Nak Buat Apa Lepas Habis PKP?

Assalamualaikum..

Dah masuk pertengahan 2021 dah ni. Sekejap je kan kita lalui 2021 dengan pandemic Covid 19. Blog ini pun dah lama tak berupdate. Sibuk dengan kerja baru. Hehe. Lagipun, sibuk juga dengan anak-anak PDPR di rumah. Tapi ramai yang tanya, takda new post ke? Insha Allah, nak buat comeback lah ni.

Pandemik Covid 19 memang menguji kita semua kan. Siapa sangka, banyak yang dah tak boleh buat sekarang. Nak pergi masjid tak boleh, bawa anak ke taman permainan tak boleh. Nak kerja di pejabat dengan kawan-kawan tak boleh. Nak pergi holiday duduk hotel pun tak boleh. Semua tak boleh. Dah hampir setahun macam ni. Dugaan Allah betul. Tak pernah terlintas kan jadi macam ni. Tak pernah juga nak hargai, peluang yang selama ini kita dapat. Bila dah takda macam ni, baru kita terfikir, bestnya dapat hidup bebas, boleh pergi mana kita suka. Betul-betul Allah uji ni. Tapi walau macam manapun, kekal jaga SOP dan pastikan dah daftar untuk dapatkan vaksin ok. Kita ikhtiar dan sesungguhnya semua dengan izin Allah juga.

APA KORANG NAK BUAT LEPAS COVID HABIS?

Sejak kebelakangan ini, kat Facebook share tentang apa yang korang nak buat lepas Covid 19 hilang dari muka bumi? Atau paling dekat dengan kita adalah, apa benda pertama korang nak buat lepas habis PKP, PKPB, PKPP? Semua jawab nak holiday! Lynda pun! Nak pergi holiday. Nak spend time dengan anak-anak. Masa inilah baru rasa, bestnya holiday. Tidur kat hotel atau homestay, order room service. Jom doa banyak-banyak supaya kita dapat balik buat semua itu.

Industri hotel memang terkesan kan. Sedih je tengok ada hotel yang terpaksa tutup, terpaksa buat food delivery service. Malah ada hotel yang buat jualan murah baucer penginapan. Tarikh penginapan pula sehingga tahun 2022. Maknanya, lambat lagi baucer tu luput. Harga pun murah daripada biasa. Semuanya demi kelangsungan perniagaan mereka. Memang semua orang terkesan. Kita nak bercuti atau beli baucer pun masih terfikir-fikir, boleh ke pergi. Bila nak tamat semua ini.

Paling kesian, anak-anak. Dorang bukan faham pun kan. Kenapa tak boleh pergi hotel ibu? Kenapa tak boleh mandi swimming pool? Kalau dapat mandi pun kenapa sekejap je? Ini semua demi menjaga SOP dan kesihatan umum. Memang berubah teruslah kan kehidupan kita. Tapi Insha Allah, tak lama lagi, bila dah dapat capai imuniti berkelompok, dan jumlah kes positif Covid 19 tak sebanyak sekarang, kita dapat hidup normal balik.

JOM BERCUTI DEKAT-DEKAT JE!

Cuma lepas ni, mungkin nak bercuti kita boleh bercuti dalam kawasan tempat tinggal kita. Maksudnya, tak keluar jauh sangat. Macam Lynda tinggal di Selangor, tempat terdekat adalah Selangor atau Kuala Lumpur. Dan Lynda prefer staycation KL je. Sebab apa? Sebab hotel KL boleh dapat rooftop swimming pool dan tengok Menara KL atau KLCC secara dekat. Selain itu, hotel kat KL ni high security. Maknanya, kalau dah memang kita menginap di situ, kita akan dapat access ke semua floor dan enjoy semua kemudahan dorang. Nak makan, order je Grabfood sebab banyak tempat makan menarik di KL. Yang penting, dekat dengan rumah, tak payah bayar tol. Hehehe.. Insha Allah, lepas PKP dan dah boleh bercuti atau staycation nanti, nak book hotel di KL je. Untuk anak-anak enjoy.

Selain bercuti dekat-dekat je, kita boleh pilih nak bercuti secara private. Dapat private room with swimming pool. Korang mesti dah boleh bayangkan nak pergi mana? Orang Negeri Sembilan mesti seronok sebab dekat je ngan dorang. Untuk orang KL, Selangor pun dekat je. Pilihan bercuti secara private ni mestilah Lynda nak ke Grand Lexis Port Dickson. Bercuti dengan cara private ni selain menjaga privasi dapat mengurangkan risiko kita berkumpul di swimming pool ramai-ramai kan. Selain tu, anak-anak boleh bermain puas-puas. Terjaga SOP. Rindu PD juga sebab rasa lamanya tak pergi PD.

BERCUTI DI PULAU PERSENDIRIAN

Bagi korang yang tak suka bercuti di persekitaran moden atau bandar, boleh pilih ke pulau persendirian. Bukan Maldives eh. Hehe. Lynda pun suka pulau. Pantai yang cantik, pasir putih mulus, air biru. Dan yang penting agak terpencil. Insha Allah tak ramai orang juga. Next destination kalau dapat bercuti nanti nak pergi Pangkor Laut Resort. Naik bot redah lautan dan sampai di private island di Pangkor ni. Kat sini kena sedia belanja lebih sikit. Sebab nak full board kan. Makan, mandi laut dan swimming pool. Pergi snorkeling. Qoid dan Qhalif dah pandai snorkeling. Jadi memang pulau pun akan jadi pilihan nanti. Rindunya bau laut. Angin laut. Doa banyak-banyak jom.

Banyak sebenarnya benda yang kita nak buatkan. Masa macam inilah baru kita hargai masa yang kita ada dulu. Masa senang dengan keluarga. Sekarang nak jalan pergi mall pun tak dapat. Nak pergi tasik bawa anak jogging dan berbasikal pun tak boleh. Sekarang ni cuma berharap semuanya akan kembali normal. Cuma dalam masa yang sama ini juga, kita kena saling menjaga SOP dan jaga keluarga serta orang sekeliling. Kalau tak sihat, pergi ke klinik dan pastikan kuarantin diri. Semoga kita semua dapat melalui pandemik ini sekali lagi dan kali ni berjaya kembali normal. Stay safe korang. Xoxo

 Lynda Che Lah


Post a Comment

1 Comments

  1. Sampai tahun-tahun akan datang pun Covid je memanjang. Tak tahulah bila nak bebas.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~