Bantuan Banjir Kerajaan

Assalamualaikum..

Macam yang Lynda share kat FB dan IG, kami antara keluarga yang terkesan dengan bencana banjir besar 2021 yang terjadi 18 Disember lepas. Bencana banjir ni pun sesuatu yang tak dijangka akan berlaku di Lembah Klang. Kiranya kerajaan Malaysia pun terkejut kot. Hahaha..

Cuma baru-baru ni Perdana Menteri dah umum akan salurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di seluruh Malaysia. Bantuan adalah berbentuk wang tunai, pinjaman dan rebat.

📌 Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa. (Disalurkan melalui Ketua Kampung/ADUN)
📌 Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

📌
Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah. (Bentuk pinjaman melalui BSN)
📌
Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir. (Dalam bentuk baucer untuk digunakan secara fizikal di Kedai Perabot atau melalui Online seperti Lazada/Shopee)

📌
Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember 2021. (Tunggu bil Januari 2022 untuk tengok dapat rebat ke tak)
📌
Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan.
📌
Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir. (Bentuk baucer)


Kesemua bantuan ni, kita tak payah mohon pun. Permohonan dan bantuan akan diuruskan oleh Ketua Kampung. ADUN atau Ketua Komuniti. Senang cakap, tunggu jelah. Tapi setakat ini, keluarga kami masih belum menerima sebarang bentuk bantuan yang dinyatakan. Mungkin Ketua Kampung tengah buat kerja dorang.

Dan semua bantuan ni, boleh dapat jika berlaku lagi banjir lain kali. Maknanya, kalau setahun 4 kali banjir, 4 kalilah dapat bantuan. Belum cerita lagi bantuan yang Kerajaan Negeri bagi. Cuma, tak mengharap pun. Sebab kerosakan atau kehilangan kami kecil je nak dibandingkan yang dialami di Taman Seri Muda atau Taman Sri Nanding, Hulu Langat tu.

Semoga kita semua akan dilindungi daripada musibah banjir besar, kebakaran dan bencana alam. xoxo

Lynda Che Lah







Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga dapat meringankan sedikit bebanan mangsa2 banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Wlupun tak sama seperti sebelumnya, semoga dapat bangkit semula

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~