11 December 2019

, , ,

Makan di Eid Authentic Korean Restaurant, Damansara Perdana ~ Restoren Korea Halal di Malaysia

Assalamualaikum..

Annyeong! Ha... gituuuuuu.. Kerana Running Man dan TVN Movies, kami sekeluarga dah minat makan makanan Korea. Qoid dengan Ramen, Qhalif masih setia dengan ayam goreng, Lynda suka makan Bimbibap dan Encik Hubby dia suka semua. Hahaha.. Suka tgk Youn Kitchen kalau masak tu. Aduhai. Meleleh air liur.

Nak cari restoren makanan Korea halal agak mudah di Malaysia. Tapi dari segi rasa tu kadang-kadang tak menepati citarasa. Nak makan makanan macam yang dimasak di Korea. Nak pergi Korea tu taktaulah bila kan. 

EID AUTHENTIC KOREAN RESTAURANT
Tapi ada satu restoren ni dimiliki oleh pasangan Korea Muslim. Sebenarnya, mereka dah buka restoren di Itaewon, Korea. Dan memandangkan pasaran makanan Korea agak besar, mereka pun buka cawangan di Malaysia. Sebelum ni, cawangan pertama dibuka di Bangi Sentral. Jauhlah nak pergi. Dan terbaru, Eid Authentic Korean telah dibuka di Damansara Perdana. Kira dekat sikitlah Klang nak pergi Damansara kan. Cumanya kalau pergi siang hari, parking agak susah. Kena parking jauh atau double park. Kami hari itu, ada rezeki dapat parking depan restoren je. So, kalau korang nak pergi, sila pergi selepas waktu pejabat.



Restoren ini merupakan restoren makanan Korea dengan sijil halal daripada JAKIM. Restoren lain tu ada sijil juga atau masih dalam proses memohon sijil. Tapi ini restoren milik orang Korea yang diberikan sijil Halal JAKIM. Jadi boleh makan dengan senang hati.
Kalau korang follow IG Eid ni kat sini <eid.korea.my>, mesti tertarik dan terliur dengan Mukbang yang owner dia selalu upload. Tak tahan rasanya nak try setiap makanan yang disediakan.

MAKANAN KOREA HALAL
Yang paling Lynda suka adalah Bulgogi Bimbibap. Entah kenapa. Sebab suka makan nasi dan sayur agaknya. So, kombinasi Bimbibap ni dah cukup untuk Lynda. Qoid suka makan ramen. Terliur agaknya tengok Running Man makan ramen selalu. Slurp..slurp gitu kan. Qhalif pula memang peminat setia ayam goreng. Kiranya, datang ke Eid ini lengkap semua menu untuk 1 keluarga. Tak payah pening nak makan apa. Semua ada. Dari yang paling simple, sampai ke paling komplikated. Nasi ada, ayam goreng ada, mee ada. Dan setiap menu akan diberikan Bachan (side menu). Dan sedap semuanya.





Selain makanan yang best, minuman yang disediakan pun refreshing. Lynda suka minum green tea sejuk. Lynda bila minum teh sakit perut angin kan tapi minum green tea ok je. So, fresh dan lega minum lepas perut penuh makan Bulgogi Bimbibap. Portion kat sini sangat banyak ye. Kenyang. Layanan memuaskan. Mungkin sebab waktu makan tengah hari. Tak ramai sangat.

BACA JUGA <Sushi Halal>

Kalau korang terliur tengok makanan korea dalam KDrama tu, bolehlah singgah di Eid Authentic Korean Restaurant ni, Memang hidangan Korea yang macam kita tengok itulah. Dari segi rasa dan seni persembahan. Biasa juga makan di Doboyu atau Myeondong tapi ni memang makanan authentic. Memang original Korea habis. 

HARGA MENU EID KOREAN RESTAURANT
Lynda share kan kat sini harga makanan yang kami makan hari tu. Dengan portion yang banyak dan sedap, harga adalah berpatutan. Ramen tu harga RM14.90. Berbaloi dengan telur dan dumpling. Banyak ye dumpling dalam Ramen tu. Honey Fried Chicken tu ada 10 ketul ye untuk harga tu. Lagi banyak daripada Kyochon. Ehhhh... Hahaha.. So, berbaloi atau tak. Korang kena cuba sendiri. Memang Authentic! xoxo


Cawangan dan nombor telefon Eid untuk tempahan :

Itaewon, Korea
Bangi Sentral (03-8912 4079)
Seremban Gateaway (06-7606 498)
Damansara Perdana (03-7491 3158)

Waktu Operasi :
Setiap hari 
11.00 pagi - 11.30 malam

Lynda Che Lah


0 Comments:

Post a comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~