Pengalaman Bercuti di Doubletree by Hilton, Penang

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak review hotel sebab takde kesempatan pun pergi menginap. Tapi ada rezeki lebih sikit masa kena bertugas di Penang, bawa anak-anak jalan-jalan Penang. Penang kan syurga makanan. Nasi kandar, laksa, rojak pasembor, jeruk madu, semualah. Tapi walaupun dah banyak kali pergi Penang, masih tak dapat cover semua makanan best kat Penang. Tu maknanya apa? Kena pergi Penang lagi..hehehe..

BATU FERRINGHI PULAU PINANG
Kawasan Batu Ferringhi ni sebenarnya terletak di sebelah laut. Jadi, kalau nak menginap di kawasan ini memang seronok sebab dekat dengan pantai dan laut. Kalau kawasan Georgetown pun ada laut kat Gurney Drive Tanjung Tokong tu kan. Tapi tak boleh mandi. Tapi kalau nak makan sedap-sedap, kena duduk di kawasan Georgetown. Maksudnya, kawasan bandar. Tapi boleh je nak duduk di Batu Ferringhi tapi makan kat Georgetown tapi jauh lah sikit. Perjalanan dalam setengah jam. Tapi ada satu tempat makan laksa best kat Batu Ferringhi ni. Kat Miami Beach. Tu sebab kali ni, Lynda pilih menginap di Batu Ferringhi. Dan hotel pilihan adalah Doubletree by Hilton, Penang.

DOUBLETREE BY HILTON PENANG
Hotel ini adalah antara cawangan hotel untuk rangkaian Hilton Hotel. Harga? Berbaloi dengan servis yang dapat. Tak sangka pula dapat servis yang paling best kat sini. Teruskan membaca.. Hehe..
Doubletree by Hilton Penang terletak di Batu Ferringhi dekat dengan Miami Beach. Hotel ni terletak di sebelah kiri kalau kita datang dari Georgetown. Ada jejantas khas untuk melintas menuju ke arah Miami Beach. Kalau pantai Batu Ferringhi dalam kira-kira 5 minit dari sini.



Harga Lynda check in hari tu lebih kurang RM240.00 semalam. Murahkan? Pada Lynda harga ini reasonable dengan nama Hilton itu sendiri. Hospitality dan servis tak payah cakaplah. Tiptop. Di receptionist, macam biasa ada welcome drink dan signature Doubletree by Hilton iaitu cookies. Memang budak-budak sukalah ni. Dan reception akan tanya, nak letak deposit tak? Kita boleh pilih untuk letak deposit RM100. Ini akan digunakan untuk room dining ke atau apa sahaja yang kita nak gunakan. Tapi kalau taknak pun, takpe. Ini bagus juga. Sebab kadang-kadang during check in kita takde cash kan. So, menarik.

LOBBY DOUBLETREE BY HILTON PENANG
 
Lobby seluas mata memandang. Terang dan selesa. Bebas nak duduk dan di sini ada coffee house dan hidangan teh atau kopi dan sedikit kudapan. Kalau memang suka lepak-lepak duduk ambil angin. Boleh duduk sini sambil minum teh atau kopi. Ini disediakan percuma untuk pelanggan hotel.  Dan parking disediakan. Ok jom kita masuk bilik.

BILIK DI DOUBLETREE BY HILTON PENANG
Bilik yang Lynda pilih ni Twin Deluxe Room (Seaview). Semua bilik di Doubletree menghadap laut. Ada 2 katil supersingle dan dan sofa. Ada kelengkapan biasa macam minibar, peti ais, jubah mandi, TV with Astro channel, shower, iron board dan peti keselamatan. Bilik kedap bunyi. Maksudnya, tak dengarlah orang lalu di walkway. Tenang. Bilik ni takde balkoni. Tapi ada tingkap menghadap laut. Buka langsir luas-luas boleh tengok laut saujana mata memandang. 
 
 
 
 

AKTIVITI DI DOUBLETREE BY HILTON PENANG
Macam biasa, anak-anak ni yang pertama dorang tuju adalah swimming pool. Ada 2 swimming pool. Iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Yang kanak-kanak punya menarik sebab macam pantai. Lantai dipenuhi pasir laut dan ada gelungsur semburan air. Anak-anak seronoklah kan macam ni. Memandangkan pantai di Miami Beach di seberang jalan, boleh anak-anak rasai suasana mandi laut dengan selamat kat sini.

KIDS ROOM DI DOUBLETREE BY HILTON
Bersebelahan dengan kolam renang, terletak Kids Room. Yang best sangat Kids Room ni adalah, kita tinggalkan saja anak-anak kat sini. Ada helper yang akan bantu tengokkan anak-anak dan ada aktiviti. Ibu Ayah bolehlah dating sekejap ke. Nak makan dengan tenang ke.. Haha. Nak candle light dinner pun boleh. Sesuai sangat. Sebab Kids Room ni pun, Ibu Ayah tunggu kat luar je. Tapi sesuai untuk kanak-kanak usia 4 tahun ke atas. Sebab banyak aktiviti dorang buat. Macam mewarna, menyanyi. Kami hari tu, tinggalkan je dua beradik kat situ sambil makan breakfast dalam bilik. Room dining gitu. Dan harga room dining adalah berpatutan. Korang boleh tolak deposit yang korang bayar jika ada. Kalau tak bayar je cash. Ok, gambar Kids Room takde sebab Encik Hubby drop je dorang kat situ lepas tu lupa nak snap gambar. Yang ada gambar breakfast in the room.

BACA JUGA <Bercuti Di The Royale Bintang Seremban

HILTON HONORS
Secara automatik, bila kita menginap di hotel kepunyaan Hilton, kita akan terus dapat point yang boleh digunakan untuk bilik-bilik di Hilton. Lynda diberikan 1 akaun Hilton Honors dan kita boleh redeem point bila nak menginap di mana-mana hotel Hilton nanti. Dan boleh juga dapat special discount kalau tempah melalui apps atau member area. Selain kelebihan itu adalah Wifi percuma dan kita boleh pilih nak upgrade bilik ke. Tapi review ikhlas, memang best sangat menginap di Doubletree by Hilton ini disebabkan oleh servis dan kemudahan yang disediakan. Berbaloi dengan harga yang tak mahal pun kan. Selesa dan rasa macam tak cukup semalam di sini. 

So, kalau cuti sekolah ini masih berkira-kira untuk bercuti, boleh pilih bercuti ke Doubletree by Hilton Penang atau rangkaian hotel Doubletree yang lain. Tapi macam Lynda cakap. Penang ni kena pergi berulang kali. Kalau dah pernah makan nasi kandar Kg Melayu, kena try makan nasi kandar Hamediyyah pula. Kalau nak buat semua benda dalam 2-3 hari memang tak sempat. Nampaknya kena pergi lagi Penang ni. Dan semestinya akan datang balik ke Doubletree by Hilton ni. xoxo

Lynda Che Lah

Post a Comment

1 Comments

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~