kerap pakai baju sukan dan baju beruniform. Kebetulan baju sekolah yang lama masih baru sebab beli pertengahan  tahun sekolah. Lynda memang macam ni. Hujung tahun nak mula sekolah, beli sepasang dulu. Kasut pun. Nanti dalam pertengahan tahun beli lagi sepasang. Sebab anak-anak membesar. Jadi yang pertengahan tahun lepas tu masih elok dan boleh dipakai. Kira adalah 2 pasang untuk sesi awal persekolahan.

Lepas beli baju sekolah, tugas utama ibu-ibu ini adalah untuk tampal lencana atau jahit lencana sekolah. Ini termasuk lencana dan tanda nama sekolah. Tapikan, setiap tahun macam confuse nak jahit macam mana. Dah tu setahun sekali 2 je jahit lencana tu kan. Lepas tu confuse, kejap nama di atas lencana, kejap lencana di atas nama. Setiap tahun fikir masalah sama. Haha.. Padahal tampal lencana je kot kan.

CARA TAMPAL LENCANA SEKOLAH
Tular pula ada peraturan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Puaslah godek di website rasmi KPM, takda pula keluar pekeliling atau cara tampal lencana sekolah. Yang ada surat pekeliling pakaian seragam murid sekolah. Itupun pindaan tahun 1993. Boleh baca <DI SINI>. Ini bermakna, tiada cara khusus untuk tampal atau jahit lencana sekolah. Bergantung kepada pihak sekolah untuk menetapkan pemasangan lencana dan tanda nama di baju seragam murid-murid sekolah. Dan tidak menjadi satu kesalahan pun untuk jahit yang mana atas mana bawah. Dan pastikan kemas dan ada 2 tanda nama dan lencana.
Jadi terpulang nak letak macam mana. Nak ikut cara di atas pun takde masalah, nak letak nama di atas lencana sekolah pun tiada masalah. Yang masalah, bila tak tampal langsung. Bukan apa, lencana sekolah penting. Sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan sewaktu di luar sekolah, pihak berkaitan boleh mengenalpasti pelajar itu daripada sekolah mana dan mendapatkan maklumat keluarga. 

TAMPAL LENCANA GUNA GAM UHU ATAU JAHIT?
Ada juga yang share, nak senang tampal lencana pakai gam UHU dan iron terus. Lynda buat kaedah ini tahun sebelum ini. Tapi bila baju kerap basuh, lama-lama bila nak gosok baju tu, lencana ini mengerengkot dan berpintal. Sambil gosok tu tersangkut bila kena lencana atau tanda nama. Jadi, pada Lynda baik jahit dengan kemas. Kalau basuh pun tak mengerengkot dan terletak kemas. Kalau rajin jahit sendiri, kalau tak sempat boleh je minta mana-mana tukang jahit jahitkan. Kemas je. Tapi terpulang pada ibu-ibu nak jahit macam mana. 

Setakat hari ini, walaupun kedudukan lencana dan tanda nama anak-anak Lynda berlainan dengan murid yang lain, tapi tiada pula sebarang tindakan diambil kepada mereka. Terpulang pada peraturan sekolah. Kalau sekolah keluarkan panduan menjahit lencana berdasarkan peraturan kecil sekolah sebab nak seragam semua murid sekolah itu, kita ikutla ye. Ini cara Lynda jahit. Kemas dan nampak eloklah macam ni. Haha.. Mata mak-mak kan.

Selamat kembali ke sekolah anak-anak. Selamat kembali berperang ibu-ibu. Cuti sekolah pun perang juga kan.. hehe.. Tapi nanti dorang dah sekolah, rindu pula ada orang kat rumah. Biasalah tu kan. Semoga Allah mudahkan anak-anak kita belajar menimba ilmu dan semoga dilindungi sepanjang di sekolah dan perjalanan. Untuk kita juga, bersedia mental dan fizikal untuk kembali mengurus anak sekolah. All the best Ibu-Ibu! xoxo

Lynda Che Lah



Post a comment

0 Comments