Pengalaman Join AKPK ~ Program Pengurusan Kredit

Assalamualaikum..
Korang pernah dengar tentang AKPK? Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit. Dengar nama ini rasa macam, dah tahap kronik hutang piutang kita. Padahal bukan. AKPK membantu kita menguruskan hutang. Orang yang tak kronik hutang dia pun boleh ke AKPK. Macam Lynda dan Encik Hubby, kami kan dah resign daripada kerajaan. Jadi sekarang bekerja sendiri dan bekerja di syarikat swasta. Jadi, kami nak uruskan hutang dengan cara paling baik.

Uruskan Hutang Dengan AKPK.
AKPK ini Lynda dah dengar dari zaman bekerja kerajaan lagi. AKPK pernah bagi talk pasal pengurusan kewangan dan hutang. Biasalah pegawai kerajaan. Macam-macam hutang ada. Hutang rumah, kereta, personal loan, hutang kad kredit. Bukan pegawai kerajaan je kan. Yang lain pun sama. Jadi, AKPK membantu kita menguruskan hutang.

Daftar Program DMP
Untuk menguruskan hutang piutang ni, kami suami isteri decide pergi dapatkan bantuan pegawai AKPK. Waktu tu, kami ke cawangan AKPK di Bank Mualamat PKNS Shah Alam. Tak perlu temujanji, tapi akan ikut giliran. Lynda buat tahun lepas bulan November.

Apa yang perlu kita bawa adalah, IC dan salinan penyata gaji. Jika bekerja sendiri, kena surat akuan sumpah. Jumpa je pesuruhjaya sumpah minta pengesahan pendapatan korang. Tapi masa jumpa pegawai AKPK di Bank Mualamat tu, kami tak sediakan dokumen lagi. Sebab kita perlukan kaunseling dahulu dan buat sebarang pertanyaan.
Lepas jumpa pegawai, dengar dia punya pendapat. Kita akan diberi checklist dan cara memohon. Nak mohon kena buat online sebab nak buat temujanji. Apa yang perlu disediakan untuk memohon program DMP (Debt Management Program/Program Pengurusan Kredit) adalah :
  1. Salinan IC
  2. Salinan penyata gaji/Surat Akuan Bersumpah (Bekerja Sendiri)
  3. Laporan CCRIS (perlu print di AKPK)
  4. Penyata akaun setiap pinjaman (kena dapatkan daripada bank dll)
Bila dah sediakan semua ini. Korang kena masuk website AKPK di sini >AKPK DMP<. Nanti korang akan diberikan tatacara untuk memohon program ini. Melalui website, korang akan diberi tarikh perjumpaan dengan pegawai AKPK untuk menguruskan hutang.

Buat AKPK Tak Boleh Buat Loan?
Yang selalu dengar pasal AKPK adalah, lepas sign in dengan AKPK, korang takleh buat loan. Korang kononnya di senarai hitam atau blacklist. Bukan blacklist pun. Tapi pihak bank atau pemberi pinjaman tidak akan meluluskan sebarang permohonan pinjaman sebab kita dalam program pengurusan hutang. Bukan blacklist. Tapi dalam tempoh itu, tak boleh buat loan. Cuma lepas habis je semua yang kita bayar dalam program AKPK. kita dah boleh buat loan balik contohnya untuk loan rumah dan kereta. Tiada istilah blacklist kalau join AKPK.

Program AKPK ni sehingga 10 tahun sahaja. Lepas dapat tarikh temujanji yang kita apply online tu, (biasanya dalam tempoh 3-5 hari) kita akan jumpa pegawai AKPK. Tujuan apply online adalah untuk beri AKPK masa menyemak dengan bank-bank terlibat yang kita buat pinjaman. Bank-bank ini akan reveal berapa jumlah pinjaman dan settlement. Kami hari tu ke Ibu Pejabat AKPK di Maju Junction. Sebab hanya di situ buka hari Sabtu.

Pegawai AKPK akan semak semua dokumen yang kita bawa dan semak status yang bank jawab pada mereka. Selepas tu, akan ada perbincangan antara kita dan pegawai AKPK. Kiraan bayaran balik hutang adalah separuh daripada jumlah kita bayar. Maksudnya, kalau sebelum ni kita bayar RM1000, dengan program DMP kita akan bayar RM500. Pegawai AKPK yang akan buat kiraan ini. Kita setuju, dia akan take note.



Kekal dengan Program DMP
Bila kita dah setuju dengan setiap kiraan dan kaunseling pegawai AKPK, kita akan diberitahu berapa jumlah kita perlu bayar kepada AKPK. AKPK akan salurkan bayaran berkenaan kepada bank-bank terlibat. Kira kita bayar kepada satu pihak sahaja. Dan kita kena kekal dengan program ini selama 10 tahun atau bergantung pada tempoh yang korang persetujui. Bayaran kepada AKPK adalah hujung bulan atau selewatnya 7 haribulan bulan akan datang melalui perbankan internet (Maybank2u dll.) 

