Tips Kejut Anak Bangun Pagi

Assalamualaikum...
Sekolah dah bermula. Apa yang paling susah mula-mula? Bangun pagi! Bukannya apa, masa cuti sekolah. Memang syoklah kan bangun lambat. Lepas solat Subuh anak-anak boleh sambung tidur balik. Macam Qoid kalau dia sambung tidur tu kalau tak dikejut boleh sampai pukul 12 tengah hari. Haha.. Lambatkan bangun. Jadi, masa cuti sekolah memang ada kelonggaran. Tambahan pula malam pun tidur lambat.



Tapi bila dah mula bersekolah ini, memang kena tidur dan bangun awal. Lynda nak share cara atau tips kejut anak bangun pagi. Terpulang ibu-ibu lain pun ada cara lain kan. Tapi ini yang Lynda buat selain membebel. Hahaha.. Ibu-ibu gifted benda ini. Takleh elak.

TIPS KEJUT ANAK BANGUN PAGI

1. Tidur awal
Kalau nak bangun awal mestilah tidur awal kan. Jadi, Lynda akan pastikan Qoid dan Qhalif tidur seawal pukul 9.30 malam. Kanak-kanak ini tidur kena sekurang-kurangnya 7-8 jam untuk memastikan mereka cukup tidur. Mesti pastikan mereka masuk ke dalam bilik jam 9.30 malam. Sambil itu, boraklah apalah. Untuk pastikan mereka dah bersedia untuk tidur.

2. Set Alarm
Anak-anak ini akan disiplin bila ada alarm. Dua-dua ada handphone sendiri. Jadi, Lynda minta mereka set alarm sendiri. Alarm bermula pukul 6.00 pagi dan seterusnya 6.15 pagi. Tempoh snooze tu 5 minit je. Selalu Lynda biarkan mereka bangun sendiri dan tengok alarm. Macam kitalah orang dewasa. Set alarm pun ada banyak kali snooze kan. Takdalah nak terus bangun. Jadi, latih mereka. Tapi jangan snooze lama-lama.

3. Buka Lampu
Selepas alarm yang pertama selalunya Lynda akan buka lampu. Ada ibu-ibu yang brutal sikit, tutup kipas terus. Hahah..siapa macam itu baik mengaku! Tapi itu adalah antara small gesture untuk pastikan mereka sebenarnya dah bangun. Cuma ambil sweet time sikit. Bermalas-malasan menghilangkan mengantuk.

4. Kejut dengan pegang ibu jari kaki
Tips ini Lynda tak ingat baca di mana. Nak mudah kejut anak bangun pagi kita boleh pegang dengan lembut ibu jari kaki. Dan sambil tu goyang-goyangkan. Panggil nama anak. Bagi salam. Jadi, kita ada buat sentuhan terus untuk sedarkan dia. Konsep sama macam goyangkan badan dia. Tapi ini dengan cara yang lebih lembut.

5. Mandi Air Suam
Qhalif rajin bangun awal. Tapi ada mood juga. Kadang-kadang bangun menangis. Nak pujuk senang je. Bagi dia mandi air suam. Berlama-lama dalam bilik air. Bagi dia selesa. Insha Allah nanti dia segar balik. Lepas tu elok je pakai baju dan tengok TV sementara tunggu abang.


6. Kepentingan Solat Subuh
Solat Subuh kan pendek. Jadi, malam sebelum tidur, Lynda akan cakap dengan Qoid, kena bangun awal nak solat Subuh. Bagi usia macam Qoid, dia dah faham. Lama-lama, dia set yang dia perlu bangun awal untuk solat Subuh. Sebab kalau dah 10 tahun tak solat boleh kena rotan. :)

7. Motivasikan Anak
Sebelum tidur, kita share perkara best yang akan berlaku di sekolah keesokkan harinya. Jadi, anak-anak ini akan set nak bangun awal sebab nak pergi sekolah. Misalnya, beritahu dia, bestnya datang sekolah awal. Boleh main dulu. Boleh sarapan dulu. Boleh jumpa kawan awal. Jadi, motivasi awal dari sebelah malam boleh buat mereka bersemangat nak bangun awal. Ini yang Lynda buat untuk Qoid dan Qhalif.

Kalau boleh, memang cuba elakkan marah-marah atau membebel. Sebab kesiankan, bangun je pagi kena bebel. So, kita pun mudahkan hal lain. Contohnya, siapkan beg sekolah dan kasut sekolah lebih awal. Gosok baju lebih awal. Siapkan sarapan dan duit belanja lebih awal. Kalau semua dibuat mengikut perancangan, Insha Allah semua mudah. Kita pun bersedia dan tak letih. All the best mommies. Semoga anak-anak kita mudah bangun pagi dan segar ke sekolah. xoxo

Lynda Che Lah

Post a Comment

7 Comments

  1. bagusnya cara lynda didik anak bangun pagi. IQ tiap2 pagi jenuh nak kejutkan qaid bangun pagi....liat betul nak bangun..hihi...bley cuba cra lynda ni nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaid kecik lagi. Tapi dah boleh itu latih IQ. Insha Allah lama-lama biasa.

      Delete
  2. bagus tips ni. anak saya agak susah bangun pagi. tapi so far, kalau hari sekolah dia boleh bangun tanpa ada drama- drama, cuma liat sikit nak bangun tu. hehe.. biasalah alasannya mengantuk =)). So, bolehlah saya guna tips yang lynda share ni. tq ya

    ReplyDelete
  3. part bukak lampu tu jarang buat,. tp kalau mama buat, memang depa dah tahu mama dalam mood tak betul ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sebab kalau tak buka lampu, lagi layan dorang tido..hehehe

      Delete
  4. waalaikumussalam. terima kasih kongsi. inshaAllah banyak jugak tips yg boleh diikut ^_^

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~