Kalau kita ingkar, kita akan terkeluar daripada program dan kena bayar balik secara penuh kepada bank terlibat. Mesti taknak kan bayar balik RM1000. Jadi di sini AKPK bantu kita uruskan hutang kita. Duit yang terlebih tu, bolehlah kita buat benda lain atau menyimpan.

Apa yang best dengan Program DMP?
Ini soalan yang kami tanya dan kami dapat jawapan sendiri. Pertama, lepas kita join program DMP, tiada bank atau pemberi pinjaman (Aeon Credit) boleh call kita untuk minta hutang. Mereka tidak boleh sama sekali menghubungi kita untuk kutip hutang. Jadi, dah kurang 1 stress bulan-bulan. Takde terima sebarang call. Aman kan.

Keduanya, tiada sebarang pihak boleh menawarkan bentuk pinjaman atau kad kredit. Kata nak bebas hutang kan. So, takyah buat hutang baru lagi. Tak payah pakai kad kredit. Kad kredit yang kita pakai dan dihantar ke AKPK akan diblock dari membuat sebarang urusan atau pembelian. Memang tak boleh pakai langsung. Maknanya bagus. Tak payah fikir bayaran minimum atau gatal tangan swipe kad kredit. Hehe... Kalau di shopping mall, kena approach dengan sale person kad kredit, korang jawab je, I under AKPK. Automatically, dorang akan berundur tanpa berkata apa-apa lagi. hahaha.. Ini paling best sebab dorang takkan ikut kita lagi.

Ketiganya, kalau sebelum ini hutang RM2-3k setiap bulan, kita akan dapat separuh. Penjimatan. Duit selebihnya itu boleh simpan dan digunakan untuk membantu menjana ekonomi negara. Lebih tenang dan selesa.

Keempat, bayar hanya pada satu agensi iaitu AKPK. Sekali bayar je dan AKPK akan uruskan. Tak perlu lagi buat transaction banyak-banyak. Dan yang penting, kita takkan tertinggal hutang tu. Confirm bayar. Takde lagi tertunggak.

Ini antara pengalaman yang Lynda dapat bila join AKPK. Tahun 2020 ni memang perlu kita atur apa yang patut. Terutama dari segi kewangan. Pengalaman AKPK ini memang banyak mengajar bahawa, kita kena cari kesenangan dan kemudahan uruskan kewangan.



Lepas Habis Program DMP
Lepas habis program DMP, korang akan bebas hutang. Dan kalau terasa ada hati nak buat hutang balik, contohnya beli kereta dah boleh. Cooling period lepas tamat DMP adalah 3-6 bulan bergantung kepada record CCRIS. Jadi, bila CCRIS korang dah cantik balik, bank akan bagi korang buat pinjaman. Tapi kalau Lynda, memang takde lah nak buat hutang balik. Pening kot.

Hutang kereta dan rumah boleh buat DMP tapi cara kiraan tak sama macam kiraan hutang kad kredit, personal loan dan motosikal. Jadi, penting untuk kita dapatkan khidmat nasihat AKPK. Susah sikit nak buat DMP kereta dan rumah sebab perlu dapatkan persetujuan bank. Tapi, apa-apapun, dapatkan khidmat nasihat.

Pergi AKPK kira Bankrap?
Jangan malu nak pergi AKPK. Kalau malu sendiri yang susah. Jangan dengar cakap orang, pergi AKPK muflis atau bankrap. Itu silap. Kalau korang tak pergi AKPK segera, korang boleh bankrap. AKPK membantu menguruskan hutang mengikut kemampuan kita. Supaya kita tak bankrap. Kalau bankrap susah. Jadi, uruskan hutang dengan cara yang betul dan AKPK boleh bantu.

Cuma, program DMP AKPK ni sesuai untuk mereka yang memang nak setel down semua hutang. Dah ada rumah, kereta dan keperluan. Bagi yang ada niat nak beli kereta ke rumah ke, kalau join DMP akan sekat korang daripada buat loan. Jadi, buat pilihan yang bijak bersesuaian dengan korang. Macam Lynda dan Encik Hubby, memang nak setel down. So, kami decide dengan program DMP. Jadi, fikir, rancang dan dapatkan nasihat. Segala khidmat nasihat AKPK adalah percuma. xoxo

Info lanjut :
Agensi Kawalan dan Pengurusan Kredit (AKPK)

AKPK Infoline
03-2616 7766


Lynda Che Lah

Post a comment

2 Comments

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~